Friday, 29 July 2016

Cik Lan.

Assalamualaikum,



aku ada seorang pakcik yang sangat comel (perangainya). pakcik yang Allah swt pinjamkan untuk kami dari Syurga. Allahu, memangai sangat dirindui.

Harini genap 5 tahun tinggalkan kami. aku rasa macam tak caya pun iya jugak. CIK LAN sangat "ISTIMEWA". Allah...

aku membesar dengan ciklan. ciklan adik emak aku yang ke 12 dari 13 adik beradik. ciklan lahir sebagai seorang yang istimewa dan penuh kasih sayang walaupun dia SINDROMDOWN. tapi bukan dari kecil, dia mula sindromdown lepas kena demam panas. Ciklan penah sekolah tau. dia pandai tulis, masa dia muda aku ajak dia menulis, asah pensil sama2. paling suka bab asah pensil sebab dia asahkan semua pensil dia dan pensil orang lain sekali. bbhaahaha! asah tajam pulak tuh. pakai pisau lipat je. pensil,pisau,buku memang sentiasa ada dalam poket seluar/ poket baju melayu dia. hihi

comel kan? Ciklan tak suka comot-comot ni. lagi-lagi bab penampilan dia. kalau comot terus mandi tukar baju. he he he. kadang mak aku bising jugak. tapi ciklan peduli apa. (baran ikot atok) hi hi hi :)

bila cik lan tak ada dah, rasa kurang sangat raya kitorang. masa dia ada, yang jaga dia emak & alang (makcik aku). tapi bila alang dah pindah kat rumah atok, sepenuhnya alang yang jaga ciklan & nenek. kami bila alang tak ada dan sebagainya.
Nenek? rindu dekat Nek Tah :(

hmmm.. banyak lagi memori best dengan dua orang ni. CIK LAN & NEK TAH. Moga Allah swt tempatkan mereka di galangan orang yang beriman. Ameen Ya Rabbal'alamin.



Alfatihah ( 29/7 )


No comments: