Saturday, 21 June 2014
Daging berlado dan sotong goreng tepung
Kalau ikotkan hati dan badan memang malas dan rasa tak larat je nak masak harini..tapi disebabkan husband tetiba tanya "nak makan ape hari ni ma?"
gluup! Hah apa nak kata? Malas nak jawab, malas nak masak..so aku pegi dapur, buka peti ais tengok ada banyak daging..hurmm
lepas tu ade sotong..rasa teringin pulak nak makan sotong goreng tepungg..nomm nomm :)
apa lagi..masak la..resepi kat bawah ehh..korang tak mintak pun aku share jugak..hihi
DAGING BERLADO
Bahan
daging yang direbus empuk
*7 tangkai lada merah
*5 tangkai cili padi
*Bawang merah
*Bawang putih
*halia
Asam keping
garam
Gula
(*) Kisar @ tumbuk
Cara2
1) rebus daging hingga empuk, kemudian potong nipis..goreng daging(bubuh garam dan serbuk kunyit sikit)..daging dah garing, angkat dan tos minyak..
2) tumis bahan bertanda (*) hingga pecah minyak..kemudian masukkan daging..gaul sebati..
3) masukkan asam keping, gula dan garam secukup rasa..
Siap!!
SOTONG GORENG TEPUNG
Bahan
5 ekor sotong
1/2 sudu kecil Lada hitam
Garam
1/2 sudu kecil Pasti sedap knor
1 biji telur
tepung gandum
tepung jagung
Minyak utk goreng
1) Rebus sotong sekejap..angkat dan toskan air.
2) gaulkan sotong dengan lada hitam,perencah pasti sedap dan garam.
3) Celup sotong dalam telur, kemudian tepung. (Tepung gandum + jagung, digaul sebati)
4) goreng sehingga kekuningan, angkat dan tos minyak..
Siap!!
adda aziz,
masak cincai2..
Saturday, 24 May 2014
Ikan siakap limau nipis (ala ala stim)
Assalammualaikum
Kasi #throwback dulu.hihi
Ni hari khamis punye dinner.yang ni aku tak masukkan dekat instagram/facebook sebab malas.kang orang cakap aku samok upload gambo masakan sendiri.hahaha.
Okay la mcm sharing is caring kan?so aku share resepi ikan siakap rebus limau nipis kat korang :)
RESEPI SIAKAP REBUS LIMAU NIPIS
1 Ekor ikan siakap
1-2biji limau nipis
1 inci halia *
1 biji bawang merah *
3ulas bawang putih *
1 biji tomato
1 batang serai (diketuk) *
5-6 cili padi (ikut nak pedas mcm mne)
daun limau
lobak
1 sudu sos tiram
garam
Gula
* potong mayang je..
CARA
1) bersihkan ikan dengan air asam kemudian bilas.
2) Masukkn sedikit air(1-2 cawan air) dan biar mendidih. Masukkan bahan bertanda *, biarkan sementara sehingga sebati.
3) masukkan tomato, lobak , cili padi dan limau(perah limau)
4) kemudian perasakan kuah dengan garam, sedikit gula dan sos tiram.
5) Masukkan ikan dan biar hingga masak..
Selamat mencuba ye korang!!
ni resepi aku sendiri..main campak2 je pun..
Si rajin
Adda aziz
Tuesday, 20 May 2014
Puding karamel & Rajinnya Mak Buyong!
![]() |
| gambau terang sangat!maap la ye.hihi |
Wednesday, 14 May 2014
"Ayam panggang rosemary kasih sayang"
assalamulaikum,
Memalam buta ni rasa nak update belogg pulak.hihi
Saje nak share resepi dinner malam ni..aku berani jamin sedap sebab amar mikail makan banyak.HAHA
percaya pada tekak anak.kekeke
Korang cuba la ye..kalau rasa ade terkurang terlebih pepandai la kome adjust!
Sunday, 12 January 2014
Breakfast : Garlic bread & Crumble egg Mayo
Morning!!
malas nak mukadimah panjang2..
so aku share jela resepi ya..ni aku buat masa weekend yang lepas..tujuan utama sebenarnya nak habiskan roti yang nak expired tu..huhu..nak buat sandwich xcukup roti..so terhasil la ni...
bahan2 :
roti potong
2 biji telur
mayonis
garam
lada hitam
cara masak :
- perasakan roti dengan butter dan garlic.
- buat crumble egg dulu..atas pan dan api perlahan.
- lepas tu bole bakar roti dulu kasi crispy atau terus bubuh cramble egg atas roti.
