dah lama kot.
jangan tanya kenapa baru update. HA HA HA
okay, benda tak rancang. Malam sebelum kejadian aku dok Pm dengan babad aka bad.
macam biasa, kitorang selalu Pm kat FB. dia pun suri rumah.
aku saja la cakap kat dia,
"babad esok ada POPLOOK sales kat MITC weii..HAHA"
aku pun tak ada lah cakap apa sangat pun. aku cakap lah macam nak pegi. hehehe
(cari geng) Esoknya, pepagi babad pm aku,
"yunk nak pegi poplook tak?hehe"
aku terus gelakkan dia...hati tak senang lah tuh! (macam aku jugak.kikiki)
apa lagi memasing pun ON, aku siap bawak dua ketul hero aku tuh. dengan harapan niat diorang baik2 je.
aku tak ada lah niat nak shopping pun, almaklum suri rumah, ongkso xberapa ada.hihi
aku just pasang nawaitu dapat selai dua shawl poplook cukup lah!hehe
aku pegi hari 1st, lepas jumaat baru pegi. masa tu fikir mesti dah ramai gila dok bratur.
ehh sebelum terlupa, si wadaon aka che ain pun ada. he he he
mengulor kejap, mentang2 opis dekat.hihi
che ain tak tahu pun pasal poplook warehouse sale neh. kitorang yang ajak dia!
nasib lah labu ada member macam kitorang. lulz
sampai dalam pukul 3, tak ramai pun rupanya. kena beratur tapi masih terkawal.
yang best pihak poplook bagi masuk sikit2. so tak ada lah berebut bagai kan. kalau tak buat gitu mesti macam sardin!
masuk je........mata terus rambang!(lemah longlai lutut)
babad sepi je, terdiam le tuh..harga memang turun habis! memang bukan designpi yang masih latest tapi masih dijual dengan harga tinggi. untuk warehouse, terus jadi RM10,25,35 paling mahal pun 50,60 kot tak silap aku.
terus juling mata babad & che ain. hek hek hek. aku? teruja tapi spoil sikit la. duit shopping tak meriah.haha. tapi enjoy je. sebab tak banyak pun yang aku berkenan.
sangat berbaloi kalau korang yang bersaiz kecik (xs-s) sangat banyak pilihan. best!
kalau rm100 tu kan, korang boleh dapat 3,4 pasang baju wehh..jimat dah untuk raya.
berbaloi baloi. aku tengok hakak2 yang datang shopping macam nak bukak kedai weh! ber-beg2! serammm aii
hasil pembelian aku :
2 helai tudung poplook!
sehelai kimono
yang dua orang lagi tuh, jangan cakap lah..berhelai2. mentang2 badan halus mulus. hakak lemak tepu melambak. badan muat, pinggang pulak tak muat. sedih!
apa2 pun kitorang happy..hehe
kasi layan gambo sikit..
ehh tak habis lagik..hari ke 4 warehouse sale tu aku pegi lagi..hehehe..pegi dengan adik aku pulak..kesian dia xdapat2 nak pegi..hihi..kali ni nawaitu nak teman je.hahaha..
tetiba tershopping jugak..tapi siap pinjam duit adik aku (blom bayo lagik) hahaha.. ni kes nak sedondon masa cousin aku tunang hujung bulan ni. tapi kan hari ke 4, item dah lain, harga pun lain.
mungkin setiap hari (selama 4 hari) tu stok lain2. habis je diorang topup je stok apa yang ada (random) size baju pun gitu. nasib la apa yang dapat. kira untung la aku datang hari 1st tu..hehe
ok bai :)
xoxo, adda aziz
No comments:
Post a Comment