Sunday, 17 November 2013

Ayam berlada (ayam goreng cili padi)

menu tengahari aku tadi.
makan ramai ramai dengan adik beradik laki aku.huhu..so 1 family 1 lauk :) kalau tak makan dengan diorang pun aku masak sejenis je. elak membazir. laki aku pun jenis makan lauk yg dia suka je. yang agak agak kurengg memang dia bohh layan. so baik xpayah masak banyak2 jenis.huhu.
ni antara lauk yang dia suka :)
aku share resepi dengan korang ya! xsedap mana.tapi suka2 nak share.kekeke :p

bahan2

1/2 kilo ayam
2-3 biji bawang merah
2biji bawang putih
3cm halia (bahagi 2)
10-20 biji cili padi (ikut kepedasan yg korang suka.
serbuk kunyit
garam gula

cara2

- bersihkan ayam kemudian tos dan masukkan 2-3sudu besar sebuk kunyit dan perasakan dengan garam secukupnya. kemudian goreng macam biasa.
- blend / tumbuk bawang merah,bawang putih, cili padi. lepas tu tumis bahan2 yg dah kisar tu sehingga naik bau dan cukup masak..
- masukkan ayam yang dah siap goreng td dlm bahan tumis dan gaul rata.
- perasakan dengan garam dan gula dgn secukupnya.
- siap dan hidangggg :)

#ada orang letak serai..tp aku tak letak sebab tak ada.HAHA.

k.bai

1 comment:

mohamad fauzan said...

dalam cara memasak tu tertinggal halia plk