- sebelum bakar, gabungkan cramble egg dengan mayonis dan perasakan dengan garam dan lada hitam
- bakar pada suhu 200c selama 10minit..
selamat mencuba.
k.bai :)
Monday, 6 January 2014
Dinner : pasta fettuccine seafood
Assalammualaikum..
hah pepagi ni la aku nak update belog kan...hehe
malam tadi tertido. so pospon ke pagi ni..
ni kes balik kerja lambat..sampai rumah dah pukul 7lebih..meeting punya pasal..huh!
nasib baik kakak ipar dah ambik Amar mikail dekat taska..lega sikit..Tq Faoya!! :)
hurm sambung balik..sampai je rumah..dah lapar tahap gaban!! terfikir nak masak yang simple.
so ni la hasilnya...
nie resepi :
1/2 genggam pasta fettuccine (rebus macam biasa)
2-3 ekor sotong (boleh guna seafood kegemaran korang la ye)
sayur sawi (ikut suka nak letak berapa banyak) *boleh letak carrot jugak
garam
black paper
cili padi *kalau nak lagi pedas
bawang putih *kisar
bawang merah *kisar
4sudu stok kanji pasta *air rebusan pasta
cara masak :
1) tumis bahan kisar dan cili padi hingga naik bau dan seterusnya masukkan sayur.
2) masukkan air rebusan kemudian pasta dan sotong
3) perisakan dengan garam dan black paper
*cara masak maybe carca marba..so pandai2 la ye..korang lebih arif memasak dari aku ni.hihi
*gambar nmpk biasa2 je kan..tapi rasa not bad okayy!!huahuahua
k bai!!
Wednesday, 20 November 2013
MAKAN SENDIRIKK!
anak bujang aku ni sekarang. semua benda dia nak buat sendiri.
lagi lagi bab makan. memang part yang paling dia suka.
MAKAN SAMBIL SEPAHKAN. yaehh!
mama geleng kepala.
bertuah budak kecik ni! tak kesah pon makanan tu panas. dia nak jugak.
mama tukang tolong tiup. nanti macam biasa dia tolong gelak. huhu
mama nak marah pun tak jadi.
berlakon nak cubit kaki dia. Senyummm lebauu! mama sabauuu T_T
Ragam kan..
Bila dah ada nak gini la ghupenye!
tapi seronokkk :)
biasanya aku biarkan je Amar dengan mangkuk dan sudu dia..
aku bubuh makanan sikit.. sambil Amar main main aku suap Amar makan..
macam tu la hari2 aku mengadap amar mikail makan.huhu
Sunday, 17 November 2013
Ayam berlada (ayam goreng cili padi)
menu tengahari aku tadi.
makan ramai ramai dengan adik beradik laki aku.huhu..so 1 family 1 lauk :) kalau tak makan dengan diorang pun aku masak sejenis je. elak membazir. laki aku pun jenis makan lauk yg dia suka je. yang agak agak kurengg memang dia bohh layan. so baik xpayah masak banyak2 jenis.huhu.
ni antara lauk yang dia suka :)
aku share resepi dengan korang ya! xsedap mana.tapi suka2 nak share.kekeke :p
bahan2
1/2 kilo ayam
2-3 biji bawang merah
2biji bawang putih
3cm halia (bahagi 2)
10-20 biji cili padi (ikut kepedasan yg korang suka.
serbuk kunyit
garam gula
cara2
- bersihkan ayam kemudian tos dan masukkan 2-3sudu besar sebuk kunyit dan perasakan dengan garam secukupnya. kemudian goreng macam biasa.
- blend / tumbuk bawang merah,bawang putih, cili padi. lepas tu tumis bahan2 yg dah kisar tu sehingga naik bau dan cukup masak..
- masukkan ayam yang dah siap goreng td dlm bahan tumis dan gaul rata.
- perasakan dengan garam dan gula dgn secukupnya.
- siap dan hidangggg :)
#ada orang letak serai..tp aku tak letak sebab tak ada.HAHA.
k.bai
Thursday, 14 November 2013
DINNER.
ala kadar.
tu perkataan atau ayat yang sesuai dengan makan malam aku tadi. masak hentam keromoh. tak tentu arah.
mana taknya aku masak sambil dukung amar mikail.
eeeii geram je kan..apa kan daya..baba dia tak ada..nun jauh dekat melaka..so nak tak nak aku blasah asalkan dapat makan..hihi
mula2 malas je nak masak tapi tangan ni rajin nak bergerak.heh! so proceed!! :)
aku namakan masakan aku malam ni..
