Saturday, 21 June 2014

Daging berlado dan sotong goreng tepung

Menu luncheon + dinner hari ni..huhu
Kalau ikotkan hati dan badan memang malas dan rasa tak larat je nak masak harini..tapi disebabkan husband tetiba tanya "nak makan ape hari ni ma?"
gluup! Hah apa nak kata? Malas nak jawab, malas nak masak..so aku pegi dapur, buka peti ais tengok ada banyak daging..hurmm
lepas tu ade sotong..rasa teringin pulak nak makan sotong goreng tepungg..nomm nomm :)
apa lagi..masak la..resepi kat bawah ehh..korang tak mintak pun aku share jugak..hihi
DAGING BERLADO
Bahan
daging yang direbus empuk
*7 tangkai lada merah
*5 tangkai cili padi
*Bawang merah
*Bawang putih
*halia
Asam keping
garam
Gula
(*) Kisar @ tumbuk
Cara2
1) rebus daging hingga empuk, kemudian potong nipis..goreng daging(bubuh garam dan serbuk kunyit sikit)..daging dah garing, angkat dan tos minyak..
2) tumis bahan bertanda (*) hingga pecah minyak..kemudian masukkan daging..gaul sebati..
3) masukkan asam keping, gula dan garam secukup rasa..
Siap!!
SOTONG GORENG TEPUNG
Bahan
5 ekor sotong
1/2 sudu kecil Lada hitam
Garam
1/2 sudu kecil Pasti sedap knor
1 biji telur
tepung gandum
tepung jagung
Minyak utk goreng
1) Rebus sotong sekejap..angkat dan toskan air.
2) gaulkan sotong dengan lada hitam,perencah pasti sedap dan garam.
3) Celup sotong dalam telur, kemudian tepung. (Tepung gandum + jagung, digaul sebati)
4) goreng sehingga kekuningan, angkat dan tos minyak..
Siap!!
adda aziz,
masak cincai2..

No comments: