Pages

Showing posts with label adikbaby. Show all posts
Showing posts with label adikbaby. Show all posts

Thursday, 14 August 2014

Misi 45kg!

Agak2 berjaya tak aku nak jejak 45kg????
Hurmmm..usaha tangga kejayaan ye dakk???hihi

Buat masa ni berat aku dah 52kg..dari 60kg (last timbang sebelum bersalin)
So okay la kannn?
Harap makin menurun lah dengan bantuan breastfeeding!!ariq mohon minum susu dengan jayanye hokeyy!lalalalala ♥♥

Lately ni aku memang suka nau stalker instagram cik epal, blogger yang pamesss tuh!!..serious aku tabik dengan kau dikkk non!!semangat nak kurus memang jadi kenyataan..kemain kurus lagi..jeles hakakkk!
Apa2 pun bole jadi inspirasi untuk hakakkk ♡♡

Moga iols berjaya la yerkkk!
Kalau korang ade tips untuk kurus boleh le share :)
Sharing is caring ^^,


Kak dah,
Slim macam model xs
Gemok macam model xL

Monday, 11 August 2014

Kelam kelibut

Ahaaaa..sejak bertambah anak ni..memang tak senang dudukkk! Pantangg pun macam takk je..
Anak ke dua ni aku rasa lebih kepada pantang sendirikk..

1. Emak aku kerja belah siang..so memang aku urus anak sendiri la kan?

2. Amar mikail aka dak abang memang tak boleh aku nak handle sendiri..memang dia punya manjaa, punya nakal, punya mengada tahap 5 star!! ★★★★★

3. Rehat??memang macam tak ada..kejap ariq nangis, dalam masa yang sama si abang mintak itu ini..xlayan xsampai hati pulak kann..kena la layann..

Tu antara sebab utama la pantang aku macam carca marba je..aku cuma pantang makan..pakai stokin dan makan ubat pantang yang patut..aku paling kelam kabut waktu pagi..sebab masa tu husband nak pegi keje..masa tu nak mandikan anak2..ehh aku yang buat hokeyy..ariq memang aku settlekan 100%
Alhamdulillah, berjalan lancar..sekali sekala merengek jugak la..kalau amar mikail setiap hari dia akan jadi RAJA AIR MATA! Stress pun ade jugak kadang2..lagi2 waktu malam..sebabnya tak cukup tidur..waktu siang pulak tak boleh nak tidur..takut amar usik adik dia..huhu

Tapi itu la kan..orang kata cabaran bila anak bertambah ni..lepastu aku pun tak biasa lagi handle dua anak..dengan kesihatan aku..honestly memang badan sakit2 balik..walaupun dah urut awal pantang hari tu..hujung pantang aku dah habaq kat husband nak urut balik..yela..takut peranakan turun balik..pinggang pun sengal2 balik..

Ape pon sebagai emak aku kena la sabar dan tabah jaga hero2 aku ni..hihi

Kak dah,
Mama kental :p

Thursday, 24 July 2014

☆ Pengalaman bersalin 2.0 ☆

8Update laju2 tapi panjangggg!
Sementara si kecik ni tidur..
Dan sebelum mama pun hanyutt..hehehe

Honestly pengalaman bersalin no 2 ni lebih sikit
Sakit dia..terasa sikit..sebab dah ada pengalaman kott..so setiap step untuk bersalin tu dah tau..

18 Julai 2014

♡ pegi check up bulanan dekat klinik mesra, serdang..check up macam biasa..then doc cakap
" tak ada rasa nak bersalin lagi?"
" nak saya tolong bukak jalan? "

Serius seramm..tp aku laju2 cakap..
"boleh jugak doc..tolong la apa yang patut "
Aku berani sebab dah nak raya..nak balik kampung pun senang kalau dah bersalin..huhu
So nak tak nak redha dan pasrah jela..lepas doc seluk..seluk punya seluk..doc cakap
" ni dah boleh ni..bukaan boleh sampai 4cm dah "

Balik rumah dulu sebelum serah diri kat hospital..
Tapiii masih cool..contraction biasa je..huuu

♡ dalam pukul 5 lebih (petang) gerak pegi hospital..muka bosan je masa sampai..kakak reception tanya kenapa datang..muka slamber je jawab "dah ade bukaan 4cm kak "

Masuk dewan bersalin (bahagian luar) dok la ambik tekanan darah..pastu kena la seluk (cek bukaan)..
Iyupppp 4 cm uolss!

