Thursday, 4 August 2016

muntah-muntah.


Assalamualaikum,

selasa lepas ariq yusuff tak sihat, muntah muntah. dari petang sampai ke tengah malam. 

hmmm aku pun tak pasti kenapa dia boleh jadi macam tu. sebab aku rasa dia xde makan bukan bukan. lembik terus badan dia. mungkin dah kurang air dalam badan. 

Ariq yusuff jarang tak sihat macam ni. dia paling susah jatuh sakit (banding dengan amar mikail) tapi bila dah sakit. memang tak larat sungguh. tak sampai hati tengok dia.

malam tu bila tengok ariq macam lemah sangat aku terus ajak husband pegi hospital. terus ke bahagian kecemasan. pukul 1 lebih macam tu. aku pun tak ingat sangat (mamai)

biasa lah bahagian kecemasan Hospital gomen ni. full sentiasa. lagipun tengah malam, tak banyak klinik buka kan. lama jugak menunggu giliran. check up dengan doktor, check biasa2 je. mula mula macam nak kena masuk air, tapi lepas doktor tu bincang-bincang, tak yah pula. dia check mulut, badan, settle. cuma ada jugak doktor tanya, nak admit tak. (kat sini aku konpius, sebab Doktor tanya pesakit?patutnya dia yang decide apa yang terbaik untuk pesakit dan ibu bapa. hmm)

bila dah tanya macam tu aku rasa baik aku jaga kat rumah, pantau sendiri. (baik aku je jadi "doktor" kat rumah) bagi list ubat, ambik kat farmasi. then boleh balik. sampai rumah dalam pukul 4 lebih (pagi) rabak mata wehh!

on the way tu aku dah sesiap bagi ariq yusuff makan ubat, so dalam kereta dia dah tidur. letih pun iya jugak kot. kesian anak mama...



menunggu di bahagian kecemasan, mama pun letih dah masa ni.huhu
baba snap gambar sorok-sorok..


hari rabu siang tu ariq nampak okay sikit. dah mula nak main-main bagai. tak muntah lagi cuma selera makan belum ada lagi. makan sikit sikit je. aku pun tak nak lah memaksa sangat. nanti muntah balik sama je kan. sabar dan sentiasa tanya dia nak makan atau tak. tapi nenek bising sebab cakap aku tak bagi anak makan..huhu. mama siap buat bubur ala mekdi pun ariq tak mau makan. haihh =_="

malam bawak diorang riadah sikit, pegi KFC dekat merlimau (sebab ada playground) belikan set ayam, diorang makan lah sikit lepas tu main je. tengok ariq berlari lari tu lega lah sikit. Alhamdulillah. kalau tak susah je hati mama.



aktif dah, siap suruh ambik gambar masa tengah main kat playground :)

"mama doakan anak amam ariq yusuff cepat sembuh dan kuat makan macam selalu.. Ameen Ya Rabbal alamin"



k.bai
xoxo 
Adda Aziz

2 comments:

Radi dya said...

blogwalking... cian hero2 tu..
nasib dapat mama yg kuat..

Adda Aziz said...

luaran kuat..dalaman mama dia rapuh jugak..ha ha ha