Pages

Showing posts with label sharingiscaring. Show all posts
Showing posts with label sharingiscaring. Show all posts

Wednesday, 11 May 2016

6 cara jadi ibu yang baik untuk anak lelaki. Jom baca!

1. AJARKAN MEREKA TENTANG KESABARAN DAN KECEKALAN.

Masalah demi masalah yang menimpa dalam keluarga anda, anda harus tanganinya dengan kesabaran. Kesabaran yang ditunjukkan oleh seorang ibu dapat menjadi contoh yang nyata bagi anak-anaknya. Ketika anda sabar dan cekal, hal itu akan mengajarkan kepada anak anda secara tidak langsung supaya suatu hari nanti mereka juga kuat mengatasi permasalahan yang akan dihadapinya.

2. AJARKAN MEREKA MENJADI LEMAH-LEMBUT.

Seorang anak laki-laki yang membesar tanpa kehadiran seorang ibu kebiasannya akan menjadi seseorang yang kasar dan kurang peduli terhadap dirinya sendiri, tidak menghargai orang lain serta masyarakat sekitarnya. Ajarkanlah kepada anak lelaki anda agar menjadi lemah lembut dalam setiap perbuatan mereka, tanpa harus menghilangkan sisi tegasnya seorang lelaki. Ingat, lemah-lembut bukan bererti pondan!

3. JADILAH AGEN PENYATU.

Jadilah agen penyatu dalam kehidupan mereka, bukan agen MLM! Terkadang di dalam rumah tangga, konflik pertikaian sesama anggota keluarga tidak dapat dielakkan, ibu adalah satu-satunya orang yang seharusnya berdiri pada posisi neutral (tidak menyokong sesiap). Jadilah pendamai perselisihan antara anak dengan ayah atau anak anda dengan adik-beradiknya yang lain. Secara singkat jadilah penyatu untuk mempersatukan seluruh anggota keluarga, agar dapat bekerja sama dengan baik.

4. SOKONGLAH DIA!

Ada kalanya hari-hari anak anda penuh dengan ujian, jadilah ibu yang peka dengan situasi yang anak anda sedang rasakan. Berfikirlah secara positif dan berikan kata-kata serta sokongan penyemangat agar anak anda memiliki keyakinan dan optimis bahwa setiap satu masalah itu pasti ada jalan keluarnya.

5. JADILAH PENASIHAT YANG BAIK.

Seorang anak akan bimbang ketika pergi mengambil keputusan peperiksaan besar untuk yang pertama kalinya. Peranan anda di sini sangat diperlukannya, berikanlah nasihat-nasihat yang dia perlukan, bantulah dia untuk percaya diri dan mampu memahami kesan baik serta buruk dari setiap keputusan yang akan dia terima. Yakinkan dia bahawa apa pun keputusan yang akan dia ambil, itu adalah yang terbaik untuknya.

6. MENJADI SANG PEMBERANI.

Sebagai seorang wanita, anda juga harus berani dalam melakukan berbagai aktiviti. Kadang anda harus melakukan sendiri tugas-tugas seorang lelaki tanpa harus menunggu hingga suami anda pulang dari kerja. Ketika hujan deras dan atap rumah bocor, anda dapat berinisiatif melakukan seorang diri untuk menampal atap rumah anda yang bocor tersebut. Mungkin bagi anda hal itu adalah biasa dan tidak perlu diendahkan, tetapi di mata anak anda, anda adalah seorang ibu yang hebat. Percayalah!

copy&paste

Nota hati:  jadi ibu kepada anak2 lelaki sangat lah kena banyak bersabar. Lagi2 untuk ibu muda mcm aku ni yang mempunyai tahap baran skala 8/10! Jangan ada silap sikit. Lagi2 baru lepas bersilat kat dapur dan kemas rumah. Memang anak2 pun gerun. Sampai rasa kesian kat anak2. Hmm marah ni kan secara tiba2. Kadang tak mintak pun nak garang macam tu. Sometimes aku pun sama nangis dengan anak2. ALLAHU, harap anak2 tak berdendam atau menjadi terlali terkesan. Moga Allah swt lindungi anak2 aku dari sifat baran aku ni. AMEEN

Sunday, 24 April 2016

LIMAU PART 2

Entry sebelum ni ..sebok suruh teka bagai..ni haa nak bagitahu limau haritu aku buat pati  jeruk asam..hihi

Bahan mudah dan murah! (limau + asam boi + gula + garam sikit ) bubuh pewarna makanan sikit kalau nak cantik ✌ simpan semalaman..nak lagi sebati 2,3 hari baru pakai..hee

Kira macam kordial la..dari beli..baik buat sendiri..simpan dalam peti ais..nak buat air ke...aiskrim ke.. ambik je..panas2 ni memang best nau nau..

Rasa masam,manis, pahit kat hujung2 tu..yang penting segar je kalau minum..detox? Detox la jugak..sebab ada limau..hehe

P/s : gambar tak clear..hp murah

#dapuraddaaziz #sajashare #alhamdulillah

Tuesday, 12 April 2016

DAA : RESEPI ASAM PEDAS IKAN SELANGAT




korang kenal tak ikan selangat? ikan selangat ni comel je, lepas tu banyak sisik dan tulang halus...
sedapp kalau buat goreng garing2...hihi

ni la rupa ikan selangat ( image by google)

aku rasa aku paling menyirap nak siang ikan ni..hahahaha..bila tengok je ah rasa malas...
ikan ni kecik tau...lepastu ada sisik...aduhaiii lemah longlai hakakkkk..
dah dah..nah resepi ok....




RESEPI ASAM PEDAS IKAN SELANGAT

BAHAN - BAHAN :

10-15 ekor ikan selangat 
( siap disiang dan dibuang sisik )

1 sudu kecil halba
asam jawa
garam 
perasa (kalau nak bubuh)
minyak masak
bendi

(blend)
3 biji bawang merah 
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
cili boh ( cili kering blend)


CARA - CARA :

1. panaskan minyak untuk menumis..minyak jangan sikit sangat tau..bila dah panas, masukkan halba..dah naik bau, masukkan bahan
yang sudah di blend tadi..biarkan hingga pecah minyak (betul2 masak)

2. dah pecah minyak masukkan air asam jawa, tambah air sikit juga..kemudian biarkan mendidih..dah mendidih masukkan ikan dan bendi dan perlahankan api..biarkan ikan masak dan sebati..

3. perasakn dengan garam..rasa la ikot tekak korang..hihi..bila kuah dah mendidih semula..baru tutup api..SIAP!



TIPS : 1.  MASA TUMIS TU BESARKAN API, KALAU TAK ASAM PEDAS TAK JADI
2. MASA MASUKKAN AIR ASAM JAWA TU, MASUKKAN SIKIT2..RASA..JANGAN TERLALU MASAM, KALAU DAH TERLEBIH, TAMBAH AIR LEBIH SIKIT.


Saturday, 9 April 2016

DAA : Popia Pisang + sirap coklat

Hi gaisss, happy sabtuday!



Entry ni dah lama aku nak buat tapi asik tunda je..hehee
Okay harini aku share dengan uols..

Resepi ni mudah, kos murah, sedap dan tak cerewet / susah pun..budak tadika pun boleh buat..hihi
Resepi ni pun boleh buat untuk breakfast tau..mengenyangkan..nak bg anak2 buat bekal pun okayy..
RESEPI POPIA PISANG
BAHAN2:
PISANG (belah dua)
Kulit popia
Gula pasir
Tepung gandum *
Air *
* buat sikit je..campurkan tepung dan air sedikit utk dijadikan ' gam ' masa nak matikan lipatan kulit popia *



Cara2 :
Letak pisang atas kulit popia, bubuh sedikit gula pasir (hujung sudu), then lipat / gulung macam korang buat popia sayur dan sebagainya..same je..hihi..matikn dengan bubuh ' gam' kat hujung (elakkn terbuka masa menggoreng)








Kalau korang nak buat ala frozen, boleh bubuh dalam bekas dan simpan kat dlm peti ais..kalau nak guna esoknya, xbeku pun xpe..
SIRAP COKLAT TU AKU PAKAI YANG DAH SIAP JE..IKOT KORANG NAK PAKAI BRAND APA..