Masihhh tak sakit..contraction biasa T_____T"

♡ stay dekat dewan bersalin..doc tak bagi naik wad sebab dia cakap dah ada bukaan..so bila2 boleh bersalin..aku pun redha la kena duduk situ..

Malam kena cek bukaan lagi..3 kali sesi seluk menyeluk tapi jam yang berbeza la..after 3 kali cek baru ada contraction yang kuat dan kerap..itu pun atas bantuan nurse bertugas..nurse seluk dan bantu bagi bukaan lagi besar..dapat la 5cm..doc pecahkan air ketuban..1st time rasa..masa amar mikail memang dah pecah air ketuban..

Lepas pecah ketuban baru lah rasa sakit tu menjadi2..masa tu kena selukkk lagi..7cm dah..memang tak tahan benau masa tuh! Terus kena tolak masuk Labour Room..masa tu opkos rasa sakit yang tak tentu arah dah..

Dalam Labour Room aku terus cakap kat nurse.."nurse mana suami saya?" " panggil suami saya"
Tapi nurse muka tenang je.. "hah yela jap saya panggil" kemain lemau lagi..hurmm maybe sebab dah biasa dengan situasi tuh kottt..tapi hakak yang geram..

♡ pukul 7 pagi masuk LR..pukul 7.54 pagi bersalin..sakit? Jangan cakap lahh..kali ni memang sakit lebih sikit..sebab aku rasa sakit contraction je..tak rasa sakit memulas nak berak..so xtau bila nak push..nurse cakap push masa contraction tu je..sebab kepala baby dah kat hujung..honestly aku rasa macam separuh mati..sebabnya lapar dan haus masa tu..siap mintak air dekat suami..mata dah pejam2 dah..

Suami bagi sikit kekuatan..so lahir la..

♥ AHMAD ARIQ YUSUFF BIN AHMAD HUZAIRI ♥
☆ 19 JULAI 2014 ☆
♡ berat 3.18 kg ♡
★ 7.54 AM ★
♥ HOSPITAL SERDANG ♥

♡ Esok tu..baru boleh discharge..petang jugak lah..happy dapat balikkk! Hihi..dan boleh raya dengan anak2 dan husband..

Okay la..omak den dah bising..no handfone okayyyy!pantang..pantanggggg..wiwiwiwi :p



Kak dah,
Mama anak dua!

Tuesday, 22 July 2014

39 minggu 6 hari : Akhirnya Surat Cinta Mama di terima!

Fuhh..fuhhhh
Berhabukkk belog kite..hihi

Alhamdulillah..
Syukur....

Penantian yang penuh rahmat :)
Adik baby dengau jugak luahan hati mama dia..
Walaupun dengan bantuan doctor..huhu

Pengalaman bersalin nanti la aku share..
Apa2 pun semuanya selamat..
Adik baby sihat..
Mama pun sihat..
In shaa allah ;)

19 julai 2014

Adik baby lahir dan menjengah ke bumi Allah..
Nikmat di bulan RAMADAN..
So boleh adik baby pakai baju raya!
Yahhhooo ^^

Adda aziz,
Mama ahmad ahmad



Friday, 4 July 2014

CHECK UP ADIK BABY 37 MINGGU ♥

ALHAMDULILLAH,

baby sihat,berat pun makin bertambah..3.2 kg sekarang!!
tapi mama pulak yang turun berat badan..turun 1kg..maybe sebab puasa kot,xpela asalkan baby sihat ye nak..ahaks!^^

Hari ni last day keje..tahun depan baru masuk keje semula..syokkk!!hihi
Tapi sedih jugak tadi..mane yang rapat rasa macam sayu je bila jumpa..hee
nak solat dan sambung kemas dapur..ehhh jap2, in shaa allah nanti nak share resepi baru kat korang ♥♥ tungguuuuuu ~

Tuesday, 1 July 2014

SET BERPANTANG ADIK BABY


pejam celik aku dah cukup 37 minggu..
tapi MASIH belum bersalin..hihi
Adik baby suka duduk dalam perut mama
ye sayanggg :)
tak apa la, awak dah ready nak keluar..
awak keluar k sayang..tapi bagi hint dulu..
baru mama boleh get ready pulak ^^

okay hari ni aku nak share tentang set berpantang..
dan apa set berpantang pilihan aku..
kenapa aku pilih set berpantang ni..
lets scroll ~


Antara set berpantang yang popular dan ada dalam list aku :

1) SET BERPANTANG TANAMERAH




{ SUMBER }

- set berpantang tanamerah ni memang aku dah berkenan masa mengandungkan amar mikail lagi. 
kenapa tanamerah?
1. banyak review yang positif tentang set tanamerah ni
2. set ni agak moden dan ala-ala SPA verangan mandi dalam bathtab...heee
3. set tanamerah ni bukan set JAMU, produk semulajadi selamat untuk ibu menyusu
4. terpengaruh dengan review dekat dalam majalah PA&MA tak boleh blah!

2) SET BERPANTANG NONA ROGUY


- Set berpantang Nona Roguy ni aku dapat review dari beberapa orang kakak opis aku..
diorang cakap set ni okay, diorang dah guna..dan aku tengok yang guna set ni, naik opis balik 
lepas cuti pantang semua kurus hoii! jeles aku..haha
baby pun diorang cakap tak ada masalah..selamat untuk baby menyusu badan..

{ SUMBER }


3 ) SET BERPANTANG ANUGERAH













































- Set berpantang Anugerah ni aku tak dapat atau baca apa2 review pon..set ni pun baru lagi dekat pasaran..
aku berkenan dengan set ni dan masuk dalam list sebab set ni :

1. diperkuatkan lagi dengan Ayat-ayat Al-Quran
2. set yang lengkap untuk luaran dan agak murah dari segi harga
3. bau yang tak busuk sebab ada sesetengah set berpantang bau jamu atau herba yang kuat
4. set pantang yang bercirikan islamic, bila amalkan masa pantang..diri kita dan baby akan lebih tenang.
aku perlukan ketenangan tu..hihi


SO,

SET PANTANG PILIHAN

Antara 3 set pantang dekat atas tu, aku pilih SET BERPANTANG ANUGERAH..
set dalam beg oren ni..


dari segi harga aku dapat murah jugak..
RM240.00, jimat RM48 ringgit..hihi
aku beli dekat 

NADIRA SHOPE 
Tingkat 2
AEON Bandaraya Melaka Shopping Centre, Jalan Lagenda, 
Taman I-Lagenda, 
75400, Melaka, Malaysia

kalau nak harga RM240 tu korang kena jadi membership..
kalau tak jadi membership diaorang akan bagi kurang 
RM270..
sebabkan tak lama lagi nak kembali ke melaka,
aku pun terus jadi membership..senang..hihi

haaa.. selain set berpantang anugerah ni, aku akan ambik SET BERPANTANG SHAKLEE jugak..
hakak kan jual dan amalkan shaklee!
opkos la kena ada kan?lagi pun shaklee ni memang dah serasi dengan badan aku..
so kena teruskan..



nak review set berpantang ni, tunggu aku bersalin dan guna 
semasa berpantang ye..huhu





kak dah,
kongsi kongsi 


Thursday, 26 June 2014

Rasa tak selesa.......


alahaiiii...rasa tak selesa hari ni..
nak kata, macam nak bersalin tak ada 
apa2 tanda pulak..

tapi dari petang semalam,
mutah..pagi ni muntah lagi..
lepas tu hari ni je 3 kali dah buang air besar..
rasa macam kosong dah perut ni..
tu memang tanda nak bersalin ke hape??

masa Amar Mikail tak ada pulak macam ni..
hurmmm





Adda Aziz,
keliru di kotak fikiran ~

Jualan Gudang uols!


lai lai....hakak nak bagi hebohhh ni..
jap lagi hakak senaraikan JUALAN GUDANG / EXPO
dalam tempoh terdekat ni..hihi

so bole la korang simpan duit untuk shopping..
untuk anak2 ye kawan2 blogger ku sayang!hew hew hew


1)  OK Baby Warehouse Sale - Puchong! 

