Pages

Showing posts with label amarmikail. Show all posts
Showing posts with label amarmikail. Show all posts

Friday, 4 November 2016

Dialog pagi tadi 💗

AA : adikkkk !  Kenape minum air aman ???!! Tu kan air aman, adik pegi la minum dekat sanaaaa.....(nada marah)

AY : ala...ayicop minum sikit je...sikit je tau...hmm maaf (cakap dalam slengg dia)

AA : lain kali jangan buat lagi tau..adik minum air adik sendiri..

AY : hmmm yela..

Allahuakbar..bijaknya anak2 mama..sejuk perut mama !  Tak sia2 mama ajar mintak maaf kalau buat salah..tapi gaya ayicop cakap tu memang klakar & comel..geram mama tau !!  Kalau engkorang dah besar gado2, baca entry ni..mama pesan..air dicincang takkan putus..belajar memaafkan okay..

.
Tapi lepas 15 minit, mula laaa rebut itu ini...alahaiii..anak2 macam tu la..hihi

Xoxo
Adda aziz

Wednesday, 17 August 2016

Amar Mikail Kuat!

Bismillah, Assalamualaikum..



[ 4 Ogos 2016, Khamis ]


Rabu malam Khamis, abang Amar demam. Mama dah mula tak senang nak tidur. kejap2 bangun cek badan abang..tanya abang okay tak..mama rasa badan panas, Mama pakaikan cool fever kat dahi. Rasa kurang sikit demam tu..sebelum tidur dah bagi makan ubat demam. selang sejam lebih kurang abang muntah. mama lagi risau.

pagi Khamis,

pagi tu mama bagi abang makan ubat, bagi ubat demam lagi. nampak okay je abang cuma tak nak makan. mungkin selera xde. minum air okay tapi air kosong je. susu pun tak mau.

lepas 1/2 jam macam tu abang mula loya tekak, kejap2 muntah. minum air je muntah. mama pujuk abang makan takut perut masuk angin tapi abang tak nak makan jugak, nak minum air je. mama dah bertambah risau. bagitahu baba yang nk bawak abang pegi klinik. too bad baba tak boleh nak keluar awal sangat sebab hari sebelum tu baba dah EL adik ariq xsihat. so terpaksa tunggu  baba keluar masa lunch hour. kira pegi klinik lepas lunch hour.

[ 2.30 petang, KK Umbai ]


mama baba bawak amar pegi klinik, nasib baik dapat jumpa doctor bahagian kanak-kanak kalau tak terpaksa tunggu lama bahagian pesakit luar tu (ramai sangat)

1/2 jam jugak tunggu giliran, masa tunggu tu abang okay je. mama baba bagi minum air ribena. sebab takut abang dihydrate.
turn abang sampai,masuk bilik doktor, tengok abang lemah je..doktor terus ajak pegi bilik kecemasan untuk cek oksigen. hati mama dah berdebar-debar.

masuk je dala bilik tu, baba duduk kejap (baba dukung abang), tetiba abang macam nak tidur, longlai je. doktor panggil2 abang, abang tak sahut..mama baba panggil abang pun abang tak respon. doktor terus suruh baringkan abang dan tekan button merah. 1 klinik bunyik, semua doktor datang tengok abang. mama dah kaku. tak tau nak rasa apa. Nurse cepat-cepat pasangkan oksigen untuk support, abang dah pucat sangat, macam tak ada darah! terus cucuk masuk air, masa tu abang tak nangis pun. doktor masing panggil2 abang. Allahu, mama tak tau nak kata apa, terdiam dan nangis. baba pun dah terdiam kat tepi. dalam hati mama dok zikir "Laillahailla anta Subhanakainni Kuntum Minazzolimin" Mama doa Allah swt permudahkan dan selamatkan abang.
masa tu ambulan semua dah ready nak bawak abang pegi GH. Doktor dah soal mama macam-macam. nurse ambik darah abang, rupanya abang hypoglycemia masa tu. bacaan gula 2.7. rendah sangat mungkin sebab tak makan dan tak minum air manis.

after setengah jam abang dah okay sikit. doktor terus arahkan hantar GH naik ambulan. Abang pun dah sedar, dala ambulan mama cuba tak bagi abnag tidur. nurse pun advice supaya abang tak tidur. borak dengan abang.

sampai kecemasan GH abang stay kat line kuning. doktor kejap2 ambik darah abang. untuk pantau gula. memang rendah. terus tukar air drip tu yang bergula. supaya cepat sikit naik paras gula dalam badan abang. kat kecemasan abang nampak lebih baik, dan mula dah rasa haus dan nak makan..doktor siap suruh abang minum air manis2 je..Alhamdulillah makin lama makin naik gula abang walaupun sikit2.

mama lega sikit.

abang warded. malam tu dapat masuk wad, malam tu jugak fuang, fuang baba datang melawat abang. Terima Kasih Fuang, Fuang baba.


mikail baru masuk wad..


