Wednesday, 3 February 2016

#tb : Ceramah Pemakanan kanak-kanak & checkup bulanan





check up bulanan anak2 26/1 hari tu..
Alhamdulillah, checkup untuk anak2 memang nurse arrange hari yang sama..so tak payah nak pergi dua tiga kali,.senang kerja aku..hehehe.. ni nak share pasal checkup haritu,
pagi tu aku bawa anak2, masa tu memang ada nampak nurse2 sebok susun2 makanan atas meja ( macam display food gitu), tapi aku tak tanya la apa.. lepas bagi buku rawatan dekat kaunter, aku duduk tunggu giliran..datang sorang nurse tanya aku anak umur berapa, lepastu tanya, anak line kuning tak? line kuning = bmi kuning..haa gitu la.. aku pun jawab " iya anak saya line kuning" terus diorng tarik aku suruh dengar ceramah pemakanan..yang diorng susun2 makanan tu rupanya untuk CERAMAH PEMAKANAN untuk anak2 yang kurang berat badan..opkos la Amar Mikail salah sorang ahlinya =.=" hehehe..amar mikail memang dari umur dua tahun line kuning, bukan sebab tak makan, tapi berat dia xnaik sangat..sikit2 je..so xlepas2 la line kuning tuh..

untuk ceramah yang ambil masa dalam 1/2 jam tuh, nurse yang bagi ceramah tu pun nurse practikal, tapi bukan practikal yg muda2 ni..tapi yg sambung study utk naik pangkat mungkin..
ceramah tu juga bagi penerangan mengenai jadual pemakanan anak2, cara tarik perhatian anak untuk makan, makanan ganti untuk anak yang tak suka makan nasi dan lain lagi..banyak ilmu yang bermanfaat. yang seronoknya, aku pun nurse ni tarik suruh goreng cekodok sayur..hahaha..aku layankan jela..seronok weyyy! 1 klinik tengok..hahaha

contoh jadual harian makanan untuk anak2 :

pagi

1. susu 1 gelas
2. roti 2 keping / nasi goreng / bihun goreng / cekodok sayur / pisang
 (guna planta atau minyak tapi kurangkan garam)

tengahari

1. air putih 1 gelas
2. nasi putih 1 cawan 
3. sup ayam/sup sayur
4. 1 ekor ikan kembong goreng / ayam goreng

petang

1. susu 1 gelas
2. biskut / buah pisang (buah yang mengenyangkan)

malam

1. air putih 1 gelas
2. nasi putih 1 cawan 
3. sup ayam/sup sayur
4. 1 ekor ikan kembong goreng / ayam goreng

atau 

1. susu 1 gelas
2. sebiji pisang / spaghetti sup

tips :

1. jika anak tak gemar makan sayur, boleh buat kuih yang anak2 suka dan blend sayur dan masukkan dalam adunan..contoh kuih keria, boleh guna lobak..atau cekodok kosong boleh masukkan sayur blend..so anak2 tak tahu ada sayur dalam makanan dia..hehe















after ceramah aku bawak anak2 teruskan check up..diorang pun dah kenyang bedal makan masa ceramah..happy kemain..hihi


k. bai












No comments: