Assalammualaikum..hehe
morning uolss!!
rasa hari ni rajin nak menaip panjang berjela..so bagi yang nak bercuti ke vietnam boleh la baca entry panjang lebar aku ni.
moga membantu korang untuk perjalanan ke sana nanti :)
biar aku bagi gambaran sikit dekat korang. VIETNAM nie negara diorang sangat sesak dan ramai pelancong. tapi diorang sangat ramah. tu kauorang akan rasa dan alami sendiri bila jejakkan kaki di vietnam..
BERAPA RAMAI JOIN TRAVEL NI??
aku pergi HO CHI MINH ni dengan husband,amar mikail dan beberapa orang kawan2 aku dan pasangan diorang..total semua sekali yang pergi 11 orang.
DUGAAN
sebelum nak jejak kaki ke ho chi minh ni..macam macam dugaan kami terima..pening kepala..haha..yelah pergi tak pakai apa2 pakej. hentam kromo..kami pakai otak kami je pergi sana. TAWAKAL :) dari hotel sampai la aktiviti kat sana.semua kami arrange sendiri.
HOTEL
kami book hotel dari malaysia. cari aje dekat Agoda.hehe. tu pun GG aida yang booking.
- BALI BOUTIQUE HOTEL
add : 82 bui vien street, pham ngu lao ward, district 1, ho chi minh city.
website : http://baliboutiquehotel.vn
rate : rm100++
star : 3bintang kottt.hihi
selesa la buat mandi dan tidur.
#kalau korang nak hotel yang lagi dekat untuk shopping boleh stay dekat pink hotel. jalan kaki je ke ben thanh market :)
PENGANGKUTAN/KENDERAAN
bab pengangkutan ni korang kena banyak hati hati dan make sure sentiasa bawa kad hotel. sebab mejoriti pemandu teksi atau kereta sewa tak pandai cakap BI..lagi la cakap melayu.mau tidur tepi jalan korang.tak pun balik hotel jalan kaki.hehe. lagi bagus kalau korang hafal nama main road ke hotel and tay sikit sikit bahasa vietnam.
kami ada pengalaman juga masa balik dari pasar malam ben thanh..lupa bawa kad hotel. kami pun sebut la jalan ke alamat hotel. tiba tiba teksi tu tak tau tempat tu. huh..menggelabah masing masing. teksi siap dah parking tepi jalan macm nak suruh kami turun. haiyooo..
dalam menggelabah tu kami cuba igt balik nama main road ke hotel. dah igt..bagitahu dekat driver teksi..baru la dia tau..rupanya nama jalan yg 1st kami bgtahu tu..macam nama lorong je..huhu..kesimpulannya jangan lupa hafal nama jalan and jangan lupa ambik kad hotel.
TEKSI YANG MEYAKINKAN UNTUK BERGERAK : VINASUN - Alhamdulillah tak kena tipu :)
HALAL FOOD
hurmm bab Halal food ni.aku rasa tak ada masalah sangat kot.. sebab boleh dikatakan banyak juga kedai halal yang ada. paling senang bila korang shopping dekat ben thanh market. dekat area situ ada 2 kedai makan halal yang aku perasan dan makan kat situ.
- kedai makan Hjh Basiroh
- restoran Kampung (tak silap aku ni orang malaysia punya.tapi masakan vietnam)
make sure korang rasa kopi susu vietnam!! sangat uummpphh!! sodappp oi :)
tapi kalau kopi o diorng habaq kurang sikit rasa dia.hehe
WAKTU SOLAT
waktu solat dekat vietnam kitorng tawakal dengan "mendownload" dekat playstore arah qiblat dan waktu solat.hihi
Alhamdulillah..waktu waktu tdesak. In Sha Allah
beza masa malaysia - vietnam 1jam je :)
TEMPAT SHOPPING MENARIK DAN TIPS SHOPPING
hahhh..yang ni paling aku tak sabar bak share dengan korang.hehe
1. CHINA TOWN (CHO BINH TAY)
syurga kainn ela atau baju kurung siap.
memang banyak pilihan dekat sini tapi kena beli secara PUKAL. so kalau pegi ramai ramai tu better beli sama2 boleh dapat lagi murah :)
kain sutera vietnam boleh dapat rm40++ untuk bidang 60' =4 meter.
kain cotton jenis lembut/ biasa rm18++ untuk 4 meter. kat sini dia x potong lagi.so kita boleh la nak berapa meter ikut suka kita.
kain lycra yang mahal..murah..sejuk..panas..semua ada..harga tak sure tapi yang pasti murahhh!!
kawan aku beli kain ela untuk baju nikah dia Rm40 je!!! siap batu dan lace ala2 baju nikah scha alyahya :))) murahh kan?? dia tanya dekat ben thanh market Rm 120, mintak kurang dapat la rm70 huhu.
2. BEN THANH MARKET
kat sini harga ikut pada barang yang korang beli..ada yang murah and ada yang mahal. kat sini kena pandai nego!! and jabgan banyak songeh tanya banyak kali lepas tu tak beli. muka panas je diorng nanti.huhu. ala ala petaling street. banyak barang best kat sini..yang aku tau, peniaga dekat ben thanh market ni pun ambik kain kain diorng dr china town..dekat ben thanh market kain kain ela diorang dah siap potong. so susah nak mintak lebih. ngam ngam je.huhu
3. BEN THANH NIGHT MARKET
yang ni besttt jugak!! sebabnya dekat pasar malam ni korang boleh nego dengan berani!!hehe..korang boleh mintak kurang sampai 70% dr harga asal. terbaikkk!! dan peniaga kat sini ramah.huhu. diorang pandai cakap melayu sikit tau..siapa yang bawak baby dekat vietnam ni..mesti glamor. sebabnya pegi mana mana diorng akan dekat dengan kita and nak main main dengan anak kita.huhu. jangan takut..ok je :)
tempat2 lain yang kami pegi..MUZIUM PERANG VIETNAM.
layan ibu mengandong..GG seri..beriya nak pegi..hehe..nnti bby keluar suka subjek sejarah..haha.
ok la muzium tu..tapi tak berapa sesuai untuk preggy mom sebenarnya. banyak gambar gambar perang yang tak boleh tengok. honestly kesian tengok kesan jajahan di vietnam.
TIPS DI LCCT (balik)
masa di lcct aku nasihatkan korang kalau yang pegi ramai2 tu masa scan beg jarakkan dengan kawan2 lain..kira asing2 la..jangan duduk dalam group. memang kastam akan kacau korang. memang melambak tax korang akan kena. dan lagi satu masa susun barang dalam beg. buka plastik barang yang korang beli dan tak payah susun cantik cantik dalam beg. In Sha Allah lepas masa scan.hihi
okayyy aku rasa tu je. kalau ada apa2 penambahan aku buat part 2 ye..
HO CHI MINH kami datang lagi nanti ya!! bawak duit banyakkk lagi.hehe
No comments:
Post a Comment