Jangan Baca.
bismillah,
Maaf blog.
hmm. menumpang, bunyi perkataan tu pun aku dah rasa berat.
apatah lagi merasainya.
Allahu,
aku tak kuat Tuhan.
Mungkin luaran nampak gagah, senyuman segala.
tapi dalam hati ni..Allahuakhbar.
Aku redha dengan setiap kejadian dan dugaan. Aku hadap satu per satu.
apa yang datang aku terima.
setiap kali diherdik atau perli aku terima.
sejak dah tak meniaga, semua berubah.
iyalah, orang dah tak ada apa2,belum berjaya,
kawan yg rapat dulu pun tak ada nak dekat.
yang dah lama tak muncul pula selalu bertanya khabar.
(putaran kehidupan)
ada yang dekat tapi rasa jauh..
tak macam dulu lagi..
pandangan orang sekeliling pun tak sama dah.
Allahu hebat percaturan Tuhan.
tak apa, sendiri pun okay. anak2 dan suami ada.
yang penting Allah swt ada sentiasa untuk dengar
luahan dan rayuan aku.
negatif kah aku? positif kah aku?
aku pun tak pasti.
Keluarga yang mendukung? aku tahu ada.
abah,
tak senang ke abah, kami sekeluarga di sini?
(soalan yang sentiasa aku fikirkan)
tiada jawapan setakat ini.
tak apa lah, Allah lebih mengatahui segala.
aku yakin, harini aku bersedih, kemudian hari akan ada
sinar di penghujungnya.
ada hikmah apa yang aku lalui ni.
cuma aku harap setiap langkah aku di redhai Tuhan.
"mama sayang abang dan adik. jadi kuat untuk mama dan baba. jangan pernah putus asa dalam hidup.
jadi anak2 soleh mama dan baba. In Shaa Allah "
No comments:
Post a Comment