MACARONI GORENG CARCA MARBA
aku share resepi style aku!
bahan2
macaroni (rebus hingga masak dan toskan)
ikan bilis
bawang merah
bawang putih
garam
gula
cili padi
lada hitam
secubit rosmary
secubit oregano
ayam goreng beli tepi jalan sebagai hiasan.kekeke :p
tumis macam biasa..masukkan bahan ikut suka..masak style aku tak ada peraturan. aku suka hentam je..janji berasa dan kenyang perut aku.HAHA
tapi masak lauk pauk kampung kena ikut peraturan ya! :)
selamat mencuba!!muahahaha
Saturday, 9 November 2013
Luncheon today.
kalau kauorang nak tau. hari ni aku rajin nak mati.HAHA. pehal rajin pulak kan?hah sebabnya aku masak oiiii.. bukan sambal telur..bukan telur dadar..bukan telur bubuh kicap. eh! :)
aku masak special untuk laki aku.
CREAMY BUTTER CRAB!nomm nomm...
resepi aku google. tapi ada bahan yang aku tuka. sat lagi aku bubuh gamba..hampa tengok la apa bahan aku guna.
Thursday, 7 November 2013
rendang dan kuah kacang
rendang ayam dan kuah kacang ni AKU YANG BUAT masa raya haji haritu. saja letak huruf beso. HAHA. yelah aku ni bukan pandai masak. tapi skali skala tunjuk bakat ape salah kan. lagi lagi bila husband cakap "sedappp ma..sedapp..the best" peghh kembang tak hengaaatt. tu yang sampai lupa nak update kat belogg.HAHA.ok tu tipu.lalala :p
aku tak tau la dia jujur atau saje nak ambik hati bini dia yang jarangggg beno masak ni.hehe. hopefully betul la yo baba oi :)
rendang ni aku masak ikut resepi kat blog tapi olahan aku jugak. and extra kasih sayang. muahaha..yang tu pentingggg!! resepi biasa je. korang boleh google.melambak!
Monday, 22 July 2013
Resepi : Home Made Ice Cream
Resepi Asal : Blog Cik Epal
resepi olahan : Adda Aziz (saya la tuh!)
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat ( ikut suka korang nak manis macam mana dan brand susu yg korang pakai)
1 sudu besar ovalett yang halal
1 sudu kecil essen vanilla
1 biji telur
1 sudu madu asli ( i olahh tambah ni jee)
cara :
mix semua bahan kat atas tu dengan mixer..sehingga sebati dan pekat..
kemudian masukkan perisa yang korang nak..macam i, i guna milo and kiwi..
sebab tu je yang hado kat rumah emak..hehehe :)
letak dekat tempat keras..2 hingga 3 jam..dah keras boleh makan..yeahh!
selamat mencuba!
* madu tu ikut korang sebab i rasa macam best je letak madu..tu yang tambah..hehehe..
Monday, 1 July 2013
Baby Food Recipes : Bubur Nasi + Bayam + Jagung + Ayam
Assalammualaikum,
Hari ni i nak share resepi makanan baby 6month ++
actually resepi ni i try buat sendiri nak tengok apa yang amar suka makan..
yelah i ni mama yang bekerja, so jarang masak untuk amar ( sorry sayangg -__- )
Alhamdulillah amar suka dengan gabungan nie..so next weeknd i try lain pulak yee..
weeknd je la masa yang i ada untuk bagi amar mikail rasa air tangan mama dia..hihi
kesian anak mama..hurmm..okay nie resepinya :
Bahan bahan :
segenggam beras ( basuh macam biasa) * i tak sangaikan pon..hihi
isi ayam yang di cincang halus * make sure tak ada tulang okayy..hati2
sayur bayam *ambil bahagian daun je
isi jagung *keluarkan isi jagung dari batangnya
sedikit butter *tambah rasa @ lemak
1cm halia *hilangkan hanyir ayam
cara memasak :
1. masukkan beras dan 2 1/2 cawan air (rasa tak cukup boleh tambah lagi)
2. bila dah mendidih dan beras mula kembang, masukkan bahan2 lain seperti - isi ayam,isi jagung,bayam,butter, halia..
3. kacau perlasan supaya bahan sebati dan masak rata
4. siap dan sejukkan sebelum bagi pada baby :)
note : i masak atas dapur gas and blend sedikit supaya baby mudah hadam..lagipun i tak blend beras tu..so agak kasar..hihi ^^
SELAMAT MENCUBA!!




