Thursday, 28 April 2016

Checkup kesihatan & gigi Amar Mikail, Ariq yusuff







hari ni letih betul. dengan cuaca yang memang panas berdekang, keadaan perut yang agak tidak sihat lagi, memang lembik aku harini. hmm

actually date untuk checkup diorng dah lepas, sebabkan kekangan masa dan sebagainya ditunda hingga ke hari ni. hehe
Alhamdulillah KKD (klinik kesihatan Desa) sini okay je nurse2 dia. tak marah pun. cuma turn untuk di panggil jadi lambat sikit la.

check up macam biasa, timbang berat, tinggi, soal jawab dengan nurse.

Alhamdulillah

Amar mikail naik berat badan,YAHOOOO! mama happy nau nau.. sebab akhirnya amar keluar dari line kuning *srooottttt* ariq yusuff pun cuma BMI ariq yusuff turun sikit, dia meninggi sangat. huhu
tak apa lah anak2 asalkan ada peningkatan.

selesai semua tu, masa untuk check gigi pula! paling neves untuk ariq yusuff sebab dia tak pernah check gigi lagi..hehehe

Kenapa perlu jupa Dentist?
rawatan awal penjagaan gigi bagi kanak2, supaya bila diorang masuk skola nanti, gigi dah terjaga

untuk kanak2 bawah 4/5 tahun ada sapuan FLORIDA pada gigi untuk kawal kerosakan gigi dan timbul kerak pada gigi akibat susu dan sebagainya.
Amar mikail agak terlambat sebab dia ada gigi rosak dah..tapi tak apa lah kan. jaga selagi boleh. yang bagusnya kita dedahkan anak2 dengan suasa yang baru, belajar benda baru. diorang pun seronok.



Ariq & Amar yang kuat! hehehe..superhero mama ^^

selesai turn amar ariq, mama pulak dok tampal gigi.hahaha
perghhh ngilu kemain, tahan je. tapi okay la, Doktor yang handle tu buat slow je, tak ada lah sampai rasa tak selesa.

mama pun ah sudah, kitorang pun balik.
bertapa dekat rumah macam biasa.

disebabkan letih, aku masak sardin dengan telur dadar je. hohoho

ok bai

2 comments:

uyah nazura said...

Steady la dedua aman...hehehe

Adda Aziz said...

hahahaha..steady nauuu