Pages

Showing posts with label working. Show all posts
Showing posts with label working. Show all posts

Wednesday, 2 July 2014

ALHAMDULILLAH, MINGGU TERAKHIR ♥


Syukur..
Syukur Alhamdulillah..


Akhirnya bos luluskan permohonan cuti hakakkk!
gumbira hatiku..hikhikhik
Walaupun tambahan cuti TANPA GAJI..

Tak apa..berkorban demi anak2..
Dan capai niat nak susukan adik baby 2 tahun..In shaa Allah


selain tu nak cuba buka lembaran baru,nak mulakan perkara baru dan matlamat baru..
Impian nak ubah taraf hidup..
Bila nak mulakan sesuatu, hati kena cekal..perkara pertama.. aku ambik cuti 
3 BULAN TANPA GAJI
 bersambung dari cuti pantang..
neves jugak,tapi tak boleh toleh ke belakang,kena maju ke depan!!

Siapa la yang ganti tempat aku ni..bila tanya boss, dia diam je..
mungkin blur..atau mungkin dia dah sedia kembali kepada asal..
yelah dulu dia bukan ada PA atau Pembantu pun..



apa2 pum korang doakn aku maju kehadapan ye!
dan aku doakan sepanjang aku  tak ada dekat opis, semua kerja
boss yang aku tolong buat berjalan lancar..Ameen :)



Adda Aziz
tahan haus dan lapar
Ramadhan tau!

Wednesday, 21 May 2014

Wordless Wednesday { Exam }


Exam oi minggu depan.
ape nak jawab ni??jadi setiausaha lepastu nak jawab exam 
pasal pembantu penyelidik. nak kena buat map bagai!
nak kena jawab soalan berkenaan data. dush dush dush!



si jiwa kacau,
Adda Aziz

Tuesday, 4 March 2014

Air tak ada...


Alahai kemain susah bila satu opis xde air ni..
aku sampai opis tengok officemate bawak botol ke hulu ke hilir..
macam pelik..tapi aku tanya jugak..

A : kak..asal bawak botol?cari air ke? (soalan orang malaysia.huahua ;p)
B : yela da...opis kita xde air tuh...ni nak cari buat spare kalau urgent...
A: la yeke kak...hadoii xdapat half day ke?hehe (padahal baru sampai)
B: xde maknanya!

apa lagi laju laju pegi cafe...sebab lapau sesangat..tapaw nasi goreng dengan horlicks Ais...mabeles!
masa tengah tapau dengar la tukang masak membebel...
"akak masak ape yang cukup jela eh...kalau tak korang makan la polistrin sorang sikit -..-  "

haiyooo..senak perot dengo yukang masak bebel macam gitu..

"hakak ingat saya ni kategori alien ke hapeee...sabau jela..huh" cakap dalam hati

memang menyusahkan okay bila tak ada air..ni baru sehari..macam mana la diorng yang dah berminggu minggu tak ada air tu..kesian kottt..kalau yang anak ramai berduyun2 tu lagi kesian..apetah lagi yang duduk flat tak ada lif..sedihnya..nak kena hangkut air naik atas..blom lagi kenangkan yang mengandung kena angkat air..hurmm..tapi apa nak buat...

Alhamdulillah 2 hari ni hujan jugak..pagi tadi aku tersedar pukul 4.30 pagi..hujan mencurah2..sejukk kemain..terus matikan aircond...gigil! Amar je yang cool..hihi

bye.

Friday, 21 February 2014

Cuti....

Selamat pagi..

Pagi Jumaat yang indah..tapi aku yang tak berapa nak Indah..hahahaha..

actually aku nak buat entry ni semalam..tapi sebabkan hati gundah gulana..aku tak jadi nak post..pagi ni cool sikit..

aku pon xtau nak habaq kat sapa..husband jauh nun kat melaka..dah tu ditambah pulak dengan ketiadaan henpon canggih dia..senang cite xde henpon langsungggg!! kesian husband aku tu..xpe la...ade rezeki kita beli baru ye sayangg :')

honestly sejak husband aku keje melaka ni..aku selalu cuti | EL..tapi semua ada sebab yg munasabah..BUKAN SUKA SUKA NAK HABISKAN CUTI..susah lah nak cakap..hurmm boss pun bukan faham..

» kalau anak sakit...sape yg kena cuti?? - opkoss la aku..sebab laki aku jauh..
» kalau aku sakit...sape yg kena cuti?? aku lah jugak kannn..pegi klinik sendiri..kau hado??
» bila xlarat nak drive pegi klinik..patut ke aku mintak tolong laki aku yang ada dekat melaka tu hantar?? mesti la TAK..baik aku duduk rumah rest...

lagipun sebulan bukannya aku cuti smpai 3/4/5 hari..yang penting semua ada sebab..sedihh woii..

ISTIFARGH

K bai

Monday, 18 November 2013

ZzzZzzzzZZZ O_o

 
 tak tau arrr nak cakap apa!!
mengantokk la...
hadoiiiyaii

Friday, 15 November 2013

SALAM JUMAAT.

Pagi jumaat ni aku dihidangkan dengan kesesakkan jalan raya!!
sejam kott..padahal dari rumah nak ke KTM je..huhu..biasa dalam 10minit..

apakan daya..nak tak nak kena redah jugak. punca kesesakkan, ada excident secara berjemaah..
so memang akan jem terok la kan..

apa pun Alhamdulillah sampai jugak aku kat KTM nie..selamat naik train da..hehe

#sentapbossmacamtakcayaakulambatsebabjalanjem!huh.

Wednesday, 9 October 2013

Kan seronok kalau boleh ber-bento.....



Assalammualaikum.
hi guys!

*akan menggunakan "aku" dalam entry ni*

akhir akhir ni aku selalu jugak ushar belog beloggg mommy yang
rajin | ada masa untuk ber-bento untuk family diorang.
seronok bila tengok diorang berjaya buat sesuatu yang
boleh puaskan hati sebagai seorang IBU. sumpah seronok!

tipu la kalau aku cakap aku tak jeles.
kalau diberi peluang tu.
aku hargai. InsyaAllah.
Dengan masa yang terhad sekarang ni
aku rasa aku belum mampu nak ber-BENTO 
untuk amar mikail.
makan jela nakk nasikk kat taska tu! :(

nak kata aku ni pandai benau masak.
opkos lah tak! tapi untuk buat bento ni
InsyaAllah tak ada masalah. cuma perlu lebih daya kreativiti.
aku kan kretip! #ehyeke?? HAHA

Apa pun aku harap satu hari nanti aku mampu buat BENTO
untuk anak | anak anak aku. ehh.mengandong ke?
tak lah!maksud aku akan datang.muahaha! :p

ALLAH s.wt dah aturkan yang terbaik untuk aku dan keluarga aku.
Ameen ;)

Rutin harian aku yang penuh buat aku rasa tak mampu.
mungkin yang simple boleh la.
contoh : untuk breakfast
Bento lunch box tak mampu lagi.
tunggu aku berhenti kerja mungkin.HUHU









comel kan????

Tuesday, 8 October 2013

MIERABELLA by Treenea





mierabellaarticle






FAKTA MENGENAI MIERABELLA :

* Kaya dengan asid amino seperti cysteine, asid glutamic dan glysine yang merupakan bahan asas bagi pembentukan glutathione. Kajian mendapati glutathione adalah ibu segala antioksidan yang bertindak melindungi tubuh badan manusia dari serangan radikal bebas. Glutathione juga dikenal pasti berkemampuan untuk menjadikan liang roma kulit lebih kecil, kulit lebih putih, gebu, cerah dan licin.

* Merupakan makanan tambahan kepada wanita dan lelaki yang mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit. Keunikan produk ini bermula dari kandungan kollagen semulajadi yang tinggi dan ringkas. Ia diadun dengan bahan semula jadi bagi meningkatkan serapan yang berkali ganda.  

* Mengandungi protein yang boleh meningkatkan keanjalan dan kekenyalan kulit dengan cara menyediakan asid amino seperti glysine, proline dan lysine yang perlu bagi pembentukan kollagen. Pengambilan kollagen secara berterusan dapat mengurangkan garis kedutan pada kulit dan seterusnya wajah tampak muda.

* Mengandungi vitamin C yang diperlukan bagi membantu mempercepatkan proses mendapatkan kulit idaman anda. Penyelidikan terkini mendapati pengambilan vitamin C dalam dos yang tertentu telah membantu meningkatkan kandungan glutathione dalam badan. Vitamin C juga di perlukan sebagai kofaktor dalam pembentukan kollagen.

* Diperkayakan dengan Phospholipids kelapa yang di percayai dapat membantu meningkatkan proses penyerapan protien dalam tubuh badan. Bahan aktif ini juga bertindak menhalang kehilangan kollagen daripada kulit dan secara tidak langsung melambatkan proses penuaan.

