Pages

Showing posts with label mama ahmad. Show all posts
Showing posts with label mama ahmad. Show all posts

Wednesday, 17 August 2016

Amar Mikail Kuat!

Bismillah, Assalamualaikum..



[ 4 Ogos 2016, Khamis ]


Rabu malam Khamis, abang Amar demam. Mama dah mula tak senang nak tidur. kejap2 bangun cek badan abang..tanya abang okay tak..mama rasa badan panas, Mama pakaikan cool fever kat dahi. Rasa kurang sikit demam tu..sebelum tidur dah bagi makan ubat demam. selang sejam lebih kurang abang muntah. mama lagi risau.

pagi Khamis,

pagi tu mama bagi abang makan ubat, bagi ubat demam lagi. nampak okay je abang cuma tak nak makan. mungkin selera xde. minum air okay tapi air kosong je. susu pun tak mau.

lepas 1/2 jam macam tu abang mula loya tekak, kejap2 muntah. minum air je muntah. mama pujuk abang makan takut perut masuk angin tapi abang tak nak makan jugak, nak minum air je. mama dah bertambah risau. bagitahu baba yang nk bawak abang pegi klinik. too bad baba tak boleh nak keluar awal sangat sebab hari sebelum tu baba dah EL adik ariq xsihat. so terpaksa tunggu  baba keluar masa lunch hour. kira pegi klinik lepas lunch hour.

[ 2.30 petang, KK Umbai ]


mama baba bawak amar pegi klinik, nasib baik dapat jumpa doctor bahagian kanak-kanak kalau tak terpaksa tunggu lama bahagian pesakit luar tu (ramai sangat)

1/2 jam jugak tunggu giliran, masa tunggu tu abang okay je. mama baba bagi minum air ribena. sebab takut abang dihydrate.
turn abang sampai,masuk bilik doktor, tengok abang lemah je..doktor terus ajak pegi bilik kecemasan untuk cek oksigen. hati mama dah berdebar-debar.

masuk je dala bilik tu, baba duduk kejap (baba dukung abang), tetiba abang macam nak tidur, longlai je. doktor panggil2 abang, abang tak sahut..mama baba panggil abang pun abang tak respon. doktor terus suruh baringkan abang dan tekan button merah. 1 klinik bunyik, semua doktor datang tengok abang. mama dah kaku. tak tau nak rasa apa. Nurse cepat-cepat pasangkan oksigen untuk support, abang dah pucat sangat, macam tak ada darah! terus cucuk masuk air, masa tu abang tak nangis pun. doktor masing panggil2 abang. Allahu, mama tak tau nak kata apa, terdiam dan nangis. baba pun dah terdiam kat tepi. dalam hati mama dok zikir "Laillahailla anta Subhanakainni Kuntum Minazzolimin" Mama doa Allah swt permudahkan dan selamatkan abang.
masa tu ambulan semua dah ready nak bawak abang pegi GH. Doktor dah soal mama macam-macam. nurse ambik darah abang, rupanya abang hypoglycemia masa tu. bacaan gula 2.7. rendah sangat mungkin sebab tak makan dan tak minum air manis.

after setengah jam abang dah okay sikit. doktor terus arahkan hantar GH naik ambulan. Abang pun dah sedar, dala ambulan mama cuba tak bagi abnag tidur. nurse pun advice supaya abang tak tidur. borak dengan abang.

sampai kecemasan GH abang stay kat line kuning. doktor kejap2 ambik darah abang. untuk pantau gula. memang rendah. terus tukar air drip tu yang bergula. supaya cepat sikit naik paras gula dalam badan abang. kat kecemasan abang nampak lebih baik, dan mula dah rasa haus dan nak makan..doktor siap suruh abang minum air manis2 je..Alhamdulillah makin lama makin naik gula abang walaupun sikit2.

mama lega sikit.

abang warded. malam tu dapat masuk wad, malam tu jugak fuang, fuang baba datang melawat abang. Terima Kasih Fuang, Fuang baba.


mikail baru masuk wad..


Fuang, Fuang Baba datang khamis malam..

amar mikail rest, sebab demam tinggi masa ni..

amar dengan Fuang baba, memang manja dengan fuang baba dia..

antara yang datang melawat (hari ke 2)

masa kat hospital ramai datang melawat, Alhamdulillah..terima kasih semua. Terima Kasih doakan anak kami..sangat hargai..

4 hari abang kat hospital, sehari sebelum keluar, abang asthma pulak. kena pantau lagi. mama risau balik. tapi nasib okay dan terkawal lagi. Ahad abang dapat keluar, tapi pemantauan tetap ada. macam-macam nasihat doktor.

hari ke 3, ditemani mainan..happy dia..xde la boring..

ajak jalan2, sebab boring..rupanya nak paw mama mainan kat cafe hospital..hihi

cengkung sikit, tapi bila tengok senyum tu happy mama..

mama harap mama dapat ada dengan abang dalam apa situasi pu lepas ni okay..abang kuat, mama kuat.. sayang abang!

yeahhh boleh balik..adik pun happy abang balik..baru ada kawan..

Alhamdulillah, lepas keluar dari hospital ni abang amar mikhail makin okay dan akin aktif macam biasa. lepas sakit ni nampak selera makan dia makin membuak2! im happy mama *yeaaaah*



Siapa yang baca entry ni, Harap dapat Doakan Amar Mikail bertambah sihat dan cergas. Ameen, In Shaa Allah :)





Tuesday, 26 July 2016

Jamuan Hari Raya Masjid.


Assalamualaikum,

Jumaat lepas Masjid kampung aku buat jamuan hari raya. #rayakansebulan :) 
rasa rindu pulak nak makan rendang ketupat bagai, so aku pun decide nak pegi bawa anak-anak sekali. meriah jugak! ramai yang hadir bawak anak-anak memasing.

khemah disediakan untuk tetamu yang hadir. so tak buat dalam masjid la kan. mudah untuk diorang kemas after majlis. untuk pembahagian makanan pulak diorang buat dekat rumah makcik aku (rumah dia sebelah masjid kampung)

sempat jugak lah aku datang tolong-tolong apa yang patut. tolong sikit-sikit je sebab diorang memang dah tempah sesiap bukan masak sendiri. so tinggal susun dalam pinggan je. he he he


bergambar dengan sepupu aku. (orang kuat masjid ni)

emak aku dah ready nak makan.hehe.
 majlis jamuan hari raya ni dimeriahkan dengan letusan bunga api...cewahhh! budak-budak seronok lah. semua fokus je masa bunga api ni meletop-letop :D

bunga api

yang paling best, VIP(anak YB) bagi duit rayooo! masa ni aku kalut sungguh, yelah mak aku dok kecoh-kecoh suruh aku bawak anak aku beratur ambik duit raya. haa. kecoh okay sebab mak & makcik aku bergabung teriakkan aku. kebetulan pulak ucop tengah rebut mainan dalam rumah makcik aku tu. hehh....mau tak kalut..beriya jugak aku pujuk ucop..amar dah panggil-panggil nak pegi ambik duit raya..eksited gitu..
dapat jugak lah pegi collect duit raya tu. Alhamdulillah. RM5/sorang. banyak tuh!hihi


Amar tengah beratur nak ambik duit raya dengan sepupu dia kak aliyah.

haa tengok berebut-rebut diorang. hehe


 ehh lupa pulak, siap ada live band hokeyyy! up to date sungguh Masjid kampung aku. hehehe. tapi ramai la yang berbunyik (cakap-cakap) yelah anjuran MASJID KAMPUNG kottt.. macam membazir. pastu volume band tu pun sedang sedang je. huhu. suara vokalis dia bestt! tak tau pulak nama band diorang apa. hmm





happy lepas dapat duit raya..ucop tak mau pandang. cehh..ingat mama nak ke duit adik :P


antara yang hadir.......

lepas makan apa semua aku pun gerak balik. ontheway pegi kat kete tu aku dengar MC panggil sesiapa nak karoke dengan liveband. erkkk! masjid okay. sekampung bising kang. hahaha

ok bai.
xoxo 
adda aziz

Friday, 22 July 2016

Baju Raya dan berapa bajetnya?

assalammualaikum, hi gaiss!

mood raya lagikkk..hihi..tahun ni aku punya bajet untuk baju raya sangat simple dan minimum sangat!
rasa macam tak percaya pun iyaaa jugak, apa tidaknya..aku ni kalau bab melaram melawa no 1. hew hew hew ~

masa bujang dulu sanggup ikat perut sebab nak beli item yang aku suka!
siapa macam tu? sepp sikit! lulz

biasala dulu bukan ada apa nak bayar dan tanggung kan? banyak habis duit kat benda2 laghaaaaa! ahaks ~



RAYA PERTAMA


Jubah Dress
Handmade by Adda Aziz (kain rm10/m , jakel JB)
tudung heavy chiffon (rm15.00, bazar telok mas)
rantai (rm5.00, poplook warehouse sale)


RAYA KE DUA


Jubah Dress
handmade by Adda Aziz
(kain rm20, jakel melaka)
psttt kain lelong balance tuuuu,,he he he



RAYA KE TIGA




baju repeat. ha ha ha
so xkira la kan?
baju kain sulam bandung..

RAYA KE EMPAT


cotton lycra dress
( rm25.00, poplook warehouse sale )


ada lagi sehelai baju yang aku beli masa POPLOOK WAREHOUSE SALE aritu..kebaya wrap ( rm25.00) tapi tak ada gambar. hihi..pesal entah..

btw. alhamdulillah..aku berjaya jahit baju sendiri dengan jayanya..walaupun siap nangis bagai. ha ha ha. drama sungguh!

laki aii asik bahan je..suka la tuh kan kan kan..........

jahitan aku tak perfect lagi pun..tapi boleh la nak pakai sendiri. jimat pun jimat. jahit baju lelaki je tak reti lagi. maybe lepas ni boleh cuba pulakkan..why not..

perkongsian ni suka2 je. tak ada niat apa pun, kalau rasa kita nak pakai baju mahal, pakai jela kan? murah mahal sama je. yang penting hati tuuuu..hihi

ok. bai
xoxo 
adda aziz.

Tuesday, 19 July 2016

HAPPY BIRTHDAY SEKETUL ARIQYUSUFF!

biamillah
assalammualaikum

HAPPY BIRTHDAY #ARIQYUSUFF YANG KE -2 TAHUN

alhamdulillah, anak mama membesar dengan baik. mama sayang sangat dengan adik tau.
walaupun adik nakal sikit dari abang amar, tak apa..mama boleh handle >.< (erk)

kalau antie2 nak tau, ariq yusuff ni memang extra berani sikit dari abang dia. kalau korang tengok aku update ig pasal ariq and caption yang itu ini. memang caption tu benar sebenar2nya. tulus ikhlas dari mama dia. ha ha ha

dia memang dua kali ganda perangai. aku kadang jadi sakit kepala layankan ragam dia. tapiiiii..teramat la manja! dah 2 tahun pun tak boleh berenggang. ada masa dia ni follow aku sampai dalam toilet hokeyyy! ala mama/emak/ibu yang BF anak biasa alami anak manja macam neh!! stress jugak kekadang..

apa-apa pun mama doakan ariq jadi anak yang baik dan hormat orang tua :)


harini cukup dua tahun, harini jugak adik kena enjet! sebelum kena enjet mood happy..lepas enjet, terus moody. nyanyi lagu birthday pun tak boleh. ariq ohh ariq, macam-macam tauuu..


throwback sikit gambar lepas bersalin ariq yusuff. hehe.. masa ni nama pun tak fikir lagi..gambar ni masa baru dapat wad..

gambar ni fresh from LB..baba balik ambil barang, mama selfie sendiri..hahaha..gagah kan? bedung pun LB punya lagi..ramai cakap muka macam tak letih pun bersalin..iye ke? hehe

abam amar mikail dengan adik ariq yusuff..buah hati mama baba..lebiuuuu :)

sejenis perangai! nampak tak....fuang (nenek sebelah baba ariq) cakap perangai ariq yusuff sama macam baba...huhu

tengahari tadi..celebrate sikit2 je..hehe..mama tak kerja, kalau kerja boleh buat besar-besaran..hihi




okayy cukup entry untuk birthday ariq yusuff..nanti up lagi..
xoxo
adda aziz





Thursday, 28 April 2016

Checkup kesihatan & gigi Amar Mikail, Ariq yusuff







hari ni letih betul. dengan cuaca yang memang panas berdekang, keadaan perut yang agak tidak sihat lagi, memang lembik aku harini. hmm

actually date untuk checkup diorng dah lepas, sebabkan kekangan masa dan sebagainya ditunda hingga ke hari ni. hehe
Alhamdulillah KKD (klinik kesihatan Desa) sini okay je nurse2 dia. tak marah pun. cuma turn untuk di panggil jadi lambat sikit la.

check up macam biasa, timbang berat, tinggi, soal jawab dengan nurse.

Alhamdulillah

Amar mikail naik berat badan,YAHOOOO! mama happy nau nau.. sebab akhirnya amar keluar dari line kuning *srooottttt* ariq yusuff pun cuma BMI ariq yusuff turun sikit, dia meninggi sangat. huhu
tak apa lah anak2 asalkan ada peningkatan.

selesai semua tu, masa untuk check gigi pula! paling neves untuk ariq yusuff sebab dia tak pernah check gigi lagi..hehehe

Kenapa perlu jupa Dentist?
rawatan awal penjagaan gigi bagi kanak2, supaya bila diorang masuk skola nanti, gigi dah terjaga

untuk kanak2 bawah 4/5 tahun ada sapuan FLORIDA pada gigi untuk kawal kerosakan gigi dan timbul kerak pada gigi akibat susu dan sebagainya.
Amar mikail agak terlambat sebab dia ada gigi rosak dah..tapi tak apa lah kan. jaga selagi boleh. yang bagusnya kita dedahkan anak2 dengan suasa yang baru, belajar benda baru. diorang pun seronok.



Ariq & Amar yang kuat! hehehe..superhero mama ^^

selesai turn amar ariq, mama pulak dok tampal gigi.hahaha
perghhh ngilu kemain, tahan je. tapi okay la, Doktor yang handle tu buat slow je, tak ada lah sampai rasa tak selesa.

mama pun ah sudah, kitorang pun balik.
bertapa dekat rumah macam biasa.

disebabkan letih, aku masak sardin dengan telur dadar je. hohoho

ok bai

Wednesday, 3 February 2016

#tb : Ceramah Pemakanan kanak-kanak & checkup bulanan





check up bulanan anak2 26/1 hari tu..
Alhamdulillah, checkup untuk anak2 memang nurse arrange hari yang sama..so tak payah nak pergi dua tiga kali,.senang kerja aku..hehehe.. ni nak share pasal checkup haritu,
pagi tu aku bawa anak2, masa tu memang ada nampak nurse2 sebok susun2 makanan atas meja ( macam display food gitu), tapi aku tak tanya la apa.. lepas bagi buku rawatan dekat kaunter, aku duduk tunggu giliran..datang sorang nurse tanya aku anak umur berapa, lepastu tanya, anak line kuning tak? line kuning = bmi kuning..haa gitu la.. aku pun jawab " iya anak saya line kuning" terus diorng tarik aku suruh dengar ceramah pemakanan..yang diorng susun2 makanan tu rupanya untuk CERAMAH PEMAKANAN untuk anak2 yang kurang berat badan..opkos la Amar Mikail salah sorang ahlinya =.=" hehehe..amar mikail memang dari umur dua tahun line kuning, bukan sebab tak makan, tapi berat dia xnaik sangat..sikit2 je..so xlepas2 la line kuning tuh..

untuk ceramah yang ambil masa dalam 1/2 jam tuh, nurse yang bagi ceramah tu pun nurse practikal, tapi bukan practikal yg muda2 ni..tapi yg sambung study utk naik pangkat mungkin..
ceramah tu juga bagi penerangan mengenai jadual pemakanan anak2, cara tarik perhatian anak untuk makan, makanan ganti untuk anak yang tak suka makan nasi dan lain lagi..banyak ilmu yang bermanfaat. yang seronoknya, aku pun nurse ni tarik suruh goreng cekodok sayur..hahaha..aku layankan jela..seronok weyyy! 1 klinik tengok..hahaha

contoh jadual harian makanan untuk anak2 :

pagi

1. susu 1 gelas
2. roti 2 keping / nasi goreng / bihun goreng / cekodok sayur / pisang
 (guna planta atau minyak tapi kurangkan garam)

tengahari

1. air putih 1 gelas
2. nasi putih 1 cawan 
3. sup ayam/sup sayur
4. 1 ekor ikan kembong goreng / ayam goreng

petang

1. susu 1 gelas
2. biskut / buah pisang (buah yang mengenyangkan)

malam

1. air putih 1 gelas
2. nasi putih 1 cawan 
3. sup ayam/sup sayur
4. 1 ekor ikan kembong goreng / ayam goreng

atau 

1. susu 1 gelas
2. sebiji pisang / spaghetti sup

tips :

1. jika anak tak gemar makan sayur, boleh buat kuih yang anak2 suka dan blend sayur dan masukkan dalam adunan..contoh kuih keria, boleh guna lobak..atau cekodok kosong boleh masukkan sayur blend..so anak2 tak tahu ada sayur dalam makanan dia..hehe















after ceramah aku bawak anak2 teruskan check up..diorang pun dah kenyang bedal makan masa ceramah..happy kemain..hihi


k. bai












Saturday, 30 January 2016

Ragam sungguh!


hello readers!

