Pages

Showing posts with label throwback. Show all posts
Showing posts with label throwback. Show all posts

Thursday, 12 May 2016

#Tb : PopLook warehouse sale, MITC Melaka (28 apr - 1 may)

 


dah lama kot.
jangan tanya kenapa baru update. HA HA HA

okay, benda tak rancang. Malam sebelum kejadian aku dok Pm dengan babad aka bad.
macam biasa, kitorang selalu Pm kat FB. dia pun suri rumah.
aku saja la cakap kat dia,
"babad esok ada POPLOOK sales kat MITC weii..HAHA"
aku pun tak ada lah cakap apa sangat pun. aku cakap lah macam nak pegi. hehehe
(cari geng) Esoknya, pepagi babad pm aku, 
"yunk nak pegi poplook tak?hehe"
aku terus gelakkan dia...hati tak senang lah tuh! (macam aku jugak.kikiki)
apa lagi memasing pun ON, aku siap bawak dua ketul hero aku tuh. dengan harapan niat diorang baik2 je.

aku tak ada lah niat nak shopping pun, almaklum suri rumah, ongkso xberapa ada.hihi
aku just pasang nawaitu dapat selai dua shawl poplook cukup lah!hehe

aku pegi hari 1st, lepas jumaat baru pegi. masa tu fikir mesti dah ramai gila dok bratur.
ehh sebelum terlupa, si wadaon aka che ain pun ada. he he he
mengulor kejap, mentang2 opis dekat.hihi
che ain tak tahu pun pasal poplook warehouse sale neh. kitorang yang ajak dia! 
nasib lah labu ada member macam kitorang. lulz

sampai dalam pukul 3, tak ramai pun rupanya. kena beratur tapi masih terkawal.
yang best pihak poplook bagi masuk sikit2. so tak ada lah berebut bagai kan. kalau tak buat gitu mesti macam sardin!

masuk je........mata terus rambang!(lemah longlai lutut)
babad sepi je, terdiam le tuh..harga memang turun habis! memang bukan designpi yang masih  latest tapi masih dijual dengan harga tinggi. untuk warehouse, terus jadi RM10,25,35 paling mahal pun 50,60 kot tak silap aku.
terus juling mata babad & che ain. hek hek hek. aku? teruja tapi spoil sikit la. duit shopping tak meriah.haha. tapi enjoy je. sebab tak banyak pun yang aku berkenan. 

sangat berbaloi kalau korang yang bersaiz kecik (xs-s) sangat banyak pilihan. best!
kalau rm100 tu kan, korang boleh  dapat 3,4 pasang baju wehh..jimat dah untuk raya.
berbaloi baloi. aku tengok hakak2 yang datang shopping macam nak bukak kedai weh! ber-beg2! serammm aii 

hasil pembelian aku : 

2 helai tudung poplook!
sehelai kimono

yang dua orang lagi tuh, jangan cakap lah..berhelai2. mentang2 badan halus mulus. hakak lemak tepu melambak. badan muat, pinggang pulak tak muat. sedih!

apa2 pun kitorang happy..hehe

kasi layan gambo sikit..








ehh tak habis lagik..hari ke 4 warehouse sale tu aku pegi lagi..hehehe..pegi dengan adik aku pulak..kesian dia xdapat2 nak pegi..hihi..kali ni nawaitu nak teman je.hahaha..
tetiba tershopping jugak..tapi siap pinjam duit adik aku (blom bayo lagik) hahaha.. ni kes nak sedondon masa cousin aku tunang hujung bulan ni. tapi kan hari ke 4, item dah lain, harga pun lain.
mungkin setiap hari (selama 4 hari) tu stok lain2. habis je diorang topup je stok apa yang ada (random) size baju pun gitu. nasib la apa yang dapat. kira untung la aku datang hari 1st tu..hehe

ok bai :)
xoxo, adda aziz

Wednesday, 8 October 2014

TRAVELOG : CAMERON HIGHLAND

Assalammualaikum

CH PART 1

PENGINAPAN : STRAWBERRY PARK HOTEL

Jenjalan sambil ikot husband berbengkel dekat sini..hihi
Besttt and excited..1st time jejak kaki kat cameron ni..merasa jugakk..Alhamdulillah ;)

Meh aku story sikit pasal hotel ni..
Macam hotel2 yang lain jugak..kemudahan lebih kurang sama je..
Indoor swimming pool..cafe..outdoor playground..dan lain lain lagi la..hihi..design dalaman bilik boleh tahan..bagi aku cantik la..moden..theme bilik hitam putih coklat..

Yang menarik..suasana pemandangan kat sekitar hotel..memang best..hijau dan kabuss..huhu..extra hujan..
Kalau malam cakap berasapp woi..feeling2 obesi la...
Siang hari pun sejukk jugak..sampai ke tulang hitam..xtahan!!
Aku anak beranak siap pkai baju sejuk stokin kaki bagai...huhu

Apa yang best??
Cameron ni actually sesuai sangat utk family...nak suasana yg aman damai..sejuk..fresh..
Then kalau nak dapat makan sayur2 fresh haaa memang banyak..aku rasa semua orang tahu kottt..aku je jakunn..hahaha
Boleh melawat kebun teh..ladang strawberry..bole beli kaktus murah..boleh makan strawberry banyakkk2..dua hari kat sini aku dah telan  strwberry banyakk kot..memang detox habis perot aku ni..hihi
Makan ice cream dengan sos strawberry..sedappp woo!!
Nak beli sayur korang bole singgah pasar malam brinchang..meriah la..ade jual makanan jugak..panas2!!

Okay tu saje utk malam ni..nanti aku update lagi...mata pon dah layu..hujan dan sejukk sesuai benau kalau beradu..hehehe..

Selamat malam dunia.

Kak dah,
Mengantokkk wei!

#throwback
#taksempatupdatekathotelaritu

Tuesday, 29 April 2014

Morib dan Reunion GG

Selamat Petang

Trip ke Gold Coast Morib Sepang.
alhamdulillah semua berjalan lancar..Amar Mikail yang paling HAPPY!yeahh :p habiskan masa dengan suami,anak dan kawan kawan suatu perkara yang sangat BEST!

12 April 2014

- Check in ( just ambik kunci dekat Pae sebab kitorang beli tiket guna AGODA )
- Rest dalam bilik , posing2 ambik gambo, solat
- 5.30 turun pegi theme park.
- mandi manda sampai pukul 6 lebih tak silap aku la. kes lupa
- malam kitorang makan dekat bilik. memasing bawak bekal. so jimat hokey!HIHI
- lepas makan, kemas2 jap. lepas tu lepak bilik Pae, Aida, Dya kami yang pompuan je!
- The laki laki dok dalam bilik atau merayap. laki aku? opkos dah selamat tidur kat bilik. Amar tidur jugak tapi aku hangkut sekali masuk bilik bebudak GG.
- Sesi tukar2 hadiah dan game KASI DENDA BUDAK GG aku yang bagi nama
- Happy nak mammmm masa ni!aku suka tahap gelak sampai kluar usus.muahaha! i love u GG

13 April 2014

- bangun pagi. ikot hati nam sambung tidur dan abaikan breakfast! tapi pintu bilik kena gegau. korang hengat hostel ke?
- turun bawah pegi breakfast dengan napsu pelahap. aku lah tu kan -..-
- lepas makan, naik atas tukar baju sebab nak turun pegi theme park. kalau korang stay dekat situ. WAJIB dapat 2 hari main kat theme park. budak2 happy la.
- lepak dan berendam sampai pukul 12 lebih. Amar Mikail paling seronok. lain kali kite pegi lagi ye nakkk..omak bawak poie sini lagi yo..kekeke :p
- Pukul 1 lebih check out. lepas tu kitorang plan pegi KL sebab nak singgah jalan TAR. sepanjang perjalanan Amar tidur je. letih beno anak mama ni. hehe
- Lepas beli barang kitorang terus balik sebab letih sangat sangat! sekian.

 
macam retis ko nak oi!HAHA

10 years Friendship! Sayanggg semua :)

jalan jalan tepi pantai

Suka gambar ni! hahaha. sebab nampak macam husband penakot. dok belakang amar :p amar mikail penah turun gelongsor ni sendiri tau..tapi kat bawah aunty2 GG la jaga..husband tukang gelongsorkan dari atas. muka cuak je! tapi suka.




 k. bai
Adda Aziz

Thursday, 24 October 2013

Friday. #throwback


Dua kali jumaat.
hah.dua kali jumaat tu la aku jumpa budak kurus
ni bila sampai waktu lunch!
tak apa.
aku suka.si merenggg.HAHAHA


ni masa dekat Jalan TAR!
jangan tegur perooottt aku. sekian -__-"

kesahnya aku nak pegi tukar kasut aku dekat The Garden. 
mula2 aku janji dengan kawan opis. then dia ada hal.
aku roger group gonjengg aku. GG's.
sapa free. jumpa dekat mid.
si paejahhh ni laju je "aku..aku..jap lagi sampai lepas masak untuk mentua aku"
(dalam hati dah agak minah ni punya) HAHAHA
sebab dia Housewife.

so esok mungkin dia jugak teman lunch aku. eh!

minggu lepas.berjimba dekat midvalley. makan nasi ayam..kok kok kok :D

k.bai
Adda Aziz

Tuesday, 17 September 2013

#throwback kenduri kawen sedara husband.

kesah hari ahad lepas.
kenduri kawen dekat DEWAN JKR.
dekat beno dengan ofis i.

kalau ditanya carta organisasi antara pengantin dan
husband i, rasanya bau bau bachang je. 3pupu gitu la.
tapi antara MIL + FIL i, dekat jugak la.
so yang tua lebih tau.hehe
abaikan..

cerita panjang lebar nanti i yang pening.HAHA
sedara mara yang dekat ni pun tak habis hafal lagi uolss!

si lorat dengan 4 batang gigi dia!

my small family