Pages

Tuesday, 3 May 2016

Amar Mikail kena asthma.




sabtu lepas, amar mikail kena Asthma (semput). dah lama jugak dia tak kena. 
jumaat tu dah mula nak teruk, malam tu je aku mula tak senang duduk dah. nak tidur pun tak nyenyak. risaukan keadaan amar. abang amar kalau asthma memang lembik badan dia. tidur je.

tapi disebabkan aku dah biasa dengan keadaan amar, rasa segalanya terkawal lah. tak ada panic semacam. mula2 bagi amar makan ubat and ambil inhaler for asthma. sambil2 tu urut dada dia dengan vicks sampai abang amar rasa lega dan tidur. abang amar tak suka kena sapu vicks tu. rimas.
malam tu dua kali abang amar muntah, bagus juga. biar keluar panas badan dia.


esok pagi tu pagi2 abang amar dah bangun nak muntah, maybe sebab perut dia kosong. tu rasa mual dan muntah air je. tak makan dia sebab tak selera.
habis muntah aku terus mandikan dia. mandikan dengan air kolah ( rumah kampung biasa ada) sebab air kolah ni sejuk. mandikan dia puas2 biar keluar panas dia dan badan dia segar sikit. memang nampak lepas mandi dia lega sikit, nampak kuat sikit. Alhamdulillah, lega sikit mama

pukul 10 gerak pegi klinik, nak ambil gas. proses ambil gas lancar, amar dah tahu. cuma dia tak suka lama-lama. mengamuk sikit la. asik cakap ubat tu habis ah. hihi
aku ambil 2 kali. after 4 jam pegi ambil lagi. sebab nak bagi asthma dia betul2 kurang. 
doctor cakap kalau amar bawak pegi hospital memang kena tahan wad. bunyi pernafasan dia kuat. 
sebab tu kami tak bawa dia pegi klinik kesihatan, bawa pegi klinik swasta. lagipun klinik ni mesra orang kampung, tak mahal sangat. hehe. Dr Amer ni pun dah memang kenal.

sementara nak tunggu lagi 4 jam ambik gas lagi, kami pegi makan kepsi. nak bagi amar semangat sikit. dia suka makan kepsi. sambil2 tu boleh main playground kat dalam kepsi tu skali. suka la amar ariq!

mama dengan ucoppp tunggu abang ambik gas

ucop ukur tinggi, tak boleh duduk diam budak neh!

abang dengan baba

lepas ambil gas pegi makan kepsi

baba tak de, tengah beratur.hihi

Alhamdulillah, harini dah makin okay tinggal batuk je tak okay lagi. selera makan dah ada dah. dah melasak balik okay lah tuh! kalau tak susah hati mama.

No comments: