Pages

Friday 25 March 2016

DAA : RESEPI AYAM GORENG RANGUP SEHINGGA TERMENUNG! lol :P


RESEPI AYAM GORENG RANGUP SEHINGGA TERMENUNG!

BY ADDA AZIZ ^^,


BAHAN A

ayam
2 sudu serbuk cili babas
2 sudu serbuk kari babas
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada sulah
(** nak tambah lada hitam pun okay**)
garam secukup rasa
minyak masak untuk goreng ayam

BAHAN B
tepung gandum cap bunga raya
(** ikot korang la nak cap ape **)
tepung jagung
2 biji telur
garam
lada sulah


CARA-CARA

- korang basuh ayam bersih2
- masukkan kesemua bahan A, kecuali garam. sebatikan dengan ayam (gaulkan)
kemudian tambah garam ikot sesedap rasa (agak2)
- perap ayam dalam 15 minit gitu

- untuk bahan B, korang campurkan tepung gandum dan tepung jagung (gaul)
kemudian tambah garam dan lada sulah (gaul lagi)

CARA MENGGORENG


- panaskan minyak, sampai betul2 panas (minyak kena banyak)
- ambil ayam, celup dalam tepung (tipis2 je) kemudiam celup ke dalam telur dan celup kedalam tepung semua. kemudian goreng dalam minyak panas.

ulang sehingga habis ayam korang tuh!ehehe


SEDAP, RANGUP & TAK BERAPA PEDAS :)


NOTA PENTING : pastikan minyak betul panas dan cukup utk goreng..boleh kecilkan api sikit semasa menggoreng ( jangan kecik nau!) sebab nak bagi luar dalam masak..hehe





No comments: