Pages

Thursday 3 March 2016

BELAJAR DARI RUMAH


hai gaisss!

aku sekarang tengah berusaha nak rancakkan diri dan anak2 dengan aktiviti sihat 
dekat rumah sama ada indoor atau out door..

ala ala  Home Schooling la hekk..
aku tak banyak ilmu lagi pasal ni, maybe kena banyak rujuk lagi..
baca info2 mana yang patut..


KENAPA NAK BUAT?

pertama sekali aku rasa Amar Mikail dah mula addict dengan TV + LAPTOP!
hakak dah mula risauuuuu..sebab kalau kids yang dah mula addict ni memang payah nak kurangkan..
aku lebih rela dia main dekat pasir, atau main mainan yang melambak dari dia mengadap TV + LAPTOP jeeee -.-" 

kartun sekarang bukan macam kartun dulu2.......
kartun sekarang bahasa melayu yang digunakan ada yang tak best...........
termasuk boboiboy! walaupun kadang2 aku pun sama layan..kikiki

contohnya " apa?tak gunaaaaaaaaaaa !"
haaa..budak2 ni kan cepat tangkap...yang pelik2 tu la lagi laju dia hafal..

lagi 1 cerita hagemaru.......kartun ajar menipu....hahahaha
kalau kita dewasa ni memang faham yang tersiratnya..si hagemaru tu panjang akal...
kalau budak kecik yang tengok dah tentu la nampak auta yang lebihh..

bila cerita kartun yang aku rasa tak sesuai aku akan tukar..
boboiboy + upin ipin aku bagi la jugak..kartun2 omputih tu aku kawal sikit..
pastu aku biar dalam bahasa inggeris ( baru buat sebelum ni aku tukar bahasa melayu)

jenuh jugak nak pujuk amar mikail join aktiviti yang aku nak buat...
contohnya..

hand painting ( cop2 tangan)
konon nak adakan art class yang lagi menarik la kalau amar tunjuk reaksi positif..
(lepas cop tangan nak buat cop guna bahan2 lain)

tapiiiii

bila aku explain, 

" abang, mama nak buat art class dengan abang tau.."
"buat apa mama?"

okayy macam tertarik...

"mama nak buat cop cop tangan pakai warna..kita buat dengan adik sekali"
"ohh..aman tau..nak nak.."

yesss! mama teruja, anak minat
aku pun keluarkan alatan.....
tiba tibaaaa



" mama tak nak lah..mama buat dengan adik je...."
"kenapa pulak?"

"aman nak tengok kartun, ade otomen dekat TV"
aku teros "&*^%^^$"

tarik nafas dalam2.....

"abang tak boleh tengok kartun kalau tak join mama dengan adik buat ni (cop tangan)"
"alaaa...tak nak!"

amar mula bagi reaksi negatif........
aku pun laju2 picit colour....ambik berus....
sapu kat tangan adik....Ariq yusuff dah teruja..bila dah macam tu, abang tengok adik teruja terus dia pun nak join..
tapi nampak lah yang amar tak berapa fokus..bila dah penuh kertas tu, dia terus mintak nak tengok kartun...
alahaii anak...
ariq yusuff still xnak berganjak main warna...lebih kepada nak buat sepah..huhu
aku pun teruskan dengan tiup warna pakai straw..seronok ariq..tapi dia bukan tiup pun..bunyi je lebih...angin tak adoo! ahaha

apa pun, aku berjaya jugak tarik amar buat home schooling walaupun kejap..

harini aku ajar buat HURUF A...
tak cantik lagi..tapi ok la..next entry ok..hihi

babai :)


No comments: