Pages

Showing posts with label mylilboy. Show all posts
Showing posts with label mylilboy. Show all posts

Wednesday, 17 August 2016

Amar Mikail Kuat!

Bismillah, Assalamualaikum..



[ 4 Ogos 2016, Khamis ]


Rabu malam Khamis, abang Amar demam. Mama dah mula tak senang nak tidur. kejap2 bangun cek badan abang..tanya abang okay tak..mama rasa badan panas, Mama pakaikan cool fever kat dahi. Rasa kurang sikit demam tu..sebelum tidur dah bagi makan ubat demam. selang sejam lebih kurang abang muntah. mama lagi risau.

pagi Khamis,

pagi tu mama bagi abang makan ubat, bagi ubat demam lagi. nampak okay je abang cuma tak nak makan. mungkin selera xde. minum air okay tapi air kosong je. susu pun tak mau.

lepas 1/2 jam macam tu abang mula loya tekak, kejap2 muntah. minum air je muntah. mama pujuk abang makan takut perut masuk angin tapi abang tak nak makan jugak, nak minum air je. mama dah bertambah risau. bagitahu baba yang nk bawak abang pegi klinik. too bad baba tak boleh nak keluar awal sangat sebab hari sebelum tu baba dah EL adik ariq xsihat. so terpaksa tunggu  baba keluar masa lunch hour. kira pegi klinik lepas lunch hour.

[ 2.30 petang, KK Umbai ]


mama baba bawak amar pegi klinik, nasib baik dapat jumpa doctor bahagian kanak-kanak kalau tak terpaksa tunggu lama bahagian pesakit luar tu (ramai sangat)

1/2 jam jugak tunggu giliran, masa tunggu tu abang okay je. mama baba bagi minum air ribena. sebab takut abang dihydrate.
turn abang sampai,masuk bilik doktor, tengok abang lemah je..doktor terus ajak pegi bilik kecemasan untuk cek oksigen. hati mama dah berdebar-debar.

masuk je dala bilik tu, baba duduk kejap (baba dukung abang), tetiba abang macam nak tidur, longlai je. doktor panggil2 abang, abang tak sahut..mama baba panggil abang pun abang tak respon. doktor terus suruh baringkan abang dan tekan button merah. 1 klinik bunyik, semua doktor datang tengok abang. mama dah kaku. tak tau nak rasa apa. Nurse cepat-cepat pasangkan oksigen untuk support, abang dah pucat sangat, macam tak ada darah! terus cucuk masuk air, masa tu abang tak nangis pun. doktor masing panggil2 abang. Allahu, mama tak tau nak kata apa, terdiam dan nangis. baba pun dah terdiam kat tepi. dalam hati mama dok zikir "Laillahailla anta Subhanakainni Kuntum Minazzolimin" Mama doa Allah swt permudahkan dan selamatkan abang.
masa tu ambulan semua dah ready nak bawak abang pegi GH. Doktor dah soal mama macam-macam. nurse ambik darah abang, rupanya abang hypoglycemia masa tu. bacaan gula 2.7. rendah sangat mungkin sebab tak makan dan tak minum air manis.

after setengah jam abang dah okay sikit. doktor terus arahkan hantar GH naik ambulan. Abang pun dah sedar, dala ambulan mama cuba tak bagi abnag tidur. nurse pun advice supaya abang tak tidur. borak dengan abang.

sampai kecemasan GH abang stay kat line kuning. doktor kejap2 ambik darah abang. untuk pantau gula. memang rendah. terus tukar air drip tu yang bergula. supaya cepat sikit naik paras gula dalam badan abang. kat kecemasan abang nampak lebih baik, dan mula dah rasa haus dan nak makan..doktor siap suruh abang minum air manis2 je..Alhamdulillah makin lama makin naik gula abang walaupun sikit2.

mama lega sikit.

abang warded. malam tu dapat masuk wad, malam tu jugak fuang, fuang baba datang melawat abang. Terima Kasih Fuang, Fuang baba.


mikail baru masuk wad..


Fuang, Fuang Baba datang khamis malam..

amar mikail rest, sebab demam tinggi masa ni..

amar dengan Fuang baba, memang manja dengan fuang baba dia..

antara yang datang melawat (hari ke 2)

masa kat hospital ramai datang melawat, Alhamdulillah..terima kasih semua. Terima Kasih doakan anak kami..sangat hargai..

4 hari abang kat hospital, sehari sebelum keluar, abang asthma pulak. kena pantau lagi. mama risau balik. tapi nasib okay dan terkawal lagi. Ahad abang dapat keluar, tapi pemantauan tetap ada. macam-macam nasihat doktor.

hari ke 3, ditemani mainan..happy dia..xde la boring..

ajak jalan2, sebab boring..rupanya nak paw mama mainan kat cafe hospital..hihi

cengkung sikit, tapi bila tengok senyum tu happy mama..

mama harap mama dapat ada dengan abang dalam apa situasi pu lepas ni okay..abang kuat, mama kuat.. sayang abang!

yeahhh boleh balik..adik pun happy abang balik..baru ada kawan..

Alhamdulillah, lepas keluar dari hospital ni abang amar mikhail makin okay dan akin aktif macam biasa. lepas sakit ni nampak selera makan dia makin membuak2! im happy mama *yeaaaah*



Siapa yang baca entry ni, Harap dapat Doakan Amar Mikail bertambah sihat dan cergas. Ameen, In Shaa Allah :)





Thursday, 16 October 2014

Amar Mikail ketagihhh!!

Assalamulaikum..

Kau orang tengah buat apa??
Aku sekarang ada dekat JOHO..rumah mentua..hihi

Memalam ni iols is BOSAN!
Sebabnya..suami layan bola dekat stadium..JDT vs TERENGGANU..
Sanggup cuti tuhh nak layan bola punya pasal..huhu..

Lagi 1 sebab hakakkk bosan..amar mikail layan boboiboyyyy pkai CD player so dia dah konker tv..hakakk terpaksa layan jugakk..kesian tak???? Tolonggg la kesian kat aku ni...dah 4 jam okay layan boboiboyyyy..sampai amar mikail pon dah hafal dialog okayy..

Peningg aku..dia punya ketagihh dengan boboiboyy tu xtau la nak cakap macam mana..lalu depan kedai mainan pun aku rasa okay lagi..dari lalu depan kedai CD pastu depan kedai ade tampal gambar boboiboyyy..haiyooo..

Ada tak sesiapa ade tips nak elakkan anak terlalu ketagihh dengan kartun??? Plisss share...


Nak update kat joho aritu..line tenet hampehh!!
Aci la ehh post malam ni..hehehe


K.bai
Sayangg semua! Ahaks

Wednesday, 8 October 2014

TRAVELOG : CAMERON HIGHLAND

Assalammualaikum

CH PART 1

PENGINAPAN : STRAWBERRY PARK HOTEL

Jenjalan sambil ikot husband berbengkel dekat sini..hihi
Besttt and excited..1st time jejak kaki kat cameron ni..merasa jugakk..Alhamdulillah ;)

Meh aku story sikit pasal hotel ni..
Macam hotel2 yang lain jugak..kemudahan lebih kurang sama je..
Indoor swimming pool..cafe..outdoor playground..dan lain lain lagi la..hihi..design dalaman bilik boleh tahan..bagi aku cantik la..moden..theme bilik hitam putih coklat..

Yang menarik..suasana pemandangan kat sekitar hotel..memang best..hijau dan kabuss..huhu..extra hujan..
Kalau malam cakap berasapp woi..feeling2 obesi la...
Siang hari pun sejukk jugak..sampai ke tulang hitam..xtahan!!
Aku anak beranak siap pkai baju sejuk stokin kaki bagai...huhu

Apa yang best??
Cameron ni actually sesuai sangat utk family...nak suasana yg aman damai..sejuk..fresh..
Then kalau nak dapat makan sayur2 fresh haaa memang banyak..aku rasa semua orang tahu kottt..aku je jakunn..hahaha
Boleh melawat kebun teh..ladang strawberry..bole beli kaktus murah..boleh makan strawberry banyakkk2..dua hari kat sini aku dah telan  strwberry banyakk kot..memang detox habis perot aku ni..hihi
Makan ice cream dengan sos strawberry..sedappp woo!!
Nak beli sayur korang bole singgah pasar malam brinchang..meriah la..ade jual makanan jugak..panas2!!

Okay tu saje utk malam ni..nanti aku update lagi...mata pon dah layu..hujan dan sejukk sesuai benau kalau beradu..hehehe..

Selamat malam dunia.

Kak dah,
Mengantokkk wei!

#throwback
#taksempatupdatekathotelaritu

Monday, 2 June 2014

Baby ohh baby ;)

#Throwback

Wahh!!baby sangattt la suka buat mama dia nevess hokeyy..
Khamis aritu check in hospital serdang. Kenapa?? Mehh akakk cerite..

Khamis (4.30 pg)

⇨ sakit pinggang, rasa tak selesa..pusing kiri kanan..boleh tahan lagi..tapi sakit kerap..cool je sebab dah ada pengalaman..tapi neves jugak sbb rasanya awal lagi kalo nk beranak! tetiba amar bangun..kunon nak teman le tuh!!

(4.50 pagi)

⇨ sakit yang lagi kerappp!kali ni aku yakin memang contraction..10 minit skali..sakittttt tahap nak nangis..huwaaa! ape lagi kejut husband..nasib baik pagi tu senang bangun!fuhh fuhhh..aku pun suruh la dia kemas barang ape yang patut utk bwak pegi hospital..yang besttnye aku memang tak kemas barang baby lagi.hihi.apo pon xdo! Jangan ikott perangaii aku ni yerr.kelam kabut nanti..make sure 7 bulan kandungan, kemas la apa yang patut..tak kira anak ke berapa pun!please take noted!! Lepas kemas2, memasing mandi. Aku buat cool je,tahan sakit..tgk jam nak masuk subuh..tggu jap lepas tu solat..

(6.40 pagi)

⇨ gerak pegi hospital, amar aku tinggalkan dengan adik aku. Nasib baik adik aku ada masa2 mcm ni. Sampai hospital dengan muka berkerut,daftar masuk. 10,15 Minit tggu dekat luar. Nurse bertugas panggil masuk,cek tekanan darah,berat,tinggi.. macam biasa cek jantung baby, cek kekerapan contraction..masih sakit masa tu..and memang ada contraction..macam biasa turn doctor datang..kena la "selukk"..yang ni toksahh cite.huhu.

(Lebih kurang 11-12tghri )

⇨ nurse datang bgth yang kena tukar baju dan doctor decide bagi injection matangkn paru2 baby dan injection tahan sakit. Masa tu aku terus tanya "saya kena tahan wad ke??" nurse jawab "kena tukar baju,tahan wad la puan", aduhaiii kemain tak suka aku..tapi nk buat macam mana,demi anak dalam perut ni. Masa ni husband masihh setia tunggu dekat luar.
⇨ injection 1st (matangkn paru2), pergggghhh!!memang sakit..serius!nurse pun warning awal2, cucuk kt punggung pulak tuhh..lepas cucuk aku rest kejap..nurse suruh tukar tempat utk dptkn injection tahan sakit pulakk..injection yg ni buat aku mamai,mengantok..so memang xbole bangun dan aku pening sikit..nurse suruh tidur.

⇨ after 2 jam macam tu,aku gagahkn diri kluar jmpe husband..bg baju and mengadu nasib..haha..inform kt dia kena tahan wad..pening dia,sebab tetiba amar pulak demam. Aku suruh dia blk dulu..ptg dtg blk..

(10.30 mlm)

⇨ dapat injection matang paru2 yang ke 2! Sakittt..tp nurse yg ni ok sikit..laju dan tenang je..lps kena inject aku tros tidur..malam tu contraction dah kurang sebab dapat ubat tahan sakit..
Jumaat

⇨ 6 pg aku dah bangun..kat hospital bukan bole tidur sangat..mmg bgn awal jwbnye.hihi

⇨ 8-9 pg doctor round..aku pun excited sebab dah tak sakitttt..yeahh! Harapan nk check out!! Sampai turn aku,doctor tye "sakit lagi x?" laju2 aku jawab"tak sakit dah" , doctor tekan perut..cek jantung baby..then dia ckp "awak bole balik la" pekej dapat mc seminggu utk rest..Alhamdulillah..

(4.30 ptg)

⇨ baru dapat check out,lambat sebab tggu ubat dari farmasi..lepas check out aku terus gerak balik melaka..rest kat kampung..lagipun mak abah aku datang sebab nak ambik adik aku..semput teruk..merengek nak emak..huhu..anak mnje, last pulak tu..biasa laa..
Jumaat pagi tu kelam kabut jugak husband aku, dengan amar mikail merengek tengah malam..xckup tidur, pagi2 kena kejut..bawak adik aku pegi sedut gas..memang penat la dia..terima kasih banyak2 baba!

∴ happy gilos kau dapat kluaq hospital dan dapat attend wedding epit ♥ aran :) aku siap auta member2 GG..hihi..ckp aku tak bole keluar hospital lagi..tak dapat pegi wedding GG epit(⇦ next entry) hihi..sorry geng!



k,bai.
Kak da
Kaki pot pet
sempat selfie berdua!hihi
muka poyoss mama ;)
ucu hantar gambar wasap..amar mikail demam tp muka happy!!
makanan hospital..not bad :)
sempat snap gambo kaki..nampak beno bosan dok hospital..

Monday, 11 November 2013

my lil boy.

Assalammualaikum.
anak bujang aku tuh demam rupanya nak berjalan.
happy mama!!hihi
akhirnya anak mama jalan jugak ya :)
syukur Alhamdulillah. genap 1 tahun 15 hari (jumaat) amar mikail mula berjalan.
comel jeee! macam anak ketam! langkah dia bukan naik besar lg.huhu.
seronokkk mama!! membesar dengan sihat sayangg ;)