Hampir sebulan menjadi suri rumah sepenuh masa.
menguruskan anak2 dengan sendiri.
from A - Z! memang sangat mencabar mental dan fizikal.

aku respect pada suri rumah yang berjaya settle down anak2 tanpa 
mengamuk dan cakap sangat lemah lembut!
honestly aku belum mampu lagi.
Contoh hari ni, anak2 meragam kaw kaw punya.
aku punya tahap sampai menangis tahu.
alkisah, si abang kena rasuah macam2 harini!
" abang mandi dulu, lepas tu kita tengok kartun okay." ok baru nak mandi.
"abang makan nasi ye, mama suap dengan adik,kalau tak nak
tak payah tengok kartun langsung" ok baru nak makan.
dan macam2 lagi.................................drama sebabak!


berpeloh !


adik ariq
merengek segala bagai. tak kira apa situasi pun. 
ok faham baru baik demam, badan dan emosi baru nak stabil.
yang peningnya, dia pegang je kaki mama dia neh!hahaha
memang tak boleh lepas, kalau lepas pun ganti nak susu (BF)
aduh duhh duhh..
aku ni kusut fikirkan nak kejar 8 totebag nak di siapkan T_T
huuuwaaaa,,,,,,alahai anak! 
dengan ragam ariq yusuff harini sampai 5 kali tukar baju
tengahari siap nak mandi ala2 mandi petang..ayoyoo..



sampai lah aku jadi geram sesangat, lepas anak2 makan ubat
dengan geram dan mengamuknya aku 
(siap menangis sebab marah dan bersalahnya marah diorng..hmm)
paksa diorng tidur, peluk dua2, suruh pejam mata..
haaa langsung tidur!hahaha
Dapat la aku buat totebag aku..fuhh!


ini lah rutin aku hari ni. masih belajar jadi seorang Ibu untuk amanah Tuhan ini!





adda aziz :)

Tuesday, 12 January 2016

Riadah.


semalam, ahad


butik tutup.
so husband plan bawa anak-anak pegi taman.
mula rasa macam nak pegi yang dekat dengan rumah.
tapi disebabkan kena ambil barang dekat butik
so cari port jauh sikit.
on the way call anor (kawan)
pot pet pot pet
dia cakap on the way klebang..
fikir balik menarik jugak tu. so husband pu on pegi klebang.
.
.
.
jadinyaa beriadah la kami kat klebang petang tuh.
AAM & AAY suka kottt..sampi je dah bising.
yusuff paling teruja coz nampak pasir!
ini budak kecik memang suka pasir.
tak ada geli geli neh..redah je dia.
.
.
mama & ucopp!

baba & kiddos

buai baba! ehh awek la....hekhekhek

haa..gini gaya paling win..ce buat amarrrr! :P

flyyy dengan baba!

incik otomen, betol ka mama buat neh?

kannnn.. tengok muka dia pun tau dah teruja yang bagaimana!hoho

tak main naik tangga la bro! LOL
Alhamdulillah, diorang happy.
balik semua berpasir,
singgah butik jap ambik barang dan solat.
.
.
sampai rumah, mandi, solat, tidoqq!
.
.
k bai,
jumpa next entry

Thursday, 24 December 2015

Happy Born Day to me :)


Bismillah,

Alhamdulillah. Syukur kehadrat Ilahi masih di beri ruang untuk bernafas dan bernyawa di muka bumi Allah swt.
Semalam (23.12.2015) ulang tahun kelahiran aku yang ke 27. Aduhaii dah makin berumur.
Fasa umur yang agak matang, dan lingkungan umur yang perlukan perubahan.
Aku mulakan sedikit demi sedikit. Dengan Izin Allah :) Doakan yang terbaik untuk aku.
.
.
 okay lah tak mahu terlalu serius.
.
.
.
Semalam jugak #LoonaTeam (kak nanad & Ima) kasi surprise daaaa! hahaha.
serius tak pernah, selain husband aku yang surprisekan aku dengan hadiah. hihi
kesian ke idok??haha. tak penting pun kan. asalkan ingat dan ucapkan, Alhamdulillah. 
tak mengharap berlebihan.
.
.
depa buat surprise siap dengan belon dan kek. huishh teruja dan terharu. lepas solat..siap pakai tudung..taraaaa..hambek kauu! depa nyanyi pum pang pum pangg..hehe..
terima kasih uols! Allah sahaja dapat membalas.
.
.
.
nahh layan gambo sikit :)







nota hati : 

sedih bila BFF tak wish. mungkin terlupa atau sibuk ( positive )