Click for larger view.

Location :
No 7, Jalan BP7/16, Bandar Bukit Puchong
Puchong, Selangor Darul Ehsan


Summary :
Sales! Sales! And Bigger Sales at OKBB’s Warehouse Sales! Head down to Puchong and grab that awesome deals and promotions on baby apparels and accessories ! 

Enjoy prices from RM1 at the OKBB Warehouse Sales

Time:
10.00a.m to 10.00p.m

Participating products: 

Baby apparels and accessories.

Participating Brands:
OK Baby
OK Baby Online
Pocoyo
Disney

{ SUMBER }


2) KIKO Warehouse Sale - Puchong!


Click for larger view.

Location :
No 1 Jalan Industri PBP 13, Taman Industri,
Pusat Bandar Puchong, Selangor. 


Enjoy prices from RM6 at the KIKO Warehouse Sale from 10am until 5pm. 

Kidswear from 2 to 12 years old

Call 03-8068 8888 for enquiries
. 

{ SUMBER }


3) My Dear Warehouse Sale - Puchong!


Click for larger view.

Location :
Cuang Cheng Mao Yi Sdn Bhd, 34, Jalan Meranti Jaya
Meranti Jaya Industrial Park, Puchong, Selangor


Check out the My Dear Warehouse Sale for savings on baby and children products from 9am till 7pm. 


Call 03-8060 0095 for enquiries

{ SUMBER }



4 ) Mom and Baby Expo - MITC, Melaka! 


Click for larger view.

Location :
Melaka International Trade Centre, (MITC)
Ayer Keroh, Melaka


Today Publishing Mom & Baby Expo
Malaysia's Largest Branded Mom Baby Expo is coming to Melaka!
27th - 29th June 2014 MITC, Melaka

180 booths / 400 renewed brands / 8,000 free mugs / 8,000 goodies bags / 8 strollers per day for hourly draw.

More details at 
 https://www.facebook.com/pages/MOM-BABY-EXPO/345451608270

{ SUMBER }


Haaaaa....best kan?
korang yang keje gomen dah gaji kan?
belum shopping raya kan?
HAHAHAHA

boleh la korang serbu yang mana dekat..hihihi
hakak nak pegi tapi tak tau la sempat ke idok..
hari ni dah rasa lain macam..badan tak sedap je
kalau malam ni dah sakit2, xdo la hakak 
sempat pegi..srottt srooott! T_________T


moga JUALAN GUDANG ni membantu anda jimat
banyakkkkk!!




kak dah,
menunggu hari beranak!

Saturday, 21 June 2014

Susun atur : Barang adik baby ♥

Assalammualaikum,

Haritu punya cerita..aku kumpul semangat sikit, bagi mood rajin datang..hihi

aku belek2 dan pilih baju2 amar mikail yang masih elok untuk dijadikan baju basahan adik baby..
Yela daripada aku buang, baik bagi adik baby pakai kann..tak ada la membazir..hihi..jimat pon jimat...

Tak ada la banyak sangat tapi ok la..
Macam bedung baby tu memang pakai yang lama, amar mikail punya..
Barut baby pulak aku baru beli dengan kakak opis..dia memang jual.
lampin putih tu pulak, biras aku kak epah yang bagi..Alhamdulillah..hihi
legging, rompers, stokin tu semua si amar punya..yang elok lagi la..xbanyak pun kann..
Sebabnya amar ni badan dia kecik kurus, so memang pakai baju sampai lunyai..huhu

Hah..aku susun ni dalam bekas asing2 bukan dalam bakul sebab lagi mudah nak susun dalam almari bila balik kampung nanti..kalau bakul,leceh bila nak cari..kang berterabur semua..hihi,lagi2 ada "tukang kemas"..

Okay la..tu je aku nk share..hihi

Adda aziz,
Mommy adik baby ♥♥

Tuesday, 17 June 2014

Selamat pagi..

Ucap selamat pagi sambil tutup mata!
huwaaa :'( rabak mata bila nak dekat due ni..next entry ehh..

Adda aziz,
Penggemar minyak angin sedunia.

Friday, 13 June 2014

DIY : bantal adik baby ♥

Kerajinan mak buyong! entah erk mengandong kali ni memang aku rajin bebeno. tak macam masa preggy amar, dah la selebettt lepas tu malas. ahaks!

dah lama aku buat bantal ni, ade lah 2,3 minggu lepas kalau tak silap aku lah.hihi
nak update dekat blog asyik lupe je.
bila baca blog adik aku baru teringat aku ade buat DIY bantal untuk baby.hihi. bantal kepala je pon. simple je.hihi. actually aku nak ganti bantal moo moo aku tu. banyak koyak dah.

ni step aku buat bantal kepala :

barang yang perlu ada : gunting, marker pen, kapas/kekabu, kain felt (lagi elok pkai kain cotton)
kain felt tu aku beli dekat daiso. beli 2 keping. so modal rm 10 je.muahehehe :p

yang paling utama : mesin jahit (aku pakai mesin jahit mini je.hihi)

lakar pada kain dan pastikan besar sikit dari saiz bantal asal (untuk mudahkan jahit)

gunting ikut lakaran dan jahit di sekeliling, make sure jangan jahit sampai abis. sebab nak masukkan kapas.
after masuk kapas, baru la jahit pakai tangan.hihi. nak pakai mesin pun bole.
tapi mesin iols MINI sangat. susah nak jahit.kekeke

ini hasil dia..hahaha..ok la..tu pon amar dah lenjan. buat macam bantal sendirikkk!

k bai,
Adda Aziz,
mak buyong menjahit bantal ^^

Wednesday, 11 June 2014

Preggy : 34 minggu 3 hari ♥

Merupakan hari ke dua aku bekerja selepas cuti selama seminggu. Huwaaa opkos la rasa tak puas nak cuti kannn..masuk opis, kakak2 opis mula la tanya "aik tak bersalin lagi?" "hari tu masuk wad kenapa?" hah,2 soalan wajib untuk aku jawab.huhu..tapi tak apa la,tu tandanya diorng perasan wujud xwujudnye aku kat opis ni kan.kekeke :p
Hurmm, pejam celik dah 34minggu kandungan kedua aku ni..tak sabarrr nak jumpa "adik baby". Alhamdulillah, baby aktif macam biasa..cuma mama je yang tak berapa aktif..sakit pinggang, almaklum la kena jalan kaki dan drive ke opis..seronokkk kalau ade orang boleh hantar pegi keje..sob sob sob :'(


Kak da,
hantu kaki kejang tengah malam.
K.bai
gilo mokk aku kan?

Monday, 2 June 2014

Baby ohh baby ;)

#Throwback

Wahh!!baby sangattt la suka buat mama dia nevess hokeyy..
Khamis aritu check in hospital serdang. Kenapa?? Mehh akakk cerite..

Khamis (4.30 pg)

⇨ sakit pinggang, rasa tak selesa..pusing kiri kanan..boleh tahan lagi..tapi sakit kerap..cool je sebab dah ada pengalaman..tapi neves jugak sbb rasanya awal lagi kalo nk beranak! tetiba amar bangun..kunon nak teman le tuh!!

(4.50 pagi)

⇨ sakit yang lagi kerappp!kali ni aku yakin memang contraction..10 minit skali..sakittttt tahap nak nangis..huwaaa! ape lagi kejut husband..nasib baik pagi tu senang bangun!fuhh fuhhh..aku pun suruh la dia kemas barang ape yang patut utk bwak pegi hospital..yang besttnye aku memang tak kemas barang baby lagi.hihi.apo pon xdo! Jangan ikott perangaii aku ni yerr.kelam kabut nanti..make sure 7 bulan kandungan, kemas la apa yang patut..tak kira anak ke berapa pun!please take noted!! Lepas kemas2, memasing mandi. Aku buat cool je,tahan sakit..tgk jam nak masuk subuh..tggu jap lepas tu solat..

(6.40 pagi)

⇨ gerak pegi hospital, amar aku tinggalkan dengan adik aku. Nasib baik adik aku ada masa2 mcm ni. Sampai hospital dengan muka berkerut,daftar masuk. 10,15 Minit tggu dekat luar. Nurse bertugas panggil masuk,cek tekanan darah,berat,tinggi.. macam biasa cek jantung baby, cek kekerapan contraction..masih sakit masa tu..and memang ada contraction..macam biasa turn doctor datang..kena la "selukk"..yang ni toksahh cite.huhu.

(Lebih kurang 11-12tghri )

⇨ nurse datang bgth yang kena tukar baju dan doctor decide bagi injection matangkn paru2 baby dan injection tahan sakit. Masa tu aku terus tanya "saya kena tahan wad ke??" nurse jawab "kena tukar baju,tahan wad la puan", aduhaiii kemain tak suka aku..tapi nk buat macam mana,demi anak dalam perut ni. Masa ni husband masihh setia tunggu dekat luar.
⇨ injection 1st (matangkn paru2), pergggghhh!!memang sakit..serius!nurse pun warning awal2, cucuk kt punggung pulak tuhh..lepas cucuk aku rest kejap..nurse suruh tukar tempat utk dptkn injection tahan sakit pulakk..injection yg ni buat aku mamai,mengantok..so memang xbole bangun dan aku pening sikit..nurse suruh tidur.

⇨ after 2 jam macam tu,aku gagahkn diri kluar jmpe husband..bg baju and mengadu nasib..haha..inform kt dia kena tahan wad..pening dia,sebab tetiba amar pulak demam. Aku suruh dia blk dulu..ptg dtg blk..

(10.30 mlm)

⇨ dapat injection matang paru2 yang ke 2! Sakittt..tp nurse yg ni ok sikit..laju dan tenang je..lps kena inject aku tros tidur..malam tu contraction dah kurang sebab dapat ubat tahan sakit..
Jumaat

⇨ 6 pg aku dah bangun..kat hospital bukan bole tidur sangat..mmg bgn awal jwbnye.hihi

⇨ 8-9 pg doctor round..aku pun excited sebab dah tak sakitttt..yeahh! Harapan nk check out!! Sampai turn aku,doctor tye "sakit lagi x?" laju2 aku jawab"tak sakit dah" , doctor tekan perut..cek jantung baby..then dia ckp "awak bole balik la" pekej dapat mc seminggu utk rest..Alhamdulillah..

(4.30 ptg)

⇨ baru dapat check out,lambat sebab tggu ubat dari farmasi..lepas check out aku terus gerak balik melaka..rest kat kampung..lagipun mak abah aku datang sebab nak ambik adik aku..semput teruk..merengek nak emak..huhu..anak mnje, last pulak tu..biasa laa..
Jumaat pagi tu kelam kabut jugak husband aku, dengan amar mikail merengek tengah malam..xckup tidur, pagi2 kena kejut..bawak adik aku pegi sedut gas..memang penat la dia..terima kasih banyak2 baba!

∴ happy gilos kau dapat kluaq hospital dan dapat attend wedding epit ♥ aran :) aku siap auta member2 GG..hihi..ckp aku tak bole keluar hospital lagi..tak dapat pegi wedding GG epit(⇦ next entry) hihi..sorry geng!



k,bai.
Kak da
Kaki pot pet
sempat selfie berdua!hihi
muka poyoss mama ;)
ucu hantar gambar wasap..amar mikail demam tp muka happy!!
makanan hospital..not bad :)
sempat snap gambo kaki..nampak beno bosan dok hospital..