* Kandungan yang terdapat dalam MIERABELLA :
  - Hydrolysed and Concentrate Coconut Milk Protein.
  - Vitamin c
  - Glutathione & Deep Sea Marine Collagen.

* Produk ini akan lebih berkesan jika diambil besama sama dengan segelas jus oren. Selain dari itu senaman juga dapat membantu keberkesanan produk ini.


KEBAIKKAN MIERABELLA :

~ Mengembalikan keanjalan dan membina sel kulit
~ Mengurangkan garis kedutan dan tanda penuaan pada kulit
~ mengurangkan masalah jerawat, jeragat dan parut
~ Mampu bertindak sebagai antioksida dan anti penuaan
~ Menjadikan kulit lebih gebu, cerah, halus dan licin secara sekata
~ Meningkatkan lagi sistem ketahanan bagi menghalang penyakit
~ Membantu menguatkan rambut, tulang, gigi dan sendi
~ Membantu dalam membekalkan tenaga segera 

HARGA : RM75 (sm)
              (CAPSULE | 60 BIJI)

ADDA AZIZ
DEALER TREENEA PUTRAJAYA
0137818933
(SMS | WHATSAPP)





Friday, 4 October 2013

TREENEA


Pernah dengar pasal TREENEA??

hah mehh iolss nak habaq kat semua!hehe
actually treenea  merupakan nama syarikat yang
keluarkan produk2 berikut :

1. VCOA (virgin coconut oil & antioxidant)
2. MIERABELLA 
3. LUMIERE FACE SAVON

tiga tiga ni produk ni boleh dikatakan ada kelebihan sendiri.
yang paling penting berkesan!!

HOT ITEM : opkoss la VCOA..sangatt best!! i dah amalkan lama giloss :)
kebaikkan yang i dapat selepas amalkan VCOA ni,

- jerawat berkurangan dan sekarang TAK ADA dahh
- berat badan kurang ataupun mentenn!(xpenah naik lagi)
- badan rasa ringan je bila waktu kerja
- jarang mengantuk masa dekat opis kecuali dengar ceramah.HAHA
- sangat cergas. setakat merayap 1 opis antar surat..xde hal la!
- sistem penghadaman sangat ok. kalau dulu nak membuang adalah MASALAH bagi i :(
- kulit tak kering (aircond buat kulit kering dan lesu)

bestt kan?
 APA ITU MINYAK KELAPA DARA @ VCO ??




Minyak Kelapa Dara bukan ubat tetapi makanan. Ia tidak mempunyai apa-apa kesan sampingan. Tetapi individu yang berbeza dan ada yang mungkin akan mengalami tindak balas yang berbeza. Ini adalah kerana komponen asid laurik minyak kelapa yang anti-bakteria, anti-virus, dan kerja-kerja anti-protozoa untuk menghapuskan bakteria buruk dari sistem anda.

Untuk mengelakkan ini, adalah disyorkan ambil bersama 3-4 sudu besar. Bahagikan setiap dos yang lebih kecil sepanjang hari. Anda juga boleh memilih untuk mengurangkan pengambilan VCO anda. Sesetengah orang mungkin alah kepadanya, walaupun ianya jarang berlaku.

Minyak kelapa dara adalah agak mahal kerana pengeluarannya adalah rumit dan sangat lengkap. Ia perlukan ketelitian untuk memastikan kualiti yang terbaik. Hanya kelapa sihat yang digunakan. Selepas penuaian, kelapa diproses secepat mungkin untuk mengelakkan kerosakan. Oleh kerana VCO dibuat dengan kelapa segar, ia tidak memerlukan penapisan lanjut. Sifat antioksidan semula jadi membuat minyak sangat stabil.

Persepsi bahawa 'minyak kelapa tidak baik untuk kesihatan' telah terbukti salah oleh pelbagai kajian saintifik yang dilakukan oleh ahli sains dan pakar-pakar.Penemuan terkini menunjukkan bahawa minyak kelapa mengandungi asid laurik yang tinggi (juga hadir dalam susu ibu manusia) yang sangat bermanfaat dalam serangan virus, bakteria, dan lain-lain patogen. Bahan antimikrob boleh digunakan untuk melawan pelbagai penyakit yang termasuk malah HIV membawa maut yang menyebabkan Aids.





kalau berminat boleh whatsapps / SMS 
0137818933
Adda Aziz

Wednesday, 2 October 2013

Program Transformasi Minda - MOSTI Bil. 2/2013

Assalammualaikum.

Kursus transformasi minda..nama baru bagi kursus induksi.
kalau orang lama sebut kursus induksi untuk sah jawatan depa tau la.
kursus WAJIB kena attend bagi orang baru keje gomen.
hang mau sah jawatan dak?
kalau xmau hang boleh tarikh diri.hihi

ok la.xtau nak cerita apa.
kalau korang penah pegi kursus BTN
korang tau lah betapa padatnya masa.
6 hari rasa macam lama gila.
ada yang syokk ada yang tak..
paling tak syok kena tinggalkan amar mikail 6hari
kat melaka.kesiannn hokeyyy!huh

aktiviti masa kursus syok la kan.
ada aktiviti memukat masa hari ke 5.
1st time aku pegi memukat ikan.
syokkk gak!hihi


ok la korang layan gambar. i story mory kat bawah gambar tu ye :)

 ni gambar ahli kumpulan kami.
kumpulan apa?? WOW! katanye.
dayat,paie,amir,is,kak nadia, iols hihi

 kumpulan kami masa malam kebudayaan.dapat no 5.gila sedihh.HAHA

 jejaka hot | jambu
korang pk la yang mane hot yang mana jambu.kahkah

 ni masa tengah susun atur nak ambik gambar peserta kursus.

 makan bbq malam kebudayaan. semua kebuluqq!

 yebbba yebba..menari hindustan kauuu!HAHA. lawak masa ni.
kami banyak syokk sendiri.muahaha :p

 aktiviti petang. game ni kami kena kumpul pasir and timbang ngam ngam sekilo!
so kena pandai bajet la. yang pakai shawl hijau tu urusetia kami. orang sabah. muda lagi..
ramai berkenan..huhu.

 muka letih pegi ambik hadiah.huhu. no 5 kannn

 penghulu kami yang berintergriti.cehh!

 awek duaorang ni comel and hot okayy. baik je..iols pun suka tengok. 
ramai nak usha. bila dah banyak saingan,ada lah yang putus asa.HAHAHA

 masa tengah makan. WOW!

 persembahan kumpulan lain. kena buat dikir barat.huhu

kumpulan champion ni. memanjang menang!! gila susah nak kalahkan depa.
haishh.



last word!
moga kalian bertambah intergriti lah ye :) 
moga berjaya di luar sana. ameen

Friday, 20 September 2013

#Wordless FRIDAY.


my lil boy (:
mama mesti rindu amar mikail nanti.
takmo notty tau duduk dengan atok, nenek :'(

bai.
#kursus seminggu

Friday, 13 September 2013

Feeling Sad.



hurm.
bila bendara merah datang. mula la nak buat entry meroyan.
haish elok je tadi.

counting days.
me : untuk pergi kursus induksi, now dah tukar panggil " kurus transformasi minda " kat mersing
my lovely husband : kursus, Jepun.

gila kan?
AAM : tinggal rumah nenek! T_T

why?
coz husband pegi jepun 18/9 - 28/9 , i pegi mersing  21/9 - 26/9
dua dua tak ada. nenek kena jaga amar. kesiannya anak mama.
pengorbanan.

hopefully amar ok la dekat melaka nanti. and atok, nenek pun ok jaga amar.
before nenek ambik amar. i banyak kali pesan dekat emak :
- amar lasak, tak boleh tidur atas katil sebab bila nangis dia redah je pegi mana mana.
- amar susu tengah malam pukul 3/4 pagi
- amar dah pandai sepahkan rumah.
- amar dah boleh makan nasi. tak banyak tapi kerap
- and bla bla bla..
* time tu aku rasa nenek letak ganggang tipon jauh jauh ;p *

pesanan tu bukan sebab i tak percaya dekat emak. tapi risau kalau amar susahkan nenek.hihi
kesian emak kena kejar mikail. dia bukan boleh duduk diam.
nanti nenek buat kuih untuk masjid dia sebok "tolong" skali.

yang pasti. masa kursus nanti mesti rindu dekat amar and husband. confirm!huwaa :'(

Redha la wahai hati.

bai.

Salam Jumaat.

Assalammualaikum..

hi gojess!

Hari ni mood suam suam kuku.
bila pagi dah lewat sampai ofis and terlepas train,
maka WAJIB la hakakkk ni ber-moody!HAAHHA (emosi sungguh!)
lagi lagi bila duit satu senn pun tak bawak hari ni.huh

Whatever.


hah..i dah tukar header belogg and theme colour.
SEKSI tak uolss?? ke SEKSA??LOL :p

Saja tukar angin.

kali ni i rasa matang siki belogg i ni.kalo tak macam budak2.hihi
tak kesah lah.lain hari lain mood.
dah boring jadi matang.ubah angin bunga bunga pulak ke....


practice make improve.
apakah?
k.bai

Thursday, 5 September 2013

Jamuan raya anjuran PUSPANITA

#throwback

hi,
Assalammualaikum..

lama tak bersiaran ye I ni..alahaiii..malas nak update blog lately ni..
Ampun ya! :p

just nak share hari tu ada majlis hari raya anjuran PUSPANITA ARSM..
so kalau dah nama pun jamuan raya mesti ada makanan..dah ada makanan mesti ada gambar..
baju pun mesti cantekkk!raya la katakan...muaheheh :p

jamuan yg simple..tp meriah sebabnya anak dara,mommy to be and emak2 orang je yang joinn uols..
nama pun PUSPANITA..hihi
di rasmikan oleh wife KP..siap ada pertandingan "gerai tercantek"
hipp hipp hoorayyy!!
kami punya gerai dapat no 2..
ok lah kan...dapat la hamper kongsi ramai2 :)





Monday, 19 August 2013

Nevesss oii

Hi peeps! Morning and assalammualaikum,
Dah 5hari cuti termasuk sabtu ahad..nevess pulakk nak masuk ofis..huhu..malas pun ye jugak..ye lahh dah syokk cuti panjang..hihi :p
Tapi yang tak bestnye kan..setiap kali i cuti mesti ada je perkara tak best jadi..
Tetiba banyak keje tak siap..
Padahal masa datang keje isnin dengan selasa aritu ok je..i mean keje i settle..rasanya laaa..muahehehe :D
Hurmm..actually i rasa down lately ni...rasa tak serasi jadi PA tu menjadi2 pulakk..entah la... -_-"
K bai
Adda aziz
#woii terlepas train..tensionn hakuuu!!

Sent from Yahoo! Mail on Android

Wednesday, 17 July 2013

Baru ku tahu...

Assalammualaikum..

hi peeps! Salam Ramadhan :)

sejak keje kat tempat baru ni..semua benda yang i buat adalah benda baru..
so semua nak kena belajar dari basic..berjawatan PA sekarang ni..
i ni bukannya study pasal KESETIAUSAHAAN ponn..
study KEJURUTERAAN AWAM ye kawan kawan...jauh bebeno dengan
jawatan sekarang..hahaha.. i pon tak sangka akan terjebak dalam bidang ni..
3 bulan pertama masa masuk sini..rasa macam nak mati..
sebab apa yang i buat semuanyaaa salahhhh! sikit sikit kena marah..
ape pun tak boleh..
tapi lama2 ok dah..still ada jugak yang salah..tapi ok la...dalam seminggu tu maybe sekali
dua je kena marah dengan boss..hehehe
adat la kan..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgyJyZE_A2UqsAeN3Om2G235kahp2ZZoRnTWJYJc9hSgx-lTy54wUxzGJ9GQ0Jx0u0KYt_Y9RQPbDhw-xLCYys9Kh5dJt0vo7Z8rbV_p3uPmPRkTy6Wtfw-s107l5oDcUBQyrU6W9ByOTo/s400/hates_messages_secretary_1224555.jpg



hurmm.. actually kerja sebagai PA ni tak susah and tak senang jugak..
banyak benda penting kena jaga..
lagi2 hal2 yang melibatkan boss yang kita jaga..
tapi buat masa ni... i sangattt la banyak masa..hahaha
boleh layan novel tau kat opis..
pagi pagi je busy..pumpang pumpang..belek jadual boss la....
HRMIS lagi...cuti sana cuti sini...jawab call la...and bla bla bla..huhu
but i mula okay dengan jawatan sekarang nie..walaupun kadang2 memeningkan..
but masih terkawal..hehe
baru i tahuu yang PA nie memang banyak masa free tapi dalam masa yang sama get ready
untuk peningkan kepala dengan segala kemungkinan..muahehehe..
okay la..borak santai sementara boss pegi meeting..thats mean i tengah free la kannn..CHOW!
 


















fakta : separuh badan PA | separuh lagi RA