K, bai
Selamat mencuba!


Saturday, 26 March 2016

DETOX KALAU NAK SIHAT!

Hi gaiss, hello my lovely blog!

HAPPY SABTUDAYY (*^﹏^*)

Hari ni cuti korang buat apa je? Aku baru ja balik dari kenduri kawen dekat area rumah..hehe..Alhamdulillah,perut pun dah kenyang..mata pun mula laaa mengantuk! Keh keh keh..

Tapi tak nak layankan mata ni..aku nak share dengan korang yang tercari2 supplement untuk detox..
Ni aku share yang aku suka dan berkesan kat aku..

HERBALAX BY SHAKLEE

Aku memang Ada masalah pembuangan atau system penghadaman atau lebih mudah Susan berak! Hahaha..

Iye jangan tak percaya..memang masalah aku dari dulu..tapi Alhamdulillah lepas aku amalkan herbalax ni memang aku punya perut clean je rasanya..TAPI aku tak amalkan setiap hari tau..aku amalkan waktu aku makan lebih dari had atau dah lebih 2 hari tak membuang..

herbalax ni juga boleh dipanggil sebagai julap lembut..sebab dia akan bantu lembutkan najis dan keluar dengan mudah..sakit perut pun ala2 je (bukan macam cirit birit)

Sesuai jugak untuk korang yang rasa nak kempiskan perut dan untuk KORANG YANG AMBIL SUPLEMENT TAMBAHAN. DETOX PENTING TAU KALAU KORANG AMALKAN APA2 SUPPLEMENT , AKAN BANTU LEBIH MUDAH SERAP  DAN DITERIMA BADAN VITAMIN YANG KORANG AMALKAN TU..

Baru lah kesan lebih ohsem! Perut sihat,badan pun sihat..ringan badan tau..tak caya boleh cuba..aku share bukan sebab aku ni ahli shaklee tau, share sebagai pengguna..herbalax memang OHSEM!

Sunday, 20 March 2016

Cekodok Pisang, hitam itu menawan :P




hello gaiss!

hari ni dok belek gambar dekat dalam phone..tetiba nampak pic cekodok pisang haritu..hihi
baru teringat yang aku lupa nak update dekat blog (sememangnya niat ambik gambo untuk update blog)

Al kisahnya, abah aku yang suruh buat cekodok pisang ni..sebab kat dapur ada dalam 10 biji pisang yang dah terlebih masak..nak makan macam xbest dah,so buat jela kan cekodok pisang..
lagi syiiookkk!

simple je resepinya..meh aku share kat engkorang ye..




RESEPI CEDOK PISANG VERSI ADDA AZIZ :

pisang 10 biji (lenyekkan, ikot korang nak pakai apa)
tepung gandum secukupnya
air suam secukupnya
garam sikit
gula secukupnya (untuk tambah manis, kalau xsuka manis boleh biarkan manis buah je)
soda bikarbonat (1 sudu kecil)

CARA CARA :

campurkan kesemua bahan kering, masukkan air sikit demi sedikit.
pastikan adunan tidak terlalu cair tau!
korang agak2 la eh..hehe


tips :

** soda bikarbonat tu untuk garingkan lagi cekodok
** nak dapatkan cekodok yang bulat dan comel, ambil adunan dengan menggunakan TANGAN, BUKAN SUDU!!
guna hujung2 jari...hihi


taraaa siap!

kalau nampak gelap tu jangan risau sebab dalam adunan ada gula mmg akan warna gitu..





SELAMAT MENCUBA!

Steamboat & grill

Hello gais ♥


malam ni aku nak share kat engkorang port makan yang best!
Lagi lagi engkorang Yang minat makan STEAMBOAT & GRILL ..hehe

Kedai ni penah viral rasanya sebelum ni kat FB..kalau tak ada sorry ehh..aku rasa je..macam penah perasan..lulzz ::>_<::

NAMA KEDAI : D'PONDOK
LOKASI : KANDANG, MELAKA
KONSEP MAKANAN : STEAMBOAT & GRILL
HARGA : RM25/SEORANG (DEWASA)
TEMPOH MAKAN : 2 JAM
KEUNIKAN : GRILL MENGGUNAKAN DAPUR ARANG,BUKAN DAPUR GAS TAU!

Until lokasi kedai tu kan...engkorang nak senang lalu lebuhraya AMJ.. kedai ni tepi jalan je pun..rasa macam senang nak carikk..

Stakat ni aku bagi ★★★★☆ untuk kedai ni..sos okayyy..kuah sup tomyam pun okay cuma tekak aku cakap kurang masam..masam sikit lagi memamg umphhh! Hehe

marinate daging/ayam/sotong pun okay..terasa rempah dia..blackpaper paling aku suka! Nak lagi best yang korang dah grill tu cicah sos yang ada then balut dengan salad! Ohsem wehh ﹋o﹋

Aku rasa boleh repeat kott..ni pun sebab adik atin belanja! Maybe kesedapan dia lagi trase..LOL! (∩_∩)

pssstttt : kalau ada nak tanya apa2 boleh comment okay! Lebiu hehe

Monday, 4 August 2014

#supportgaza

Untuk mereka disana..
Anak2 kecil yang tak berdosa..

#supportgaza

Wednesday, 2 July 2014

REZEKI RAMADHAN :)

Haishh tak sangka sungguh!
rezeki Allah itu luas..

Ni habuan masa keje tempat lama, tapi baru dapat..heee
walaupun tak berapa banyak tapi ALHAMDULILLAH,siapa la nak bagi kannnn..
Buat duit poket..kiki
bole shopping dekat nile.com.my! Hewhewhew ♥

Dah senyum lebau..apa lagi tidur la..jap lagi nak bangun sahur..

Adda aziz
syukur :)

NILE.COM.MY : SHOPPING ON9 DENGAN HARGA TERENDAH!

korang penah dengar pasal laman web shopping  ni?

www.nile.com.my

apa yang menariknya tentang nile.com.my ni, kita boleh shopping 
dengan harga yang rendah dan berpatutan!
orang yang macam aku ni memang suka benda murah
dah berbaloi ni..hihi

lagi2 nak dekat raya ni, kalau boleh nak la berjimat cermat jugak kan?
kalau korang nak cari handbag ala-ala korea..
dress jubah yang murah..blouse pun ada..semua cantik2!
eehhh..ehh kasut pun banyak pilihan uols!
yang pasti harga memang BERBALOI..
tak caya?

KLIK SINI 

hah kalau bab cari barang murah2 ni memang aku akan teringat pada 
seseorang..siapa??
opkos lah adik aku...........si gigi besi aka FATIN NABILA
" wahai adikku, bole le shopping online kat NILE.COM.MY ni.."
nak cari beg raya ke....
kasut raya ke.......
baju raya ke.........


RM 27.50


RM31.30


RM37.70


RM30.30


RM18.90


RM33.90


haaaa...murah kan?kebanyakkan barang yang dijual kurang dari RM50 tau..
banyak korang bole jimat dengan Nile.com.my nie...
tak rugi la...malah lebih untung dan menjimatkan..
selain tu bole jimat masa..tunggu abang posmen hantar dekat rumah je!
BOLE CAYA KE??
In shaa Allah, boleh..aku perati ramai dah blogger2 beli belah kat 
nile.com.my ni..Alhamdulillah ramai yang puas hati..hihi

HAPPY SHOPPING KORANG!



adda aziz,
jadi promoter di pagi hari

Tuesday, 1 July 2014

SET BERPANTANG ADIK BABY


pejam celik aku dah cukup 37 minggu..
tapi MASIH belum bersalin..hihi
Adik baby suka duduk dalam perut mama
ye sayanggg :)
tak apa la, awak dah ready nak keluar..
awak keluar k sayang..tapi bagi hint dulu..
baru mama boleh get ready pulak ^^

okay hari ni aku nak share tentang set berpantang..
dan apa set berpantang pilihan aku..
kenapa aku pilih set berpantang ni..
lets scroll ~


Antara set berpantang yang popular dan ada dalam list aku :

1) SET BERPANTANG TANAMERAH




{ SUMBER }

- set berpantang tanamerah ni memang aku dah berkenan masa mengandungkan amar mikail lagi. 
kenapa tanamerah?
1. banyak review yang positif tentang set tanamerah ni
2. set ni agak moden dan ala-ala SPA verangan mandi dalam bathtab...heee
3. set tanamerah ni bukan set JAMU, produk semulajadi selamat untuk ibu menyusu
4. terpengaruh dengan review dekat dalam majalah PA&MA tak boleh blah!

2) SET BERPANTANG NONA ROGUY


- Set berpantang Nona Roguy ni aku dapat review dari beberapa orang kakak opis aku..
diorang cakap set ni okay, diorang dah guna..dan aku tengok yang guna set ni, naik opis balik 
lepas cuti pantang semua kurus hoii! jeles aku..haha
baby pun diorang cakap tak ada masalah..selamat untuk baby menyusu badan..

{ SUMBER }


3 ) SET BERPANTANG ANUGERAH













































- Set berpantang Anugerah ni aku tak dapat atau baca apa2 review pon..set ni pun baru lagi dekat pasaran..
aku berkenan dengan set ni dan masuk dalam list sebab set ni :

1. diperkuatkan lagi dengan Ayat-ayat Al-Quran
2. set yang lengkap untuk luaran dan agak murah dari segi harga
3. bau yang tak busuk sebab ada sesetengah set berpantang bau jamu atau herba yang kuat
4. set pantang yang bercirikan islamic, bila amalkan masa pantang..diri kita dan baby akan lebih tenang.
aku perlukan ketenangan tu..hihi


SO,

SET PANTANG PILIHAN

Antara 3 set pantang dekat atas tu, aku pilih SET BERPANTANG ANUGERAH..
set dalam beg oren ni..


dari segi harga aku dapat murah jugak..
RM240.00, jimat RM48 ringgit..hihi
aku beli dekat 

NADIRA SHOPE 
Tingkat 2
AEON Bandaraya Melaka Shopping Centre, Jalan Lagenda, 
Taman I-Lagenda, 
75400, Melaka, Malaysia

kalau nak harga RM240 tu korang kena jadi membership..
kalau tak jadi membership diaorang akan bagi kurang 
RM270..
sebabkan tak lama lagi nak kembali ke melaka,
aku pun terus jadi membership..senang..hihi

haaa.. selain set berpantang anugerah ni, aku akan ambik SET BERPANTANG SHAKLEE jugak..
hakak kan jual dan amalkan shaklee!
opkos la kena ada kan?lagi pun shaklee ni memang dah serasi dengan badan aku..
so kena teruskan..



nak review set berpantang ni, tunggu aku bersalin dan guna 
semasa berpantang ye..huhu





kak dah,
kongsi kongsi 


Thursday, 26 June 2014

Jualan Gudang uols!


lai lai....hakak nak bagi hebohhh ni..
jap lagi hakak senaraikan JUALAN GUDANG / EXPO
dalam tempoh terdekat ni..hihi

so bole la korang simpan duit untuk shopping..
untuk anak2 ye kawan2 blogger ku sayang!hew hew hew


1)  OK Baby Warehouse Sale - Puchong! 

Click for larger view.

Location :
No 7, Jalan BP7/16, Bandar Bukit Puchong
Puchong, Selangor Darul Ehsan


Summary :
Sales! Sales! And Bigger Sales at OKBB’s Warehouse Sales! Head down to Puchong and grab that awesome deals and promotions on baby apparels and accessories ! 

Enjoy prices from RM1 at the OKBB Warehouse Sales

Time:
10.00a.m to 10.00p.m

Participating products: 

Baby apparels and accessories.

Participating Brands:
OK Baby
OK Baby Online
Pocoyo
Disney

{ SUMBER }


2) KIKO Warehouse Sale - Puchong!


Click for larger view.

Location :
No 1 Jalan Industri PBP 13, Taman Industri,
Pusat Bandar Puchong, Selangor. 


Enjoy prices from RM6 at the KIKO Warehouse Sale from 10am until 5pm. 

Kidswear from 2 to 12 years old

Call 03-8068 8888 for enquiries
. 

{ SUMBER }


3) My Dear Warehouse Sale - Puchong!


Click for larger view.

Location :
Cuang Cheng Mao Yi Sdn Bhd, 34, Jalan Meranti Jaya
Meranti Jaya Industrial Park, Puchong, Selangor


Check out the My Dear Warehouse Sale for savings on baby and children products from 9am till 7pm. 


Call 03-8060 0095 for enquiries

{ SUMBER }



4 ) Mom and Baby Expo - MITC, Melaka! 


Click for larger view.

Location :
Melaka International Trade Centre, (MITC)
Ayer Keroh, Melaka


Today Publishing Mom & Baby Expo
Malaysia's Largest Branded Mom Baby Expo is coming to Melaka!
27th - 29th June 2014 MITC, Melaka

180 booths / 400 renewed brands / 8,000 free mugs / 8,000 goodies bags / 8 strollers per day for hourly draw.

More details at 
 https://www.facebook.com/pages/MOM-BABY-EXPO/345451608270

{ SUMBER }


Haaaaa....best kan?
korang yang keje gomen dah gaji kan?
belum shopping raya kan?
HAHAHAHA

boleh la korang serbu yang mana dekat..hihihi
hakak nak pegi tapi tak tau la sempat ke idok..
hari ni dah rasa lain macam..badan tak sedap je
kalau malam ni dah sakit2, xdo la hakak 
sempat pegi..srottt srooott! T_________T


moga JUALAN GUDANG ni membantu anda jimat
banyakkkkk!!




kak dah,
menunggu hari beranak!

Tuesday, 24 June 2014

IDEA DEKO : KERUSI PALLET @ PALLET SOFA

korang caya tak kalau aku cakap yang aku ni 
dulu masa sekolah ambik kos BINAAN BANGUNAN??

hah..keje lasak..main ikat batu bata, bancuh simen, potong kayu..
guna mesin pemotong dan bla bla bla..
gergaji, pahat, tukul besi, penyodok, habuk kayu, bau tanah..
semua kawan aku.HAHAHA
iye, memang lasak pon aku dulu..tapi sampai sekarang
aku tak pasti husband aku percaya tak yang dulu aku 
ambik bidang yang macam ni..huhu
sebabnya tiap kali aku nak cakap nak buat benda2 
macam tuh mesti muka dia macam tak boleh blahhh..
senang cakap muka tak percaya..

satu hari tu aku share dekat dia gambar pallet sofa..
rasa berkenan and teringin nak buat..
dia pun okay..suka..start hari tu dia asyik search 
gambar pallet sofa..
tiap kali cerita pasal pallet sofa ni dia akan cakap
"baba nak buat jugak la pallet sofa tu.."
dan aku akan sambung
" jom..mama tolong buat skali eh.."
mood teruja sebab dah lama tak pegang barang tukang..
TAPI yang tak best REAKSI MUKA husband mesti 
pelik..muka tak caya..pastu akan cakap..
"takpe..nanti baba buat"....
cehhhh! grrrr..ingat tangan bini dia ni tak seni ke?
srooot sroott.............
teringinnya nak buat DIY SOFA PALLET ni......
In Shaa Allah satu hari nanti..ameen :)

kesah aku dah habis..HAHA
okay sambung balik idea deko..
hew hew hew!
antara idea pallet sofa yang aku berkenan..


simple je yang ni..sesuai untuk sudut bacaan atau dalam bilik anak

berkenan jugak warna hitam putih ni..

yang ni pun nice jugak..sejuk je mata memandang..

yang ni paling simple aku rasa..

warna fav aku..tapi kalau bahagian kayu tu kekalkan warna kayu aku rasa
lagi cantik..hihi

yang ni kalau ruang tamu besar dan luas sesuai la..
kalau untuk outdoor kena ada laman rumah yang besau!
cantik kan?
selain sofa banyak lagi perabot yang korang
boleh DIY dengan kayu pallet ni..
daripada buang..baik guna ke arah
penjumatan..HAHA
bukan kedekut tapi SAYANG..kekeke :p
bai!


kak da,
i love DIY
muahh!!




Monday, 23 June 2014

Tips : How to remove wallpaper???

hari ni ISNIN..
Biasa lah..mood bekerja nipis macam kulit bawang..
kalau boss bagi balik, semua cabut lekas2 balik rumah..
betul tak??

aku pun nak buat keje mood terpesong je..
nak bercakap dengan boss?memang xhado laaa..
baik cakap dengan belog aku ni..hihi
so di sebabkan bosan..aku pun busy kan diri dengan blog walking..
blog walking blogger2 deko..
cari inspirasi akan datang..kunon!

secara terus terangan aku mengaku yang aku ni
tak pandai nak deko dan kemas rumah..
blog2 kemas mengemas ni la yang jadi sumber inspirasi,
selain dak google..
THANK YOU!

tapi tadi tetiba rasa nak google pasal wallpaper..
so aku jumpa tips " CARA NAK TANGGALKAN WALLPAPER "

HOW TO REMOVE WALLPAPER

Step 1: Prepare the Room

Place drop cloths at the base of the walls to be stripped. Remove all switch plates and outlet covers from the walls. Cut the power to the room.

Step 2: Score Wallpaper

Use a wallpaper scorer to create small holes in the paper, which allows the solution to penetrate through to the adhesive base.

Step 3: Mix Solution

While there are a number of commercially prepared solutions available, little works better than hot water and fabric softener. Combine the water and fabric softener in a large spray bottle at a concentration of one to one.
Tip: Mix the solution in small batches to keep the water as hot as possible.

Step 4: Soak Walls

Use a spray bottle to saturate a section of the wallpaper. Spray only as much of the wall as you can comfortably strip in a 15-minute period. Allow the solution to soak the paper for a few minutes before beginning.

Step 5: Strip Wallpaper

Grab pieces of wallpaper at a bottom corner and carefully pull upward. Use a wide putty knife to facilitate the removal of the paper. Repeat the above steps until all the wallpaper is removed.

Step 6: Clean Walls

In a bucket mix a tablespoon of dish detergent with very hot water. Use a sponge to wipe down the walls, scrubbing carefully to remove all traces of wallpaper adhesive. Finally, rinse down the walls with clean water and towel dry.
bagi korang yang kat rumah ada wallpaper, lepas rasa macam
dah old school gila wallpaper tu..pastu memang dah berangan nak tukar lain
ATAU nak kembali kepada dinding cat..boleh la cuba tips ni..
Jimat pun ye jugak..kalau nak upah orang macam membazir je kan..hihi

SELAMAT MENCUBA!

Adda Aziz,
kaki google!hehehe

Saturday, 21 June 2014

Susun atur : Workstation opiss ★

tak tau la nak cakap ni susun atur ke ape..hahaha
Maybe kategori kemas semula la kot..hentam jela..
Khamis lepas dok tengok meja keje, rasa serabut beno..nama je PA aka pembantu boss tapi meja tak macam tu pon..lepastu baca belog fara dilot, kemas workstation dia..rasa bersemangat pulak nak mengemas..tapi tak ada la secantikkk workstation beliau..hihi
hakak kemas je..xdo deko2..kalo nak deko pon nanti la..tggu mood deko mari..
Janji kemas dan teratur sikit cukup la buat masa ni..aku pun bukan larat sangat nak bangun duduk..ape yang mampu je..hihi

Kak da,
Hukhukhuk ♥