Pages

Showing posts with label pengedar shaklee. Show all posts
Showing posts with label pengedar shaklee. Show all posts

Saturday, 26 March 2016

DETOX KALAU NAK SIHAT!

Hi gaiss, hello my lovely blog!

HAPPY SABTUDAYY (*^﹏^*)

Hari ni cuti korang buat apa je? Aku baru ja balik dari kenduri kawen dekat area rumah..hehe..Alhamdulillah,perut pun dah kenyang..mata pun mula laaa mengantuk! Keh keh keh..

Tapi tak nak layankan mata ni..aku nak share dengan korang yang tercari2 supplement untuk detox..
Ni aku share yang aku suka dan berkesan kat aku..

HERBALAX BY SHAKLEE

Aku memang Ada masalah pembuangan atau system penghadaman atau lebih mudah Susan berak! Hahaha..

Iye jangan tak percaya..memang masalah aku dari dulu..tapi Alhamdulillah lepas aku amalkan herbalax ni memang aku punya perut clean je rasanya..TAPI aku tak amalkan setiap hari tau..aku amalkan waktu aku makan lebih dari had atau dah lebih 2 hari tak membuang..

herbalax ni juga boleh dipanggil sebagai julap lembut..sebab dia akan bantu lembutkan najis dan keluar dengan mudah..sakit perut pun ala2 je (bukan macam cirit birit)

Sesuai jugak untuk korang yang rasa nak kempiskan perut dan untuk KORANG YANG AMBIL SUPLEMENT TAMBAHAN. DETOX PENTING TAU KALAU KORANG AMALKAN APA2 SUPPLEMENT , AKAN BANTU LEBIH MUDAH SERAP  DAN DITERIMA BADAN VITAMIN YANG KORANG AMALKAN TU..

Baru lah kesan lebih ohsem! Perut sihat,badan pun sihat..ringan badan tau..tak caya boleh cuba..aku share bukan sebab aku ni ahli shaklee tau, share sebagai pengguna..herbalax memang OHSEM!

Tuesday, 1 July 2014

SET BERPANTANG ADIK BABY


pejam celik aku dah cukup 37 minggu..
tapi MASIH belum bersalin..hihi
Adik baby suka duduk dalam perut mama
ye sayanggg :)
tak apa la, awak dah ready nak keluar..
awak keluar k sayang..tapi bagi hint dulu..
baru mama boleh get ready pulak ^^

okay hari ni aku nak share tentang set berpantang..
dan apa set berpantang pilihan aku..
kenapa aku pilih set berpantang ni..
lets scroll ~


Antara set berpantang yang popular dan ada dalam list aku :

1) SET BERPANTANG TANAMERAH




{ SUMBER }

- set berpantang tanamerah ni memang aku dah berkenan masa mengandungkan amar mikail lagi. 
kenapa tanamerah?
1. banyak review yang positif tentang set tanamerah ni
2. set ni agak moden dan ala-ala SPA verangan mandi dalam bathtab...heee
3. set tanamerah ni bukan set JAMU, produk semulajadi selamat untuk ibu menyusu
4. terpengaruh dengan review dekat dalam majalah PA&MA tak boleh blah!

2) SET BERPANTANG NONA ROGUY


- Set berpantang Nona Roguy ni aku dapat review dari beberapa orang kakak opis aku..
diorang cakap set ni okay, diorang dah guna..dan aku tengok yang guna set ni, naik opis balik 
lepas cuti pantang semua kurus hoii! jeles aku..haha
baby pun diorang cakap tak ada masalah..selamat untuk baby menyusu badan..

{ SUMBER }


3 ) SET BERPANTANG ANUGERAH













































- Set berpantang Anugerah ni aku tak dapat atau baca apa2 review pon..set ni pun baru lagi dekat pasaran..
aku berkenan dengan set ni dan masuk dalam list sebab set ni :

1. diperkuatkan lagi dengan Ayat-ayat Al-Quran
2. set yang lengkap untuk luaran dan agak murah dari segi harga
3. bau yang tak busuk sebab ada sesetengah set berpantang bau jamu atau herba yang kuat
4. set pantang yang bercirikan islamic, bila amalkan masa pantang..diri kita dan baby akan lebih tenang.
aku perlukan ketenangan tu..hihi


SO,

SET PANTANG PILIHAN

Antara 3 set pantang dekat atas tu, aku pilih SET BERPANTANG ANUGERAH..
set dalam beg oren ni..


dari segi harga aku dapat murah jugak..
RM240.00, jimat RM48 ringgit..hihi
aku beli dekat 

NADIRA SHOPE 
Tingkat 2
AEON Bandaraya Melaka Shopping Centre, Jalan Lagenda, 
Taman I-Lagenda, 
75400, Melaka, Malaysia

kalau nak harga RM240 tu korang kena jadi membership..
kalau tak jadi membership diaorang akan bagi kurang 
RM270..
sebabkan tak lama lagi nak kembali ke melaka,
aku pun terus jadi membership..senang..hihi

haaa.. selain set berpantang anugerah ni, aku akan ambik SET BERPANTANG SHAKLEE jugak..
hakak kan jual dan amalkan shaklee!
opkos la kena ada kan?lagi pun shaklee ni memang dah serasi dengan badan aku..
so kena teruskan..



nak review set berpantang ni, tunggu aku bersalin dan guna 
semasa berpantang ye..huhu





kak dah,
kongsi kongsi 


Friday, 13 June 2014

Panasnya Malaysia..

Betul tak?
betul tak malaysia panas sangattt sekarang??
Aku yang preggy, pegi balik kerja jalan kaki ni memang terasa abis la penangan cuaca sekarang. Fuhhhh

"Air batu" memang peneman yang terbaikkk. "Sakit kepala" terus jadi kawan baik..haiyoooo
so aku nasihatkan korang untuk banyakkan minum air..baru badan korang boleh stabil..aku ni sehari bercawan air!Tekak ni haus je...

Lagi 1 kan..korang bole la mula tadah air untuk simpanan..lagi2 yang duduk selangor..maybe akan datang air kena catu lagi..panas terik ni maybe sampai lepas raya..so sediakan payung sebelum hujan..hihi

Tips musim panas :
★ banyak minum air putih
★ pakai payung jika jalan kaki
★ ambik vitamin @ supplement yang boleh bekalkan tenaga
★ dah kena panas tu balik rumah jangan terus mandi,lepak2 dulu. Kalau terus mandi boleh demam tau!
★ banyakkan aktiviti dirumah, sekali sekala buat outdoor aktiviti xpe.hihi


Adda aziz,
si pening kepala

Wednesday, 19 March 2014

Cinch Shake Mix

 Assalammualaikum..

hah..mari rapat...lai lai..hehe
harini kite nak share pasal cinch Shake Mix dari Shaklee..ok ok kite tau..ramai yang dah kenal dengan shaklee ni..tapi kelebihan setiap produk tu opkos masih blur lagi kan...hehe..
mai sat baca info kat bawah ni..kot la ada yang berkenan..bole lah hangpa calling2 cek..hehe 
harga ISTIMEWA habaq ang!


{ Apa Itu Cinch Shake Mix ? }

Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.



Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda.

❤ Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
❤ Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
❤Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
❤Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
❤Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
❤Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
❤Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
❤Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
❤Soya bukan GMO




Pm/wasap Adda 0137818933

[PENGEDAR SAH SHAKLEE]
[MELAKA, KAJANG]
[JOM SIHAT DENGAN SHAKLEE]
[DIJAMIN HALAL]