1. AJARKAN MEREKA TENTANG KESABARAN DAN KECEKALAN.
Masalah demi masalah yang menimpa dalam keluarga anda, anda harus tanganinya dengan kesabaran. Kesabaran yang ditunjukkan oleh seorang ibu dapat menjadi contoh yang nyata bagi anak-anaknya. Ketika anda sabar dan cekal, hal itu akan mengajarkan kepada anak anda secara tidak langsung supaya suatu hari nanti mereka juga kuat mengatasi permasalahan yang akan dihadapinya.
2. AJARKAN MEREKA MENJADI LEMAH-LEMBUT.
Seorang anak laki-laki yang membesar tanpa kehadiran seorang ibu kebiasannya akan menjadi seseorang yang kasar dan kurang peduli terhadap dirinya sendiri, tidak menghargai orang lain serta masyarakat sekitarnya. Ajarkanlah kepada anak lelaki anda agar menjadi lemah lembut dalam setiap perbuatan mereka, tanpa harus menghilangkan sisi tegasnya seorang lelaki. Ingat, lemah-lembut bukan bererti pondan!
3. JADILAH AGEN PENYATU.
Jadilah agen penyatu dalam kehidupan mereka, bukan agen MLM! Terkadang di dalam rumah tangga, konflik pertikaian sesama anggota keluarga tidak dapat dielakkan, ibu adalah satu-satunya orang yang seharusnya berdiri pada posisi neutral (tidak menyokong sesiap). Jadilah pendamai perselisihan antara anak dengan ayah atau anak anda dengan adik-beradiknya yang lain. Secara singkat jadilah penyatu untuk mempersatukan seluruh anggota keluarga, agar dapat bekerja sama dengan baik.
4. SOKONGLAH DIA!
Ada kalanya hari-hari anak anda penuh dengan ujian, jadilah ibu yang peka dengan situasi yang anak anda sedang rasakan. Berfikirlah secara positif dan berikan kata-kata serta sokongan penyemangat agar anak anda memiliki keyakinan dan optimis bahwa setiap satu masalah itu pasti ada jalan keluarnya.
5. JADILAH PENASIHAT YANG BAIK.
Seorang anak akan bimbang ketika pergi mengambil keputusan peperiksaan besar untuk yang pertama kalinya. Peranan anda di sini sangat diperlukannya, berikanlah nasihat-nasihat yang dia perlukan, bantulah dia untuk percaya diri dan mampu memahami kesan baik serta buruk dari setiap keputusan yang akan dia terima. Yakinkan dia bahawa apa pun keputusan yang akan dia ambil, itu adalah yang terbaik untuknya.
6. MENJADI SANG PEMBERANI.
Sebagai seorang wanita, anda juga harus berani dalam melakukan berbagai aktiviti. Kadang anda harus melakukan sendiri tugas-tugas seorang lelaki tanpa harus menunggu hingga suami anda pulang dari kerja. Ketika hujan deras dan atap rumah bocor, anda dapat berinisiatif melakukan seorang diri untuk menampal atap rumah anda yang bocor tersebut. Mungkin bagi anda hal itu adalah biasa dan tidak perlu diendahkan, tetapi di mata anak anda, anda adalah seorang ibu yang hebat. Percayalah!
copy&paste
Nota hati: jadi ibu kepada anak2 lelaki sangat lah kena banyak bersabar. Lagi2 untuk ibu muda mcm aku ni yang mempunyai tahap baran skala 8/10! Jangan ada silap sikit. Lagi2 baru lepas bersilat kat dapur dan kemas rumah. Memang anak2 pun gerun. Sampai rasa kesian kat anak2. Hmm marah ni kan secara tiba2. Kadang tak mintak pun nak garang macam tu. Sometimes aku pun sama nangis dengan anak2. ALLAHU, harap anak2 tak berdendam atau menjadi terlali terkesan. Moga Allah swt lindungi anak2 aku dari sifat baran aku ni. AMEEN
No comments:
Post a Comment