[ 4 Ogos 2016, Khamis ]
Rabu malam Khamis, abang Amar demam. Mama dah mula tak senang nak tidur. kejap2 bangun cek badan abang..tanya abang okay tak..mama rasa badan panas, Mama pakaikan cool fever kat dahi. Rasa kurang sikit demam tu..sebelum tidur dah bagi makan ubat demam. selang sejam lebih kurang abang muntah. mama lagi risau.
pagi Khamis,
pagi tu mama bagi abang makan ubat, bagi ubat demam lagi. nampak okay je abang cuma tak nak makan. mungkin selera xde. minum air okay tapi air kosong je. susu pun tak mau.
lepas 1/2 jam macam tu abang mula loya tekak, kejap2 muntah. minum air je muntah. mama pujuk abang makan takut perut masuk angin tapi abang tak nak makan jugak, nak minum air je. mama dah bertambah risau. bagitahu baba yang nk bawak abang pegi klinik. too bad baba tak boleh nak keluar awal sangat sebab hari sebelum tu baba dah EL adik ariq xsihat. so terpaksa tunggu baba keluar masa lunch hour. kira pegi klinik lepas lunch hour.
[ 2.30 petang, KK Umbai ]
mama baba bawak amar pegi klinik, nasib baik dapat jumpa doctor bahagian kanak-kanak kalau tak terpaksa tunggu lama bahagian pesakit luar tu (ramai sangat)
1/2 jam jugak tunggu giliran, masa tunggu tu abang okay je. mama baba bagi minum air ribena. sebab takut abang dihydrate.
turn abang sampai,masuk bilik doktor, tengok abang lemah je..doktor terus ajak pegi bilik kecemasan untuk cek oksigen. hati mama dah berdebar-debar.
masuk je dala bilik tu, baba duduk kejap (baba dukung abang), tetiba abang macam nak tidur, longlai je. doktor panggil2 abang, abang tak sahut..mama baba panggil abang pun abang tak respon. doktor terus suruh baringkan abang dan tekan button merah. 1 klinik bunyik, semua doktor datang tengok abang. mama dah kaku. tak tau nak rasa apa. Nurse cepat-cepat pasangkan oksigen untuk support, abang dah pucat sangat, macam tak ada darah! terus cucuk masuk air, masa tu abang tak nangis pun. doktor masing panggil2 abang. Allahu, mama tak tau nak kata apa, terdiam dan nangis. baba pun dah terdiam kat tepi. dalam hati mama dok zikir "Laillahailla anta Subhanakainni Kuntum Minazzolimin" Mama doa Allah swt permudahkan dan selamatkan abang.
masa tu ambulan semua dah ready nak bawak abang pegi GH. Doktor dah soal mama macam-macam. nurse ambik darah abang, rupanya abang hypoglycemia masa tu. bacaan gula 2.7. rendah sangat mungkin sebab tak makan dan tak minum air manis.
after setengah jam abang dah okay sikit. doktor terus arahkan hantar GH naik ambulan. Abang pun dah sedar, dala ambulan mama cuba tak bagi abnag tidur. nurse pun advice supaya abang tak tidur. borak dengan abang.
sampai kecemasan GH abang stay kat line kuning. doktor kejap2 ambik darah abang. untuk pantau gula. memang rendah. terus tukar air drip tu yang bergula. supaya cepat sikit naik paras gula dalam badan abang. kat kecemasan abang nampak lebih baik, dan mula dah rasa haus dan nak makan..doktor siap suruh abang minum air manis2 je..Alhamdulillah makin lama makin naik gula abang walaupun sikit2.
mama lega sikit.
abang warded. malam tu dapat masuk wad, malam tu jugak fuang, fuang baba datang melawat abang. Terima Kasih Fuang, Fuang baba.
mikail baru masuk wad.. |
Fuang, Fuang Baba datang khamis malam.. |
amar mikail rest, sebab demam tinggi masa ni.. |
amar dengan Fuang baba, memang manja dengan fuang baba dia.. |
antara yang datang melawat (hari ke 2) |
masa kat hospital ramai datang melawat, Alhamdulillah..terima kasih semua. Terima Kasih doakan anak kami..sangat hargai..
hari ke 3, ditemani mainan..happy dia..xde la boring.. |
ajak jalan2, sebab boring..rupanya nak paw mama mainan kat cafe hospital..hihi |
cengkung sikit, tapi bila tengok senyum tu happy mama.. |
mama harap mama dapat ada dengan abang dalam apa situasi pu lepas ni okay..abang kuat, mama kuat.. sayang abang! |
yeahhh boleh balik..adik pun happy abang balik..baru ada kawan.. |
Siapa yang baca entry ni, Harap dapat Doakan Amar Mikail bertambah sihat dan cergas. Ameen, In Shaa Allah :)
4 comments:
😢 semoga Amar, dan ariq sihat sllu..
Ameen Ya rabbalalamin..tq aunty oya..
SEMOGA SEMUANYA DALAM KEADAAN BAIK. DAN ABG AMAR MAKIN SIHAT DAN KUAT. AMINN
tq aunty faezah :)
Post a Comment