Tuesday, 20 May 2014

Puding karamel & Rajinnya Mak Buyong!

Assalammualaikum.

hi korangggg! hado ke yang bace?hihi


lately ni aku rajin beno kan update agenda memasak aku kat dalam belog. Entah erk..preggy kali ni memang aku rajin masak kot. letih macam mana pun kalau aku rasa nak buat sesuatu (memasak) aku akan buat.
contoh macam semalam, aku EL sebab bawak adik aku ke klinik, dia semput (lelah). oleh sebab ambik masa yang lama kat klinik aku EL jela. macam biasa boss xberapa suka, tapi aku faham sebab bulan ni aku kerap cuti. makin dekat Due Date, makin kerap ketidak hadiran aku ke opis. Ampun boss!saya tak mintak jadi macam ni.srooottt! ehhh okok!berbalik kepada kesah semalam. dah duduk je kat rumah,aku pon bosan pastu rasa nak buat sesuatu. sepatutnya aku melepak dan tenangkan kepala otak aku ni kan. tapi tak bole. aku belek2 buku resepi aku yang comel tuh, tengok resepi puding karamel macam best je. bahan pun ada. so layankannnn!hihi

ni first time aku buat. tapi okay la. siap olah jadi resepi sendiri (bahan sama, sukatan berlainan sikit)

PUDING KARAMEL 
by Adda Aziz

gambau terang sangat!maap la ye.hihi
Bahan A

200 ml gula
6 sudu besar air
* cairkan di atas ati kecil sehingga keperangan *

Bahan B

100 ml gula
500 ml susu segar * dipanaskan sehingga mendidih kemudian rehatkan*
1 sudu teh Esen Vanila
3 biji telur
*adunan ni tak berapa manis, sbb tuan tanah tak suke memanis*

Cara2

1) masukkan karamel (gula yang telah dicairka sehingga perang) ke dalam bekas acuan.
2) campurkan kesemua bahan B (pastikan susu dah sejuk/suam) kemudian gaul sebati.
3) masukkan adunan B ke dalam acuan kemudian bakar 170c ( 40-60 minit) guna kaedah "steam bath" (bubuh air dalam loyang kemudian letak acuan puding) - aku kukus je guna api sederhana selama setengah jam atau sehingga masak)


Selamat Mencuba uols!

xoxo 
adda aziz

No comments: