Thursday, 18 August 2016

DAA : Resepi ikan siakap sweet sour mudah ♥

Bismillah,

hari ni aku nak kongsi resepi harus kalau guna ikan siakap. Aku rasa rata-rata orang malaysia akan masak siakap sweet sour atau tiga rasa untuk ikan siakap ni. Betul tak?

Okay malas bebel panjang. Nah resepi.. gambar seketol je (ampunnnn!) Maaf kalau kekurangan..hehe

RESEPI IKAN SIAKAP SWEET SOUR
----------------------------------------------

Ikan siakap (siang dan cuci bersih)
Tepung jagung
Garam kunyit

bahan tumis :
-------------------
bawang merah 1 biji
Bawang putih 3 ulas
Halia 2cm
Cili kering (blend) 3 sudu

Bawang merah (hiris bulat)
Sos ikan 2sudu
Sos cili 3 sudu
air asam jawa (agak2)
Timun 1biji (hiris kasar)
Tomato 2 biji (potong dadu)
Brokoli (ikut suka nak banyak mana)
* boleh tambah sayur2 lain yang suka*
Tepung jagung 1 sudu
Garam gula

Cara-cara

1) ikan siakap buang sisik dan dibersihkan. Toskan air, kemudian lumurkan garam,sedikit kunyit. Seterusnya lumurkan tepung jagung secukupnya (pastikan tutup semua bahagian ikan)

2) panaskan minyak sehingga betul2 panas, masukkan ikan dan goreng hingga kekuningan.

3) sementara goreng ikan, tumis bahan tumis di kuali lain..tumis hingga cili garing..masukkan sos cili,sos ikan dan biarkan mendidih. Dah mendidih masukkan pula air asam jawa dan biarkan mendidih lagi..

4) masukkan sayur-sayuran yang ada kedalam kuah. Kacau sebati dan masukkan garam gula secukup rasa..akhir sekali masukkan tepung jagung dan kacau hingga kuah pekat..

5) tuang kuah diatas ikan yang dah digoreng rangup..nom nom nomm..siap!!

Tips :
* masukkan air asam jawa sedikit2 dan sambil tu rasa supaya tak terlebih masam *
* goreng ikan dengan minyak yang banyak dan kuali yang sesuai dengan saiz ikan, ikan rangup dan senang untuk menggoreng *

Semoga resepi ni membantu semua..In Shaa Allah: )

xoxo
adda aziz

No comments: