Pages

Showing posts with label kata picisan. Show all posts
Showing posts with label kata picisan. Show all posts

Thursday, 3 November 2016

Semua NAIK !

Lately banyak sangat isu barang naik..naik lemas aku..ahahaha !

Hmm tak tau nak kata apa. Yelah aku ni kan meniaga makanan, bila barang naik tinggi la kos tu kan. Tapi dalam masa sama tak mau bagi harga makanan (dah masak) tu mahal. Nak taknak kena la dapat untung sikit pun tak apa dari orang cakap mahal.

Heyy sabau jela..negara masih aman damai makmur sejahtera !  Ahahaha.. Apa nak kata..kalau pak menteri paham tak apa jugak !  Kami ni bisnes kecik-kecik je..warung depan rumah je, memang tak bayar sewa, tapi bayar lesen ! Cis cis cis !! (ayattahangeram) bahahahha..

K bai
Xoxo
Addaaziz

Thursday, 6 October 2016

Nyawa.

bila diri penah melakukan kesilapan,
rasa keyakinan diri akan makin berkurang dari masa  ke semasa.

kadang rasa tak nak ambik peduli dengan orang kata, hadap je apa yang berlaku.
tapi bila sedang menempuh, keadaan tu jadi lain.

terduduk dan terdiam sendiri, fikir andai boleh undurkan masa. 
hmmm


aku jarang begini, tapi bila rasa tu sampai, seperti mahu meluahkan seboleh2nya..
mana mampu tanggung sendiri..aku bukan robot boleh simpan dan pendam tanpa rasa..

kawan bukan sentiasa bersama, yang ada dua pahlawan yang sentiasa menawan hati walaupun hati mama sedang terluka..

"mama kenapa semalam nangis, tapi tak ada suara" amar mikail

apa nak kata pada dia yang kecil? senyum dan jawab "kalau tak nak mama nangis abang kena jadi budak baik okay"

peluk dan cuim anak beranak.

selagi nyawa aku bersatu dengan jasad, KAU pinjamkan aku kekuatan Ya Tuhan..moga sentiasa kuat..Ameen


Monday, 18 January 2016

suatu kesakitan.


hidup ni kan macam roda,
bila kat atas semua sanjung & puji melangit
tolong itu ini, cakap apa pun mereka sokong
tapi bila kita jatuh terduduk
mereka lari seperti tidak dikenali
realiti.

aku dah merasa.
paling sukar bila jatuh,mereka buat taik
jadi batu ditengah
iya tanpa sedar
bila sedar kau hanya mampu ber "huhu"
tangis dalam senyum
mereka?
pastinya bergembira sambil ber cha cha, wallah!

kau akan buntu, macam batu tak bergerak
atas kepala walaupun kau dah kuis sekuat hati.
tak mampu,
pasti memori ketika bersama akan berdansa sentiasa,
bukan untuk dinikmati, tapi jiwa perit
kau hanya mampu diam dan usir dalam kelam.
sakit tahu.

mereka tak tahu,
tapi Tuhan tahu, aku yakin itu
jadi aku biarkan mereka terus berdansa, dan terus..
aku yakin ada peluang dan semangat lain untuk aku.
mereka, pergi lah jauh dari aku. anggap tak mengenali
mungkin itu lebih baik.


#Alhamdulillah untuk semua ini


Thursday, 12 March 2015

#ProjekLoona again! Alhamdulillah :)


Alhamdulillah, Syukur kehadrat Ilahi sentiasa buka peluang untuk aku dan suami mencari rezeki tambahan untuk anak2..minggu ni ada lagi #projekloona berendoi :)
rasa macam hasil kerja dihargai bila orang mula request buat itu ini..hihi

BUKAN SENANG NAK SENANG

betul tuh! bila kita mula dari bawah, daki sikit2 baru la rasa kepuasan tu.
aku pun belum berjaya lagi..masih berusaha untuk beri yang terbaik. Dugaan dan perselisihan faham memang macam kawan baik! tapi kena kuat, sebab disebalik tu ada Pelangi menunggu. InShaa Allah.
yang penting setiap kali lakukan sesuatu niat kerana Allah s.w.t


okayyy abis ayat picisan! :P

minggu ni Amar mikail dan Ariq Yusuff bergabung tak sihat secara berjemaah!huhu
zening mama..
tapi Alhamdulillah memasng cergas..cuma kena pantau selalu..nasib baik ariq yusuff kakak aku yangg jaga, so tak ada la risau sangat..

okay nak sambung buat kerja..chow chin choww!!


kak dah, 
entah bilo kak kurus!lalala

Sunday, 1 June 2014

Pastel..

Assalammualaikum,

kekekekeke :p

okay gelak dulu..korang rasa header dan background blog aku
penuh ciri keibuan tak?hihi

aku ni macam biasa la cepat bosan.
memacam aku tukau. ape2 lah ehhh.
tak ade orang kesahhh pon kan??hakak bukan pamess nau pon!



k bai,
adda aziz
si mak buyong

Tuesday, 4 March 2014

Air tak ada...


Alahai kemain susah bila satu opis xde air ni..
aku sampai opis tengok officemate bawak botol ke hulu ke hilir..
macam pelik..tapi aku tanya jugak..

A : kak..asal bawak botol?cari air ke? (soalan orang malaysia.huahua ;p)
B : yela da...opis kita xde air tuh...ni nak cari buat spare kalau urgent...
A: la yeke kak...hadoii xdapat half day ke?hehe (padahal baru sampai)
B: xde maknanya!

apa lagi laju laju pegi cafe...sebab lapau sesangat..tapaw nasi goreng dengan horlicks Ais...mabeles!
masa tengah tapau dengar la tukang masak membebel...
"akak masak ape yang cukup jela eh...kalau tak korang makan la polistrin sorang sikit -..-  "

haiyooo..senak perot dengo yukang masak bebel macam gitu..

"hakak ingat saya ni kategori alien ke hapeee...sabau jela..huh" cakap dalam hati

memang menyusahkan okay bila tak ada air..ni baru sehari..macam mana la diorng yang dah berminggu minggu tak ada air tu..kesian kottt..kalau yang anak ramai berduyun2 tu lagi kesian..apetah lagi yang duduk flat tak ada lif..sedihnya..nak kena hangkut air naik atas..blom lagi kenangkan yang mengandung kena angkat air..hurmm..tapi apa nak buat...

Alhamdulillah 2 hari ni hujan jugak..pagi tadi aku tersedar pukul 4.30 pagi..hujan mencurah2..sejukk kemain..terus matikan aircond...gigil! Amar je yang cool..hihi

bye.

Friday, 21 February 2014

Cuti....

Selamat pagi..

Pagi Jumaat yang indah..tapi aku yang tak berapa nak Indah..hahahaha..

actually aku nak buat entry ni semalam..tapi sebabkan hati gundah gulana..aku tak jadi nak post..pagi ni cool sikit..

aku pon xtau nak habaq kat sapa..husband jauh nun kat melaka..dah tu ditambah pulak dengan ketiadaan henpon canggih dia..senang cite xde henpon langsungggg!! kesian husband aku tu..xpe la...ade rezeki kita beli baru ye sayangg :')

honestly sejak husband aku keje melaka ni..aku selalu cuti | EL..tapi semua ada sebab yg munasabah..BUKAN SUKA SUKA NAK HABISKAN CUTI..susah lah nak cakap..hurmm boss pun bukan faham..

» kalau anak sakit...sape yg kena cuti?? - opkoss la aku..sebab laki aku jauh..
» kalau aku sakit...sape yg kena cuti?? aku lah jugak kannn..pegi klinik sendiri..kau hado??
» bila xlarat nak drive pegi klinik..patut ke aku mintak tolong laki aku yang ada dekat melaka tu hantar?? mesti la TAK..baik aku duduk rumah rest...

lagipun sebulan bukannya aku cuti smpai 3/4/5 hari..yang penting semua ada sebab..sedihh woii..

ISTIFARGH

K bai

Thursday, 6 February 2014

Moga aku jumpa jalan yang terbaikkk!!

Assalammualaikum,

Istikharah...
Doa..
Istiqamah diri...
Renung diri...
Tabah..
Positif...
Dilema....
 
btw..aku saja share entry kat bawah ni..kot2 la ada yang nak buat keputusan macam kat bawah ni..so mungkin ni boleh membantu korang :)

PERLUKAH SAYA BERHENTI KERJA?

Oleh Roshan Thiran, Ketua Eksekutif,  Leaderonamics
Ashini sangat kecewa dengan kerjanya. Gaji rendah, waktu kerja yang lama dan ketua yang teruk yang menyebabkannya tidak 'bermaya' dan todah bermotivasi untuk bekerja.
Kini dia telah mula berfikir 'patutkah dia berhenti?'.
Mungkin dalam hidup ini,  kita juga pernah berfikir untuk berhenti / mengalah dan berubah kepada kehidupan yang lain.  Mungkin kita terfikir untuk terus bekerja untuk meningkatkan kerjaya di tempat kerja sedia ada.
Oleh itu, bagaimanakah untuk kita  mengetahui masa yang sesuai samada untuk berhenti kerja atau sebaliknya.
PERATURAN DUA TAHUN (TWO-YEAR RULE)
Sebelum menentukan samada anda ingin berhenti kerja atau tidak, anda perlu menjawap soalan ini.
"adakah anda telah berkhidmat sekurang- kurangnya 2 tahun dalam jawatan sekarang? kerana rasionalnya adalah ....

'MASA 6 BULAN PERTAMA ADALAH UNTUK MEMAHAMI BUDAYA, PROSES KERJA DAN MENGHAYATI KEHENDAK ORGANISASI/JABATAN, 6 BULAN SETERUSNYA UNTUK  MENGENALPASTI  FAKTOR- FAKTOR YANG BOLEH DITAMBAHBAIK DAN MERANCANG PERUBAHAN, 6 BULAN LAGI UNTUK MELAKSANAKAN PERUBAHAN DAN MELIHAT IMPAKNYA,  SEMENTARA BAKI 6 BULAN AKHIR ADALAH  UNTUK MELIHAT HASIL PERUBAHAN TERSEBUT DAN JUGA UNTUK  MENILAI SAMADA PERUBAHAN YANG DILAKSANAKAN BERJAYA ATAU SEBALIKNYA. JIKA TIDAK BERJAYA, ANDA PERLU MEMIKIRKAN PERUBAHAN YANG LEBIH STRATEGIK UNTUK MENHASILKAN KEJAYAAN YANG DISASARKAN'.
Mengikut Anders Ericson.. Anda akan mempelajari dan memahami kerja anda dan akan menjadi sangat kompeten setelah bekerja 10,000 jam (pada asas 12 jam bekerja sehari). 10,000jam bersamaan 2 tahun minimum bekerja. Jika telah berkhidmat selama 2 tahun, barulah adil jika soalan 'patutkah saya berhenti?' ditanya. Namun, adakah anda ingin berhenti kerja kerana ditawarkan kerja yang diidamkan, atau  kerja semasa anda sangat melemaskan, tidak bertenaga dan tidak memberangsangkan. Ini sebenarnya satu petunjuk agar anda mencari pekerjaan lain.
JIKA KITA MENGHAYATI KERJA IA SEPATUTNYA MENYERONOKKAN.

KEKAL BERKHIDMAT JUGA MUNGKIN BAIK
Jika anda ingin berhenti berkhidmat atau mengalah kerana konflik di tempat bekerja, perlu diingat bahawa konflik sentiasa berada di mana-mana. Oleh itu, kenali dan atasilah konflik yang dihadapi sebelum membuat keputusan untuk berhenti.
Pernah satu ketika dulu, seorang yang bekerja di NBC dan merasakan ingin berhenti kerja kerana kecewa dengan ketua yang sering memberikan kerja yang tidak memberangsang dan membosankan.  Resume dan permohonan kerja juga dihantar sehinggalah mentornya menasihati agar berterus terang dengan ketuanya tentang masalah yang dihadapinya. Perbincangan yang jujur menyebabkan prasangka yang negatif terhapus dan penulis dapat memotivasikan diri untuk lebih cemerlang. Ketuanya juga turut menghargai beliau.

Kekal berkhidmat juga ada manfaatnya kerana dasar kekananan mempunyai merit. Walau bagaimanapun , jika ingin bertukar kerja kerana menpunyai manfaatnya tersendiri di mana anda keluar dari  'comfort zone' dan lebih progresif. Dengan asas yang betul mungkin keputusan anda untuk berhenti itu adalah tepat- ' QUIT FOR THE RIGHT REASON'.
 Perlu diingat, seseorang  yang berjaya dalam melakukan sesuatu yang mustahil adalah orang yang tidak mengenal erti putus asa.

BILA PATUT SAYA BERHENTI
1.Organisasi anda telah hilang tujuannya dan anda tidak lagi rasa bangga menjadi anggota yang   berkhidmat dengannya. Ini akan memanfaat kedua- dua pihak, anda sendiri dan organisasi anda.
2.Perhubungan anda dengan ketua telah musnah dan tidak lagi boleh dipulihkan.
3.Kehidupan anda berubah dan budaya kerja anda tidak lagi bersesuaian dengan kehidupan anda. Mungkin   kerana aspirasi anda berubah kerana keperluan peribadi.
4.Budaya dan nilai kerja anda tidak lagi selari dengan budaya kerja organisasi sehingga menyebabkan   etika kerja anda tercabar. Anda tidak boleh berkompromi dalam nilai dan integriti kerja anda.
5.Tingkahlaku anda sendiri yang buruk. Hubungan yang tidak baik di kalangan rakan- rakan sekerja,
  ponteng kerja, datang lewat dan mempunyai reputasi yang tidak di pejabat.
6.Tahap tekanan kerja yang sangat tinggi sehingga menyebabkan kesan buruk kepada kesihatan. Jika   benar-benar merasakan 'burnt out', kenalpasti sebabnya. Adakah beban kerja terlalu berat kerana   kekurangan anggota? Jika ini berlaku, perlu berbincang dengan pihak atasan untuk mengurus sumber   dengan lebih effisien. Berhenti bukanlah jawapannya.
7.Tidak dipedulikan oleh ketua. Anda perlu kenalpasti terlebih dahulu sebabnya sebelum membuat   keputusan berhenti.
8.Tiada keseronokan datang bekerja, rasa  bosan, kekurangan tugasan yang lebih mencabar. Jika ini   terjadi, cubalah mencipta sesuatu tugasan yang lebih menarik dan kreatif sebelum membuat keputusan berhenti.
Janganlah berhenti kerja kerana merasa tidak gembira. Mungkin ada isu lain yang menyebabkan anda tidak gembira. Selesaikanlah... isu sebenar.  Jika faktor ketua anda yang menjadi penyebab, ianya mungkin dapat diatasi dengan mendapatkan nasihat dari mentor yang sesuai. Sekali anda berhenti atas sebab yang tidak tepat akan menyebabkan ianya menjadikannya satu kebiasaan.

AKHIRNYA APA YANG  PATUT DIIFIKIRKAN
Akhirnya, kunci kepada sesuatu kejayaan dalam kerjaya  adalah PEMBELAJARAN YANG BERTERUSAN DISAMPING PENINGKATAN KERJAYA. Oleh itu, setiap kali anda terfikir untuk berhenti dan pergi ke tempat kerja baru, pastikan  cabaran yang akan dilalui mestilah lebih besar untuk  peingkatan kerjaya dan untuk pembelajaran.
Jika ada masalah ditempat kerja, janganlah terus menjurus kepada keputusan untuk berputus asa. Tanyalah kepada diri dan kenalpasti sebabnya.  Adakah  ini kerana ketua yang sangat teruk, rakan sekerja yang tiada keserasian, kuranganya komunikasi ataupun mungkin kerana potensi anda yang tidak digunakan sepenuhnya. Apapun jawapannya, sedarlah ke semua ini boleh berlaku dimana saja.
Ingatlah...
MANUSIA SERINGKALI BERPUTUS ASA APABILA MEREKA TELAH HAMPIR DENGAN KEJAYAAN, MEREKA MENGALAH DI SAAT AKHIR PERMAINAN, HANYA 1 LANGKAH LAGI SAJA UNTUK MENANG...!

Friday, 22 November 2013

Mommycha 1st Giveaway


Selamat Petang!

Macam biasa lah..cuba nasib joint GA dari MOMMYCHA :)
mana lah tau kali ni ada onggg! Rezeki Ahmad Amar Mikail ke...hehe


mommy&baby moments.
Hello korang.
Mommycha dengan rasa sukacite nak buat 1st ever giveaway yang mudah.
Hadiah vavavava sangat amazingly SUPERB!


Theme:
  • mommy&baby moments
  • tak kisah sama ada korang ade sweet, sour, pahit, kelat, sugarcandy, candycrush, scrumptious sugar moment bersama anak-anak tersayang.

How it work:
  • JOIN/FOLLOW blog mommycha dulu.
  • Buat satu entry paling ringkas mengenai gambar yang korang hantar. 
  • Ikut KREATIF/INOVATIF masing-masing.
  • Silalah letak link di entry anda mengenai GA ini.
  • Dalam gambar tu mesti ade gambar korang & anak masing-masing. 
  • SATU gambar sahaja, okeh?
  • Kalo anak orang lain dikira DISQUALIFIED hahahahaha!
  • Pastu tinggalkan jejak link entry dekat RUANGAN KOMEN sticky post ini.
  • Tarikh Tutup: 1.12.2013 (AHAD)
 
 
ini gambar yang aku bagi :
bagi aku gambar ni ada maksud yang mendalam.
Pinjaman dari TUHAN. aku sayang kamu dunia akhirat
Moga kau jadi anak yang soleh dan sempurna di mata aku dan TUHAN.
In Shaa ALLAH.
 
 
 
wish me luck!muahaha :p