Pages

Monday 10 October 2016

Rezeki.

Assalamualaikum,

Semalam ada Program #Fitmasjid dekat masjid kampung, anjuran kementerian negeri melaka untuk daerah jasin. Bersama pelajar IKM, Politeknik,sekolah2 berhampiran dan orang kampung.

Aktiviti tu sempena HARI SUKAN NEGARA juga. Memang best la..
Mula dari sabtu malam ade program Qiamulai bersama JAIM,melaka. Ramai yang sertai..

Pagi esoknya pulak ade program SENAMROBIK dan FUN RIDE (kayuhan basikal sepanjang 20km)

Aku dah ready dari pukul 7lebih dengan anak buah aku aliyah..semangat nak senamrobik kononnya! Hahaha..tunggu punya tunggu pukul 8.30am baru mula..lepas senamrobik aku plan nak balik sebab pagi tu anak2 tak ikut..

Nak gerak balik je terserempak dengan sepupu aku..dia ajak stay tapi aku nak balik mandi dulu..datang semula dengan anak2..gigih kan..entah la erk rasa nak join program2 macam tu..

Aku join sukaneka untuk wanita, acara baling bola dalam bakul, kupas kentang tak putus..
Acara baling bola tu aku menang wehhh!! Hahaha..no 1 pulak tuh..bangga kejap..

Pukul 11am ada ceramah dari pencaramah bebas SYAMSUL DEBAT..tajuk ceramah PEMAKANAN CARA RASULULLAH..best la dapat dengar live ceramah dari penceramah yang kelakar tu kan..hihi

Lepas solat zuhur sambung acara perasmian dan sukaneka..memang happening la..sebabnya makcik, pakcik pun ada join..bukan orang muda je..hihi

Pukul 3lebih settle semua acara..tinggal acara penyampaian hadiah dan acara cabutan no bertuah! Part yang paling ramai tunggu..hahahaha..aku terpaksa jugak tunggu sebab ada menang kan....nak collect hadiah lerrr..hihi

Anak2 dah mula merengek nak balik..penat la dok bagi diorang sabar..Alhamdulillah sabar yang berbaloi..dapat pulak menang cabutan bertuah HANDFONE VIVO Y21..woahhh macam tak caya pun iya jugak..asalnya aku mengharap nak basikal sebab amar mikail nak sangat basikal..kalau dapat free Alhamdulillah..suka anak mama..amar siap dah doa mintak dekat Allah swt biar mama dia dapat basikal..tapi Allah swt bagi mama rezeki henponn pulak..mungkin lebih baik..mama pun tak ada henpon..hihi..

Alhamdulillah..rezeki join #Fitmasjid , dapat sekampit beras dan handfone..senyum je la mama semalam kan...hihi

Xoxo
Adda aziz

No comments: