Wednesday, 13 April 2016

DAA : RESEPI IKAN KELI BERLADO (RINGKAS)


Resepi lagi.........HAHA
abis nak buat macam mana kan...dah keje aku hari2 memasak..
iyaaa..setiap hari..hihi

dulu kalau memasak ni memang aku paling tak berapa minat pon..biasa2 je lah..
masa bujang memang tak masak,,dah kawen baru nak menggoogle! masak tetap hampehhh..
siap suruh husband bagitahu kat mak mentua yang aku ni tahu masak air + goreng telor je! hehehe

hampehhh punya menantu!


bila dah kawen rasanya KEPENTINGAN untuk pandai masak sbelum kawen tu lebih baik dan jadi 1 kelebihan..memang bagus kalau pandai masak dari anak dara..

okay, harini aku nak share resepi simple...kalau korang yang mana ibu/isteri bekerja boleh buat lauk ni..simple dan sedap..kalau yang ada baby xmo lah ya..

RESEPI IKAN KELI GORENG BERLADO
bahan :

5-10 ekor ikan keli size sederhana (lumur kunyit dan garam)
4 biji bawang merah ##
4 ulas bawang putih ##
10 tangkai lada merah ##
10-20 tangkai cili padi ( nak pedas lagi boleh tambah) ##
halia ##
kunyit hidup ##
garam 
gula


blend item yang bertanda ##

** basuh ikan keli sebersihnya, sampai hilang lendir dan darah..pastikan basuh dengan garam dan asam jawa/limau **

CARA ; 

1. panaskan minyak (api sederhana), goreng ikan sehingga betul2 garing (tak garing tak sedap)
** nak tambah sikit air asam pun boleh**

2. guna minyak gorengan tadi (kalau banyak sangat, buang sikit), tumis bahan blend tadi sampai pecah minyak dan garing (ambil masa sikit ya,saboooo banyak2)

3. bahan tumis dah cukup garing, masukkan ikan yang dah goreng tadi, gaul sebati dengan sambal

4. tambah garam dan gula ( adjust ikot tekak korang)

SIAP!

resepi aku memang simple..aku tak masukkan air asam, aku tak masukkan serai..simple je..
cepat, ringkas dan mudah..rasa dijamin sedap!

NOTA ; kalau korang yang bekerja, boleh blend sesiap..masuk dalam bekas..simpan dalam peti ais..ikan pun sama..nak goreng siap2 pun boleh..esoknya korang tinggal masukkan dalam kuah sambal tu....hehhe


selamat memasak dan jamu selera!

No comments: