Assalamualaikum,
Jumaat lepas Masjid kampung aku buat jamuan hari raya. #rayakansebulan :)
rasa rindu pulak nak makan rendang ketupat bagai, so aku pun decide nak pegi bawa anak-anak sekali. meriah jugak! ramai yang hadir bawak anak-anak memasing.
khemah disediakan untuk tetamu yang hadir. so tak buat dalam masjid la kan. mudah untuk diorang kemas after majlis. untuk pembahagian makanan pulak diorang buat dekat rumah makcik aku (rumah dia sebelah masjid kampung)
sempat jugak lah aku datang tolong-tolong apa yang patut. tolong sikit-sikit je sebab diorang memang dah tempah sesiap bukan masak sendiri. so tinggal susun dalam pinggan je. he he he
bergambar dengan sepupu aku. (orang kuat masjid ni) |
emak aku dah ready nak makan.hehe. |
bunga api |
yang paling best, VIP(anak YB) bagi duit rayooo! masa ni aku kalut sungguh, yelah mak aku dok kecoh-kecoh suruh aku bawak anak aku beratur ambik duit raya. haa. kecoh okay sebab mak & makcik aku bergabung teriakkan aku. kebetulan pulak ucop tengah rebut mainan dalam rumah makcik aku tu. hehh....mau tak kalut..beriya jugak aku pujuk ucop..amar dah panggil-panggil nak pegi ambik duit raya..eksited gitu..
dapat jugak lah pegi collect duit raya tu. Alhamdulillah. RM5/sorang. banyak tuh!hihi
Amar tengah beratur nak ambik duit raya dengan sepupu dia kak aliyah. |
haa tengok berebut-rebut diorang. hehe |
ehh lupa pulak, siap ada live band hokeyyy! up to date sungguh Masjid kampung aku. hehehe. tapi ramai la yang berbunyik (cakap-cakap) yelah anjuran MASJID KAMPUNG kottt.. macam membazir. pastu volume band tu pun sedang sedang je. huhu. suara vokalis dia bestt! tak tau pulak nama band diorang apa. hmm
happy lepas dapat duit raya..ucop tak mau pandang. cehh..ingat mama nak ke duit adik :P |
antara yang hadir....... |
lepas makan apa semua aku pun gerak balik. ontheway pegi kat kete tu aku dengar MC panggil sesiapa nak karoke dengan liveband. erkkk! masjid okay. sekampung bising kang. hahaha
ok bai.
xoxo
adda aziz
No comments:
Post a Comment