SET BERPANTANG ADIK BABY
pejam celik aku dah cukup 37 minggu..
tapi MASIH belum bersalin..hihi
Adik baby suka duduk dalam perut mama
ye sayanggg :)
tak apa la, awak dah ready nak keluar..
awak keluar k sayang..tapi bagi hint dulu..
baru mama boleh get ready pulak ^^
okay hari ni aku nak share tentang set berpantang..
dan apa set berpantang pilihan aku..
kenapa aku pilih set berpantang ni..
lets scroll ~
Antara set berpantang yang popular dan ada dalam list aku :
1) SET BERPANTANG TANAMERAH
{ SUMBER }
- set berpantang tanamerah ni memang aku dah berkenan masa mengandungkan amar mikail lagi.
kenapa tanamerah?
1. banyak review yang positif tentang set tanamerah ni
2. set ni agak moden dan ala-ala SPA verangan mandi dalam bathtab...heee
3. set tanamerah ni bukan set JAMU, produk semulajadi selamat untuk ibu menyusu
4. terpengaruh dengan review dekat dalam majalah PA&MA tak boleh blah!
2) SET BERPANTANG NONA ROGUY
- Set berpantang Nona Roguy ni aku dapat review dari beberapa orang kakak opis aku..
diorang cakap set ni okay, diorang dah guna..dan aku tengok yang guna set ni, naik opis balik
lepas cuti pantang semua kurus hoii! jeles aku..haha
baby pun diorang cakap tak ada masalah..selamat untuk baby menyusu badan..
{ SUMBER }
3 ) SET BERPANTANG ANUGERAH
- Set berpantang Anugerah ni aku tak dapat atau baca apa2 review pon..set ni pun baru lagi dekat pasaran..
aku berkenan dengan set ni dan masuk dalam list sebab set ni :
1. diperkuatkan lagi dengan Ayat-ayat Al-Quran
2. set yang lengkap untuk luaran dan agak murah dari segi harga
3. bau yang tak busuk sebab ada sesetengah set berpantang bau jamu atau herba yang kuat
4. set pantang yang bercirikan islamic, bila amalkan masa pantang..diri kita dan baby akan lebih tenang.
aku perlukan ketenangan tu..hihi
SO,
SET PANTANG PILIHAN
Antara 3 set pantang dekat atas tu, aku pilih SET BERPANTANG ANUGERAH..
set dalam beg oren ni..
dari segi harga aku dapat murah jugak..
RM240.00, jimat RM48 ringgit..hihi
aku beli dekat
NADIRA SHOPE
Tingkat 2
AEON Bandaraya Melaka Shopping Centre, Jalan Lagenda,
Taman I-Lagenda,
75400, Melaka, Malaysia
kalau nak harga RM240 tu korang kena jadi membership..
kalau tak jadi membership diaorang akan bagi kurang
RM270..
sebabkan tak lama lagi nak kembali ke melaka,
aku pun terus jadi membership..senang..hihi
haaa.. selain set berpantang anugerah ni, aku akan ambik SET BERPANTANG SHAKLEE jugak..
hakak kan jual dan amalkan shaklee!
opkos la kena ada kan?lagi pun shaklee ni memang dah serasi dengan badan aku..
so kena teruskan..
nak review set berpantang ni, tunggu aku bersalin dan guna
semasa berpantang ye..huhu
kak dah,
kongsi kongsi
No comments:
Post a Comment