Fuang, Fuang Baba datang khamis malam..

amar mikail rest, sebab demam tinggi masa ni..

amar dengan Fuang baba, memang manja dengan fuang baba dia..

antara yang datang melawat (hari ke 2)

masa kat hospital ramai datang melawat, Alhamdulillah..terima kasih semua. Terima Kasih doakan anak kami..sangat hargai..

4 hari abang kat hospital, sehari sebelum keluar, abang asthma pulak. kena pantau lagi. mama risau balik. tapi nasib okay dan terkawal lagi. Ahad abang dapat keluar, tapi pemantauan tetap ada. macam-macam nasihat doktor.

hari ke 3, ditemani mainan..happy dia..xde la boring..

ajak jalan2, sebab boring..rupanya nak paw mama mainan kat cafe hospital..hihi

cengkung sikit, tapi bila tengok senyum tu happy mama..

mama harap mama dapat ada dengan abang dalam apa situasi pu lepas ni okay..abang kuat, mama kuat.. sayang abang!

yeahhh boleh balik..adik pun happy abang balik..baru ada kawan..

Alhamdulillah, lepas keluar dari hospital ni abang amar mikhail makin okay dan akin aktif macam biasa. lepas sakit ni nampak selera makan dia makin membuak2! im happy mama *yeaaaah*



Siapa yang baca entry ni, Harap dapat Doakan Amar Mikail bertambah sihat dan cergas. Ameen, In Shaa Allah :)





Tuesday, 3 May 2016

Amar Mikail kena asthma.




sabtu lepas, amar mikail kena Asthma (semput). dah lama jugak dia tak kena. 
jumaat tu dah mula nak teruk, malam tu je aku mula tak senang duduk dah. nak tidur pun tak nyenyak. risaukan keadaan amar. abang amar kalau asthma memang lembik badan dia. tidur je.

tapi disebabkan aku dah biasa dengan keadaan amar, rasa segalanya terkawal lah. tak ada panic semacam. mula2 bagi amar makan ubat and ambil inhaler for asthma. sambil2 tu urut dada dia dengan vicks sampai abang amar rasa lega dan tidur. abang amar tak suka kena sapu vicks tu. rimas.
malam tu dua kali abang amar muntah, bagus juga. biar keluar panas badan dia.


esok pagi tu pagi2 abang amar dah bangun nak muntah, maybe sebab perut dia kosong. tu rasa mual dan muntah air je. tak makan dia sebab tak selera.
habis muntah aku terus mandikan dia. mandikan dengan air kolah ( rumah kampung biasa ada) sebab air kolah ni sejuk. mandikan dia puas2 biar keluar panas dia dan badan dia segar sikit. memang nampak lepas mandi dia lega sikit, nampak kuat sikit. Alhamdulillah, lega sikit mama

pukul 10 gerak pegi klinik, nak ambil gas. proses ambil gas lancar, amar dah tahu. cuma dia tak suka lama-lama. mengamuk sikit la. asik cakap ubat tu habis ah. hihi
aku ambil 2 kali. after 4 jam pegi ambil lagi. sebab nak bagi asthma dia betul2 kurang. 
doctor cakap kalau amar bawak pegi hospital memang kena tahan wad. bunyi pernafasan dia kuat. 
sebab tu kami tak bawa dia pegi klinik kesihatan, bawa pegi klinik swasta. lagipun klinik ni mesra orang kampung, tak mahal sangat. hehe. Dr Amer ni pun dah memang kenal.

sementara nak tunggu lagi 4 jam ambik gas lagi, kami pegi makan kepsi. nak bagi amar semangat sikit. dia suka makan kepsi. sambil2 tu boleh main playground kat dalam kepsi tu skali. suka la amar ariq!

mama dengan ucoppp tunggu abang ambik gas

ucop ukur tinggi, tak boleh duduk diam budak neh!

abang dengan baba

lepas ambil gas pegi makan kepsi

baba tak de, tengah beratur.hihi

Alhamdulillah, harini dah makin okay tinggal batuk je tak okay lagi. selera makan dah ada dah. dah melasak balik okay lah tuh! kalau tak susah hati mama.

Thursday, 28 April 2016

Checkup kesihatan & gigi Amar Mikail, Ariq yusuff







hari ni letih betul. dengan cuaca yang memang panas berdekang, keadaan perut yang agak tidak sihat lagi, memang lembik aku harini. hmm

actually date untuk checkup diorng dah lepas, sebabkan kekangan masa dan sebagainya ditunda hingga ke hari ni. hehe
Alhamdulillah KKD (klinik kesihatan Desa) sini okay je nurse2 dia. tak marah pun. cuma turn untuk di panggil jadi lambat sikit la.

check up macam biasa, timbang berat, tinggi, soal jawab dengan nurse.

Alhamdulillah

Amar mikail naik berat badan,YAHOOOO! mama happy nau nau.. sebab akhirnya amar keluar dari line kuning *srooottttt* ariq yusuff pun cuma BMI ariq yusuff turun sikit, dia meninggi sangat. huhu
tak apa lah anak2 asalkan ada peningkatan.

selesai semua tu, masa untuk check gigi pula! paling neves untuk ariq yusuff sebab dia tak pernah check gigi lagi..hehehe

Kenapa perlu jupa Dentist?
rawatan awal penjagaan gigi bagi kanak2, supaya bila diorang masuk skola nanti, gigi dah terjaga

untuk kanak2 bawah 4/5 tahun ada sapuan FLORIDA pada gigi untuk kawal kerosakan gigi dan timbul kerak pada gigi akibat susu dan sebagainya.
Amar mikail agak terlambat sebab dia ada gigi rosak dah..tapi tak apa lah kan. jaga selagi boleh. yang bagusnya kita dedahkan anak2 dengan suasa yang baru, belajar benda baru. diorang pun seronok.



Ariq & Amar yang kuat! hehehe..superhero mama ^^

selesai turn amar ariq, mama pulak dok tampal gigi.hahaha
perghhh ngilu kemain, tahan je. tapi okay la, Doktor yang handle tu buat slow je, tak ada lah sampai rasa tak selesa.

mama pun ah sudah, kitorang pun balik.
bertapa dekat rumah macam biasa.

disebabkan letih, aku masak sardin dengan telur dadar je. hohoho

ok bai

Monday, 25 April 2016

GYUDON.

selamat petang.
minggu lepas si bad ajak aku lepak, nak jumpa katanya.
yelah orang baru balik dari Umrah.
seronok tau muda2 dah jejak kaki ke tanah suci. 
Allahu, jujurnya aku cemburu. tapi yakin ada rezeki aku sekeluarga nanti.
Ameen. doa2 kan la ya.
bad ajak pegi JJ bandaraya (JJ baru orang melaka panggil.hihi)
aku pun okay je, i follow u bad! hehe
sampai jusco memasing lapo. aku pun tak makan, nasib anak2 dah makan.
so tak ada la nak order melampau kan. jimat disitu
lalu depan kedai gyudon ni, rasa macam tertarik pulak nak merasa gyudon ni.
aku pun tanya pendapat bad, dia okay
so ber-luncheon la kami kat situ.hihi
aku order set gyudon original, kids meal set (gyudon + kentang goreng), seafood tofu + air manggo,iced lemon tea, bad order spicy ontama gyudon + iced lemon tea

neves jugak, sebab dok fikir perut ni lapau sangat, sedap ke...kena dengan tekak tak...
makan sampai je, aku bagi anak2 makan dulu.
bila amar mikail cakap sedap maknanya makanan tu okay! hahaha
tahu kenapa?

sebab mikail sangat cerewet bab makan. bila kena dengan tekak dia tu aku dah lega.
fuhhhhhhh!
Alhamdulillah, boleh tahan rasa dia, cuma kalau kita ni tekak melayu mesti nak pedas2 sikit kan. gyudon ni memang tak pedas langsung! walaupun kau tambah chili flakes. serius
gyudon ni order ikot size S,M,L 
so aku suggest order size S dulu. kot kalau tak kena tekak korang, tak ada lah membazir kan..
(walaupun aku hampir order size M. HAHA, lapar punya pasal. napsuu semata, haiih)

rasa gyudon ni masin, hujung ada masam sikit. cuka mungkin.
daging sedap, potong nipis2..makan dengan nasi..
yang bad punya ada telur goyang. aku rasa tak ada telur tu lagi ok kot..bila tambah telur tu rasa muak pulak. TAK PEDAS, walaupun nama dia SPICY ONTAMA GYUDON. so next time order gyudon biase jela erk babadd!kikiki

dari segi harga pulak bagi aku tak mahal, tak murah sangat. masih boleh diterima lagi.
kalau rasa nak makan bukan time gaji okay lagi lah..gitu..

 
**orang melaka kalau nak cuba pegi je jusco baru okay! kedai dia berhampiran dengan J.CO donut **
nomm nomm nomm!

yusuff!!!!!!!

bad aka babaddd! :)

dengan abang amar

antara harga dalam menu :)

set bad + seafood tofu

kiddo set (nampakkkk tangan ucop!)

gyudon beef, set aku + seaweed sup (lagi sedap dr sushi king)

harga 3 set :) okay kan?


haaa ni yang paling best, HAHA
lepas makan, pusing2 dalam JJ, dapat offer try make up 

Victoria Jackson Cosmetics


aku pun kebetulan tengah cari founation baru..so bila dah offer untuk cuba, aku pun cuba lah..hehe
serius fondation spray dia best!tapi mahal wehhh RM220..
untuk aku yang suri rumah ni mana lah mampu.hihi
tapi memang best la..korang boleh cuba kat dalam jusco..hihi
sometime dia bagi diskaun tau..free mmbership..3 kali free makeup..best kan kan kan...hihi

sampai sini je. bye!

Friday, 25 March 2016

Abang Aman nak makan kepsi!


hi gaisss! 
(ada ke orang baca, entah2 dak oya je baca!haha)

hello mylovely blog ^^,

Rabu malam, hang out dengan keluarga kecil kami..hehe
asalnya aku nak jumpa ex-vendor aku, nak bagi barang dia

deal nak jumpa dekat umbai, tapi disebabkan Abang Aman aka Amar mikail
nak sangat makan ayam kepsi, husband pun deal jumpa ex-vendor
dekat PETRONAS, Semabok. kat situ ada kepsi sekali, so dah senang lah kan.

Alhamdulillah , selesai

lepas bagi barang kami anak beranak masuk kepsi,
ya ampun..amar mikail + ariq yusuff punya lah eksited!
memang dah lama pun tak bawak anak2 pegi makan kepsi..
( kekangan fulus,masa dan sebagainya)

bila duduk je kat table, duaorang ni memang menjerit sakan,
 baba dia tengah order kat kaunter pun
duaorang ni boleh menjerit panggil.HAHA
aku buat bisa je, apa nak kesah dah anak aku aktif belaka.
buat dono jela, lantak depa yang memandang.hahaha

yang paling best ajak bergambo pun eksited jugak.hehe
seronok tengok anak2 macam tu..bertapa diorang hargai masa 
dengan mama baba diorang..

lepas baba datang bawak food semua cool down, ready nak makan.
ariq yusuff memang dengan ragam dia, kalau tak sepah dan comot bukan ariq yusuff!
sdik...ohh adikk...
tengah type ni pun rasa gerammmm je! comel kemain!

lepas makan, kitorang balik..

#Alhamdulillah

hehehe, bukan main lagi depa!

apa entah abang nak cakap masa ni

dengan abang amar aka aman

yeahhhh! dapat jugak gambar 4 orang !!

haaa..liupa nak habaq, kami beli pakai kupon ni..cousin aku bagi, jimat lah sikit kami..LOLZ!


k, bai 

Saturday, 19 March 2016

BoboiboY the Movie


hello gaiss!
haaa baru nak update kan...
orang lain dah berzaman dah cerita -.-'


demi menunaikan janji dengan anak2, aku berusaha jugak bawak anak2 pegi
tengok wayang cerita BOBOIBOY THE MOVIE.

serius OHSEM okayyy! rasa bangga dengan kartun animasi malaysia!
aku bagi 10 BINTANG TANG TANG 
memang rasa macam tengok animasi dari luar negara..
tahniah team boboiboy!

Amar Mikail tak berkelip dalam panggung, puas hati la tuh 
dapat tengok kartun kegemaran dia..
tapi aku rasa yang movie ni memang kelakar..hehehe
lagi lagi CIKGU PAPA ZOLA.
aku rasa cikgu tu masuk air weyyyy..hahaha

ariq yusuff layan half movie je, pastu dia dah merengek nak tidur..
lepas je dia tidur, aku terus boleh layan movie dengan aman damai..haha

aku bukan pegi sekeluarga je tau, aku pegi dengan family kakak ipar aku skali aka Uyah Nazura..
anak2 dia pun happy je..hihi
kira berbaloi duit tiket la..hehe
kitorang memang dah plan awal2 pun..eh eh lupa nak bagitahu yang 
kitorang layan movie dekat Johor, SKUDAI PRADE.
dari pukul 8.15 mlm - 10.15 mlm kottt..lupa pulak keluar panggung pukul berapa..hihi
old school hokeyy panggung wayang dia..hihi

lepas layan boboiboy kitorang pun pegi cari port makan..pastu balik..hehe



mama pun nak jugak begambar dengan boboiboy.hooho
Ariq yusuff tidur masa ni..


geng tengok movie..hehe..
ada yang dah layu.....
peminat boboiboy opkos la tahan mata!


okay bai, lebiu

Thursday, 3 March 2016

BELAJAR DARI RUMAH


hai gaisss!

aku sekarang tengah berusaha nak rancakkan diri dan anak2 dengan aktiviti sihat 
dekat rumah sama ada indoor atau out door..

ala ala  Home Schooling la hekk..
aku tak banyak ilmu lagi pasal ni, maybe kena banyak rujuk lagi..
baca info2 mana yang patut..


KENAPA NAK BUAT?

pertama sekali aku rasa Amar Mikail dah mula addict dengan TV + LAPTOP!
hakak dah mula risauuuuu..sebab kalau kids yang dah mula addict ni memang payah nak kurangkan..
aku lebih rela dia main dekat pasir, atau main mainan yang melambak dari dia mengadap TV + LAPTOP jeeee -.-" 

kartun sekarang bukan macam kartun dulu2.......
kartun sekarang bahasa melayu yang digunakan ada yang tak best...........
termasuk boboiboy! walaupun kadang2 aku pun sama layan..kikiki

contohnya " apa?tak gunaaaaaaaaaaa !"
haaa..budak2 ni kan cepat tangkap...yang pelik2 tu la lagi laju dia hafal..

lagi 1 cerita hagemaru.......kartun ajar menipu....hahahaha
kalau kita dewasa ni memang faham yang tersiratnya..si hagemaru tu panjang akal...
kalau budak kecik yang tengok dah tentu la nampak auta yang lebihh..

bila cerita kartun yang aku rasa tak sesuai aku akan tukar..
boboiboy + upin ipin aku bagi la jugak..kartun2 omputih tu aku kawal sikit..
pastu aku biar dalam bahasa inggeris ( baru buat sebelum ni aku tukar bahasa melayu)

jenuh jugak nak pujuk amar mikail join aktiviti yang aku nak buat...
contohnya..

hand painting ( cop2 tangan)
konon nak adakan art class yang lagi menarik la kalau amar tunjuk reaksi positif..
(lepas cop tangan nak buat cop guna bahan2 lain)

tapiiiii

bila aku explain, 

" abang, mama nak buat art class dengan abang tau.."
"buat apa mama?"

okayy macam tertarik...

"mama nak buat cop cop tangan pakai warna..kita buat dengan adik sekali"
"ohh..aman tau..nak nak.."

yesss! mama teruja, anak minat
aku pun keluarkan alatan.....
tiba tibaaaa



" mama tak nak lah..mama buat dengan adik je...."
"kenapa pulak?"

"aman nak tengok kartun, ade otomen dekat TV"
aku teros "&*^%^^$"

tarik nafas dalam2.....

"abang tak boleh tengok kartun kalau tak join mama dengan adik buat ni (cop tangan)"
"alaaa...tak nak!"

amar mula bagi reaksi negatif........
aku pun laju2 picit colour....ambik berus....
sapu kat tangan adik....Ariq yusuff dah teruja..bila dah macam tu, abang tengok adik teruja terus dia pun nak join..
tapi nampak lah yang amar tak berapa fokus..bila dah penuh kertas tu, dia terus mintak nak tengok kartun...
alahaii anak...
ariq yusuff still xnak berganjak main warna...lebih kepada nak buat sepah..huhu
aku pun teruskan dengan tiup warna pakai straw..seronok ariq..tapi dia bukan tiup pun..bunyi je lebih...angin tak adoo! ahaha

apa pun, aku berjaya jugak tarik amar buat home schooling walaupun kejap..

harini aku ajar buat HURUF A...
tak cantik lagi..tapi ok la..next entry ok..hihi

babai :)


Wednesday, 3 February 2016

#tb : Ceramah Pemakanan kanak-kanak & checkup bulanan





check up bulanan anak2 26/1 hari tu..
Alhamdulillah, checkup untuk anak2 memang nurse arrange hari yang sama..so tak payah nak pergi dua tiga kali,.senang kerja aku..hehehe.. ni nak share pasal checkup haritu,
pagi tu aku bawa anak2, masa tu memang ada nampak nurse2 sebok susun2 makanan atas meja ( macam display food gitu), tapi aku tak tanya la apa.. lepas bagi buku rawatan dekat kaunter, aku duduk tunggu giliran..datang sorang nurse tanya aku anak umur berapa, lepastu tanya, anak line kuning tak? line kuning = bmi kuning..haa gitu la.. aku pun jawab " iya anak saya line kuning" terus diorng tarik aku suruh dengar ceramah pemakanan..yang diorng susun2 makanan tu rupanya untuk CERAMAH PEMAKANAN untuk anak2 yang kurang berat badan..opkos la Amar Mikail salah sorang ahlinya =.=" hehehe..amar mikail memang dari umur dua tahun line kuning, bukan sebab tak makan, tapi berat dia xnaik sangat..sikit2 je..so xlepas2 la line kuning tuh..

untuk ceramah yang ambil masa dalam 1/2 jam tuh, nurse yang bagi ceramah tu pun nurse practikal, tapi bukan practikal yg muda2 ni..tapi yg sambung study utk naik pangkat mungkin..
ceramah tu juga bagi penerangan mengenai jadual pemakanan anak2, cara tarik perhatian anak untuk makan, makanan ganti untuk anak yang tak suka makan nasi dan lain lagi..banyak ilmu yang bermanfaat. yang seronoknya, aku pun nurse ni tarik suruh goreng cekodok sayur..hahaha..aku layankan jela..seronok weyyy! 1 klinik tengok..hahaha

contoh jadual harian makanan untuk anak2 :

pagi

1. susu 1 gelas
2. roti 2 keping / nasi goreng / bihun goreng / cekodok sayur / pisang
 (guna planta atau minyak tapi kurangkan garam)

tengahari

1. air putih 1 gelas
2. nasi putih 1 cawan 
3. sup ayam/sup sayur
4. 1 ekor ikan kembong goreng / ayam goreng

petang

1. susu 1 gelas
2. biskut / buah pisang (buah yang mengenyangkan)

malam

1. air putih 1 gelas
2. nasi putih 1 cawan 
3. sup ayam/sup sayur
4. 1 ekor ikan kembong goreng / ayam goreng

atau 

1. susu 1 gelas
2. sebiji pisang / spaghetti sup

tips :

1. jika anak tak gemar makan sayur, boleh buat kuih yang anak2 suka dan blend sayur dan masukkan dalam adunan..contoh kuih keria, boleh guna lobak..atau cekodok kosong boleh masukkan sayur blend..so anak2 tak tahu ada sayur dalam makanan dia..hehe















after ceramah aku bawak anak2 teruskan check up..diorang pun dah kenyang bedal makan masa ceramah..happy kemain..hihi


k. bai












Tuesday, 12 January 2016

Riadah.


semalam, ahad


butik tutup.
so husband plan bawa anak-anak pegi taman.
mula rasa macam nak pegi yang dekat dengan rumah.
tapi disebabkan kena ambil barang dekat butik
so cari port jauh sikit.
on the way call anor (kawan)
pot pet pot pet
dia cakap on the way klebang..
fikir balik menarik jugak tu. so husband pu on pegi klebang.
.
.
.
jadinyaa beriadah la kami kat klebang petang tuh.
AAM & AAY suka kottt..sampi je dah bising.
yusuff paling teruja coz nampak pasir!
ini budak kecik memang suka pasir.
tak ada geli geli neh..redah je dia.
.
.
mama & ucopp!

baba & kiddos

buai baba! ehh awek la....hekhekhek

haa..gini gaya paling win..ce buat amarrrr! :P

flyyy dengan baba!

incik otomen, betol ka mama buat neh?

kannnn.. tengok muka dia pun tau dah teruja yang bagaimana!hoho

tak main naik tangga la bro! LOL
Alhamdulillah, diorang happy.
balik semua berpasir,
singgah butik jap ambik barang dan solat.
.
.
sampai rumah, mandi, solat, tidoqq!
.
.
k bai,
jumpa next entry