Sunday, 20 March 2016

Cekodok Pisang, hitam itu menawan :P




hello gaiss!

hari ni dok belek gambar dekat dalam phone..tetiba nampak pic cekodok pisang haritu..hihi
baru teringat yang aku lupa nak update dekat blog (sememangnya niat ambik gambo untuk update blog)

Al kisahnya, abah aku yang suruh buat cekodok pisang ni..sebab kat dapur ada dalam 10 biji pisang yang dah terlebih masak..nak makan macam xbest dah,so buat jela kan cekodok pisang..
lagi syiiookkk!

simple je resepinya..meh aku share kat engkorang ye..




RESEPI CEDOK PISANG VERSI ADDA AZIZ :

pisang 10 biji (lenyekkan, ikot korang nak pakai apa)
tepung gandum secukupnya
air suam secukupnya
garam sikit
gula secukupnya (untuk tambah manis, kalau xsuka manis boleh biarkan manis buah je)
soda bikarbonat (1 sudu kecil)

CARA CARA :

campurkan kesemua bahan kering, masukkan air sikit demi sedikit.
pastikan adunan tidak terlalu cair tau!
korang agak2 la eh..hehe


tips :

** soda bikarbonat tu untuk garingkan lagi cekodok
** nak dapatkan cekodok yang bulat dan comel, ambil adunan dengan menggunakan TANGAN, BUKAN SUDU!!
guna hujung2 jari...hihi


taraaa siap!

kalau nampak gelap tu jangan risau sebab dalam adunan ada gula mmg akan warna gitu..





SELAMAT MENCUBA!

No comments: