Wednesday, 3 February 2016

dapur panas : menu todayyy!


heyyy lama tak share makanan of the day ! hahaha.
ke aku yang dah lama tak masak? hew hew hew..tak lah..masak je, tapi jarang share dah..hihi..xsempat uols! * alasan*


hari ni abah aku request nak makan kari ayam..
aduhhh paling aku tak suka.. sebab kari ayam ni fav abah..kalau tak sedap atau xmenjadi memang sampai malam lah dia cerita yang aku masak tu tak menjadi T.T serammm aku!
nak tak nak masak jugak la kan..hihi
aku pun mula la bersilat kat dapur..maka terhasil la,


NASI PUTIH
KARI AYAM
SAMBAL BELACAN BELIMBING BULUH
AYAM GORENG
IKAN MASIN


haaa amacam? syahdu tak?hahaha
kombinasi yang kasi meleleh air liur kan?hehe..
aku share kat group GG (bff teknik)
semua melantun, hahaha. bengang je membe share makanan rumah..wiwiwi


Aku share sekali resepi kari ayam simple, cara aku..hihi


KARI AYAM :

bahan :

ayam
rempah tumis
bawang merah
bawang putih
halia
daun kari
rempah kari daging
santan
asam keping
air
garam secukup rasa

cara2:

1. tumis rempah, naik bau masukkan bawang merah,putih,halia,daun kari tumis hingga naik bau.
2. masukkan rempah kari (jadikan rempah kari sebagai pes), tumis hingga pecah minyak, masukkan air sikit.
3. masukkan santan dan asam keping biar mendidih (api kecil)
4. masukkan ayam, kentang , masak hingga empuk.. 
5. perasakan dengan garam secukupnya..dan biarkan sehingga rasa sebati
6. siappppppppppp!

SELAMAT MENCUBA!!

k.bai

No comments: