Monday, 5 September 2016

DAA : SAMBAL TEMPOYAK + IKAN SIAKAP GORENG BERSAMBAL


RESEPI SAMBAL TEMPOYAK CILI PADI MUDAH
-------------------------------------------------------------------

15 BIJI CILI PADI
2 SUDU BESAR TEMPOYAK 
GARAM (secukup rasa)

CARA 
---------
1. tumbuk cili padi yang telah dibasuh bersama sedikit garam..kemudian ambil tempayak dan gaulkan hingga sebati dan rasa. tambah garam kalau tak cukup..SIAP! (senang je kan?)




RESEPI IKAN SIAKAP BERSAMBAL
--------------------------------------------------

BAHAN
-----------

IKAN SIAKAP
GARAM KUNYIT
MINYAK


CILI KISAR #
BAWANG MERAH (5-10 BIJI) #
BAWANG PUTIH (3-4 ULAS) #
HALIA (2CM) #
ASAM JAWA/ASAM KEPING
DAUN LIMAU (racik halus)
GARAM 
GULA

# bahan yang perlu kisar

CARA
---------

1. lumur ikan dengan garam dan kunyit secukupnya. kemudian goreng ikan dengan minyak yang banyak dan cukup panas. goreng hingga garing ya..dah siap goreng toskan minyak..

2. tumis bawang merah, putih dan halia dengan menggunakan minyak goreng ikan tadi..tumis hingga pecah minyak..api sederhana..dah pecah minyak masukkan pula cili kisar dan kacau sebati tumis hingga betul pecah minyak dan garing..Masukkan air asam..dan kacau lagi..kena rajin kacau, supaya tak hangit..

3. Masukkan garam gula secukup rasa. jangan manis ya..resepi ni macam kita buat sambal ikan biasa juga..

4. masukkan daun limau dan gaul..kemudian curah sambal atas ikan yang dah siap goreng tadi..siap! :)



selamat mencuba..
MAAF KALAU KULITI GAMBAR TAK MENARIK. AKU PAKAI HP MURAH JE. S ADVANCE..TQ :)

adda aziz
xoxo

No comments: