Wednesday, 20 November 2013

MAKAN SENDIRIKK!

Wahh wahhh..
anak bujang aku ni sekarang. semua benda dia nak buat sendiri.
lagi lagi bab makan. memang part yang paling dia suka.
MAKAN SAMBIL SEPAHKAN. yaehh!
mama geleng kepala.

bertuah budak kecik ni! tak kesah pon makanan tu panas. dia nak jugak.
mama tukang tolong tiup. nanti macam biasa dia tolong gelak. huhu
mama nak marah pun tak jadi.
berlakon nak cubit kaki dia. Senyummm lebauu! mama sabauuu T_T

Ragam kan..
Bila dah ada nak gini la ghupenye!
tapi seronokkk :)
biasanya aku biarkan je Amar dengan mangkuk dan sudu dia..
aku bubuh makanan sikit.. sambil Amar main main aku suap Amar makan..

macam tu la hari2 aku mengadap amar mikail makan.huhu




ni macaroni yang aku masak untuk amar (package untuk aku skali.hihi)
Macaroni sup simple..kalau ayat aku..macaroni sup bodo2 je.HAHA. Jap lagi aku share resepi ehh..


RESEPI MACARONI SUP SIMPLE (SAYUR PON TAK ADA)

1-2 genggam macaroni
bawang merah & putih
1/2 kiub pati ayam
1 biji telur
garam
lada hitam

- Rebus macaroni macam biasa. ikut cara kat plastik tu :)
- masukkan bawang merah, putih, minyak sikit ( aku tak tumis tau) dan 1/2 kiub pati ayam
- agak2 dah mendidih (sebati) masukkan telur dan kacau..bagi telur tu hancur..
- Masukkan garam dan lada hitam
- rasa dan siappp! :)

# aku tak masukkan sayur sebab tak boleh nak potong2. bawang je sempat potong. amar merengek. so masa masak aku dukung dia. tengok je.nasib baikkk!
# korang boleh tambah cili padi n sayur2 untuk korang makan. lagi sedaappp!! nomm nomm :)

No comments: